Wednesday, June 30, 2010

sleepy like h*LL!


this is bad. TOO BAD.. *sigh*

Tuesday, June 29, 2010

lagi update perihal puteri

kami ke pantai lagi. memenuhi permintaan si kecil. tapi papa tak sihat. papa kena tinggal. chacha pergi dengan mama dan aunty ira saja. insyaAllah next time papa boleh join. macam biasa, kalau pergi pantai, farisya ameera liat nak balik. tak puas main air. dah pandai kutip seashell [macam mama jugak.. ;)]..


pantai ni dah mula jadi tumpuan lately ni. ramai orang. ada yang siap BBQ lagi. menariks! harus ajak yang lain berpicnic leps ni.. *wink*

Monday, June 28, 2010

Thursday, June 24, 2010

The Twilight Saga: Eclipse

COMING SOON!!

Wednesday, June 23, 2010

dari timur ke utara dan ke timur semula

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum.. good morning..

saya baru masuk kerja hari ni. lama kan saya cuti? ohh heaven you! from thursday to tuesday. perghh terbaekk! cuti balik kampung mr hubby. alang-alang balik, biar lah lama sikit. lagi pula, dah lama kami tak jenguk orang tua di sana. farisya ameera pun teruja nak jumpa mak tok dan tok wan. tapi sayangnya dapat jumpa tok wan kejap je kerna tok wan terpaksa ke sabah dan seterusnya ke putrajaya atas urusan kerja. chacha baik je sepanjang perjalanan pergi dan pulang. tak banyak ragam. alhamdulillah. chacha lah toner mama dan papa. hiksss! :D

17.06.2010 pagi bertolak ke utara. lalu tasik kenyir. papa dear nak singgah ipoh amik barang. then terus ke alor setar lalu sempadan pulau pinang. lalu sahaja okay.. ;) alhamdulillah jam 6.45 petang selamat tiba rumah mak tok.. 



18.06.2010 ke dusun mak tok without tok wan. banyak nyamok. ada gamba sikit untuk tatapan pembaca belog. puteri kami pegang kipas untuk halau nyamok dari menghisap darah! hehe..


sebahagian buah-buahan tempatan yang saya ambil gambar. ada lagi sebahagian tiada dalam gambar. sebab saya asik membontoti chacha nak halang nyamok dari melekat kat kulit dia. ohh rambutans sangat sedap! marvelos! 

19.06.2010 menghadiri jemputan kawen kawan papa dear, di alor setar juga. dekat saja. panas bangat berpeluh-peluh. baru saya perasan saya tiada dalam gambar. penat je pakai baju cantik-cantik! hahaha ;p


20.06.2010 kami ke penang. yeahh penang! pun saya tiada dalam gambar. pergi penang makan nasi kandar sahaja. niat untuk shopping hancur musnah berkecai sama sekali kerana queensbay mall dikerumuni oleh umat manusia dengan jumlah yang maha hebat sekali. frust betul! selamat duit. hehe. bawak chacha jalan-jalan penang naik feri. gambar gelap. better than nothing right?


21.06.2010 pulang ke darul iman sudah. tengahari baru gerak dari rumah mak tok. alhamdulillah 7.30 malam sampai rumah tokmi.

22.06.2010 berehat di home sweet home. melunaskan apa yang patut. farisya ameera berhajat nak naik bendalah ni.. dan memang kebetulan kami nak beli barang-barang keperluan pun. so hajat chacha tercapai! bukan main seronok lagi! ;)



23.06.2010 lepas subuh tadi saya memandu dari kuala terengganu ke kemaman dan sekarang  di tempat kerja. esok pulang ke pangkuan lagi. and to my surprise, ahad ini cuti.. hip hip hoorayyyyy! kehappyan berganda!

