Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

masih lagi mengidam..

.. udang masak petai!

hukss.. hajat tidak kesampaian malam tadi. saya berbuka dengan nasi putih + tomyam dan teh ais. tomyam tidak sedap = makan nasi sedikit sahaja. lepas solat maghrib, makan mee rebus di rumah makcik saya. lepas tu baru terasa kenyang.. ;)

saya teringin sangat nak makan petai ni. haihh.. kalau rajin, petang ni saya akan pergi market untuk beli udang dan petai. atau cubaan kedua, pergi restoran maizun seberang jalan rumah saya. will see how.. ;p

p/s: hari ni saya tak puasa.. ;p

Tuesday, May 18, 2010

udang masak petai

bila puasa, mula lah mengidam nak makan macam-macam. kalah ibu mengandung! hikss.. dan saya teringin nak makan udang masak petai hari ni untuk berbuka. saya akan ditemani oleh dua orang sepupu untuk berbuka maghrib nanti, insyaAllah.

tak kesah lah udang masak petai yang begini..


atau begini.. janji udang masak petai! yummyyyyyyyy!


p/s: harap cousins saya tak kesah.. :D

Wednesday, May 5, 2010

breakfast

i didn't buy breakfast today. ingat nak keluar tapi kereta pula diblock. perut berkencorong. tanya-tanya budak-budak ni, siapa yang nak keluar beli breakfast, ada yang volunteer nak tolong beli. terima kasih. terharu rasa. semoga Allah murahkan rezeki kamu, amiin..

Wednesday, April 28, 2010

pembaziran telah berlaku

balik dari office semalam, saya dengan segera pergi ke warung untuk beli nasi tapi sebelum tu buat pusingan dan lalu depan rumah yang bakal kami diami tak berapa lama lagi. semalam saya beli nasi lemak, mee goreng + keropok, popia dan teh ais. saya hanya makan mee goreng + keropok dan 1 biji popia sahaja.

p/s: apa jadi pada nasi lemak? :(

Tuesday, April 27, 2010

betul-betul mahu

lepas office ni mahu pergi beli nasi! nasi lemak, nasi minyak + popia. huh banyaknya? betol ke nak beli ni? kenapa banyak sangat? sangat banyak ke nak makan? eh apa laa mengarut ni.. saya lapar sangat, betul. time lapar memang mengidam yang bukan-bukan. list pun luar biasa. tapi bila dah makan, sebungkus pun belum tentu habis. kenapa eh? kalau orang tanya, saya selalau cakap, "tangki saya kecik". jujur tu tau!

p/s: ikut nafsu binasa.

Wednesday, September 16, 2009

mood memasak dtg lagi..

tak sempat nak update smlm. byk keje and intenet connection pun problem.. pagi nie agak tenang skit so sy update lah yg mana sempat :D

HMM.. kisahnya nak citer pasal smlm.. sy sbnrnya dah plan dari awal minggu lg nak masak this week for berbuka.. brg2 keperluan masak smua dah beli [byknya brg basah la kan; ayam, udang, ikan, sayur..] so sy pun menjalankan misi sy tu. smlm pulak ditakdirkan sy berbuka seorg diri.. perancangan memasak tetap berjalan walau berbuka sowang2.. huhuu.. dan alhamdulillah sy berjaya menyiapkan sambal tumis petai + bilis dan udang goreng kunyit! [wowww sedap sgt tau sbb pedas!] tak ada kuah? tak pe.. utk sy, if dah ada sambal tumis tu dah cukup.. tak perlu mkn nasi dgn kuah mcm banjir.. me dun like it! hehhee.. sy rasa sy masak sikit saje, tp tetap berbaki. sudahnya sy mkn lg sblm tido [ekceli tak la lapar sgt tp sbb sedap dan tamau membazir, sy mkn jgk skit].. hahhaa mana tak gemok camnie? tp kan, still ada balance lg skit.. hmm.. sy pun tak daya dah nak mamam sbb perot dah ketat.. so masuk dlm peti ais je lah.. insyaAllah hari nie bleh mkn lg.. :)

plan utk hari nie plak, nak masak tomyam.. bahan smua dah ada.. tinggal nak masuk dlm periuk je.. :D tak sabar nak balik masak.. huhuu..