Sunday, May 18, 2014

Comeback


Monday, August 6, 2012

iftar - ramadhan 1433H

Saya sampai di Dewan Seri Mentaloon jam 6 petang. Sempat final check apa yang patut. Photographer dah sampai. Event manager pun dah sampai. Pengacara majlis sedang buat rehearsal. Everything seems in order.
And suddenly Uncle Joi the photographer nak snap gambar saya. Ohh bagai orang mengantuk disua bantai, saya dengan rela posing dengan penuh ayu dan sopan sambil fail di tangan. Hiks!


Mata tertumpu pada sebuah kete. Oh Dato’ Chairman dah sampai! Nobody is there to greet him. Langkah makin cepat, dengan senyuman penuh hormat, ku menyambut ketibaan Dato’ Chairman masuk ke dewan and brief generally about the whole event.


Then, slowly tetamu dan staff mulai sampai. Seperti tugas tradisi dan turun-temurun, saya mengiring tetamu VIP ke meja yang tersedia. Nerves mula menjengah bila ada guest yang katanya hadir bersama isteri tetapi hadir seorang. Sedang isteri kami letakkan di meja VVIP bersama Toh Puan. Sedikit ralat di situ sebab kita dah plan elok tapi lain yang jadi. Itu lah dugaan namanya.


Seperti yang dijanjikan, YAB Menteri Besar tiba pada jam 6.50 petang disambut oleh EXCO, Dato’ Chairman, Dato’ Pengarah Urusan, ketua-ketua jabatan and a few more.


Majlis dimulakan. YAB Menteri Besar memberikan tazkirah. Pastu penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Dan akhir sekali menunggu waktu untuk berbuka. Acara sungguh ringkas tapi amat bermakna. Melihat saja wajah anak-anak yatim tu, hadir sebak di dada. Bergenang-genang air mata saya mengenangkan nasib mereka tanpa ibu dan ayah, bakal menyambut Syawal dalam keadaan yang serba kekurangan. Syukurlah saya masih mempunyai kasih sayang ibu dan ayah. Hargailah mereka selagi hayat mereka ada.
Dalam apa-apa majlis pun, saya bertugas. Maka orang yang bertugas ni kurang lah gambarnya. ini saja lah gambar yang ada untuk tatapan pembaca budiman yang merindui saya. Ehehehe.


Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

Sunday, August 5, 2012

percutian yang mendamaikan

11 Julai 2012 – kami pulang ke Darul Iman. Perancangan yang diatur teliti. Sebelum Ramadhan, pulang ke kampung ku dan bercuti di Pulau Perhentian merangkap raikan ulangtahun kelahiran Puteri ku yang  ke-4. And yessssss she’s ready for her baby sister/brother :)

13 Julai 2012 – bertolak ke Jeti Kuala Besut seawal jam 7 pagi. Sampai di jeti hampir jam 9 pagi. Menunggu bot tak sampai-sampai. Posinggg duluuu sampai bosan. My mother in law, brother in law and his family + his mother in law and his staff pun join skali. Ehehehe.





Akhirnya setelah butir diri lengkap diisi, kami naik bot. Posing lagiiiiiiiiii atas bot. hampir sejam setengah, kami sampai kat pulau. Kami menginap di pulau kecil, which is perkampungan penduduk pulau. Near to masjid, kedai makan and a lot more cheaper than pulau besar. But next time kalau pegi lagi, saya nak stay kat perhentian besar pulak. Easier untuk Puteri ku mandi laut and main her beach toys. Pulau kecik tu tak leh mandi. Nak kena naik taxi pulak ke pulau besar. Kat pulau besar, heaven lahhhhhh! Snorkelling wohoooooo!






My little sister met her new friend, Halimah and Sonia from France. They are siblings.



Pemandangan yang sungguh tenang meski terik membahang. Cukup tenang. Saya diminta untuk posing. Tanpa berlengah, nah inilah hasilnya! Ahahahha.
Dah check-in, bersiap untuk pegi snorkelling. While waiting for the taxi, posing lagiiiiiiiii. * taxi tu sebenarnya bot kecik. Sebab dipanggil taxi ialah sebagai kenderaan yang menghubungkan pulau kecik dan pulau besar * 






Banyak tempat pakcik tu bawak kami snorkelling. Jumpa nemo. Jumpa penyu tengah makan di dasar laut.!Nampak aje kelibat penyu tu, encik suami dan saya terus terjun dari bot!! Walaaaaa satu pengalaman baru dan kepuasan yang tak terucap! Sungguh-sungguh saya mengagumi indahnya ciptaan Ilahi. Hidupan dasar laut yang sememangnya unik. Allahuakhbar!


Selesai snorkelling, pakcik taxi bawak kami mandi air tawar. Sejuk yang amat tapi best! Menggigil-gigil tapi sempat lagi pose :)







Pastu balik chalet. Malam berkumpul di kedai makan. Nak celebrate birthday Puteri. Kami bawak cake siap ke pulau. That’s why she was extremely excited bila mula-mula dapat tahu yang kami akan ke pualu dengan ditemani tokmi, ki and the rest of the family. Mama and papa so happy for you, sayang!






14 Julai 2012 – sebelum bertolak balik, kami sekali lagi naik taxi ke pulau besar. Pegi ke taman laut. Situ ikan cantik-cantik. Anak-anak main beach toys dengan ditemani tokmi tercayanggggggg. Kami sempat main pasir jugak. Kalah kids. Ahahahha.















Then jam 11 pagi, bersiap untuk pulang. Kul 12 bot sampai. Bertolak balik ke Alor Setar dari jeti Kuala Besut.


Till we meet Darul Iman again end of Ramadhan, insyaAllah :)