Tuesday, June 15, 2010

photos of the day!

tiba-tiba mama bersemangat nak upload gambar chacha.. gambar ni diambil oleh papa. time ni mama belum sampai lagi. mama on the way back from impiana cherating to kuala terengganu. sungguh damai rasa hati lihat gambar ini.. ;)


p/s: fall for you sayang!

bukan perkara baru punnn

wow hampir seminggu tak update belog! hebat! sesungguhnya syima maha pemalas! tiba-tiba rasa nak update dan tiba-tiba malas nak menaip. huh. lagi pula, minggu ini agak sibuk menguruskan kerja-kerjaan. lagi menimbun. bakal berpindah ke tempat baru very soonnnnn. SUKA! 

kalau saya tak update dalam belog pun, saya update dalam facebook. tapi kalau tak update dalam facebook, saya update dalam belog. tapi kalau facebook dan belog tidak terusik maknanya mood malas melanda ditokok pula dengan kerja yang agak banyak. tiada update pun saya masih boleh bernafas cuma kalau boleh tidak mahu belog ini bersawang lama-lama.. ;)

sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk bercuti. pulang ke kampung halaman mr hubby. sudah lama tidak ke sana. tapi kami pulang pun tak lama. lima ke enam hari sahaja. ada masa kami pulang lagi. best juga kalau naik flite, sekejap je sampai. tak perlu melalui jalan darat gerik itu. haiyohh sungguh jauh sekali perjalanan pulang ke kampung. tapi keseronokan jelas terasa. kepulangan kami sentiasa dinanti.. :D

tengok ni, tiba-tiba saja terasa malas nak menaip! berhenti sini dulu. daaaaaaa..

p/s: kalau ada rezeki tidak ke mana..

Wednesday, June 9, 2010

bergelaketawa bersama familia tershayang

mari bercerita!

6 jun 2010, kami ke rumah makcik saya di kampung alor lintang, besut. untuk meraikan majlis pertunangan sepupu saya; khadijah abdul kayum a.k.a jana. majlis dijadualkan bermula jam 11.00 pagi. jadi saya, seawal jam 7.00 pagi sudah bersiap [eh awal ke pukul 7? pada saya awal sebab farisya ameera bangun jam 12.00 tengah malam dan menyambung tido pada jam 3.00 pagi. sempat tengok upin & ipin lagi]. hehe..

saya terpaksa membangunkan sang puteri kala dia sedang enak tido. mula-mula mengamuk juga sebab masih mengantuk tetapi setelah dipujuk sekejap saja dia sudah boleh senyum dan terus ajak mandi! good gurL.. :D

kurang lebih jam 8.45 pagi, kami gerak ke rumah tokmi. ikut perancangan kami akan ke besut satu kereta saja. kereta adik saya. tunggu adik dan isterinya bersiap, kurang lebih jam 9.30 pagi kami gerak ke besut. dalam perjalanan [dah hampir sampai sebenarnya], kami jumpa kereta sepupu saya di jalanan. slow and steady. adik saya memotong tanpa berlengah. haha!

sampai di besut kurang lebih jam 10.40 pagi. tetamu belum sampai lagi. yang ada saudara terdekat. makan dulu sebelum rumah diserang rombongan lelaki. dan bergambarrrrr!! :D




farisya ameera diminta jadi model. posing baik dan sopan.. ;)


mama cemburu chacha hug papa. hahahaa.. :D


aaa ini pinky gurL --> wan irya alisya wan mohd khaidzir. budak debek ini syok tido. lihat lah muka dia yang debek itu. mummy dia cakap muka alisya kelihatan empat segi. empat segi pun tetap cute! pink semakin menyerlah..


jana yang putih melepaksss bersama bondanya. ini lah makcik saya.. ;)


dua-dua ini ialah kakak kepada umi saya. mereka ada iras kah? tidak? hmm..


haaaaa ini dia empat beradik berfoto bersama!


ini pula foto bersama nenda tershayang! yang berbaju hitam itu ialah isteri kepada pakcik saya iaitu adik ipar kepada empat adik-beradik tadi. apakah yang cuba saya sampaikan? adakah anda faham? gagaga.. :D


jana secara rasminya menjadi tunangan orang. bergambar bersama parents dan mr fiance; rafiq.. ;)


pose manja dari kami untuk papa.. kakakaka.. :D


me with my precious and ipar-ipar berfoto bersama jana.. ;)


us without younger sister, syahira. she's not in town. sekarang berada di bukit tinggi, indonesia. pertukaran pelajar selama 10 hari. dijadualkan pulang ke tanahair 12 jun ini.. ;)

and last but not least,


daaaaaaaa.. :D