Friday, May 27, 2011

big girl didn't cry :)




i still have the passion!

even-though i left this task 3 years back. alhamdulillah..

passion on what? hmm.. i just love my job! no doubt! tapi harus diakui, ianya meletihkan. seometimes membataskan waktu dengan family. but no matter what, i will definitely see my daughter and me hubby everyday. that's the most beautiful thing in my life ever! alhamdulillah..

i captured these cutie rabbits at my friend's, on the way to penang that day.





went to penang for proof read annual report. sebelum pegi tu, macham-macham plan nak makan itu nak makan ini. sebab tuan punya rabbit ni punya la bercerita pasal foods yang sedap kat penang. kami bertolak dari office jam 830 pagi. hujan all the way. sampai menara UMNO lebih kurang jam 11 pagi. terus ke copy writer's; digital scenery. time lunch kami menapak kat jalan macalister tu je. makan kat pelita :)


i worked with these nice ladies. lisa on my right and the other one; joanne. i had a very great deal with them. Allah permudahkan urusan saya, alhamdulillah.. :)

dan ohh! waktu bergambar ni, jam 945 malam!



ingatkan boleh la settle sebelum maghrib, tapi amik kau, passion la sangat kan, sampai jam 10 malam! nak drive back to alor setar lagi. nak drop si tuan rabbit kat gurun lagi. nak singgah office lagi. mak aiii pukul berapa nak sampai umah?!?! uwaaaaaaaaaa..

hey! kami tak berkesempatan nak makan pasembor pun! arghhh sungguh kecewa! punya la mengidam nak makan but end up, tak kesampaian! cendol pun tak sempat makan jugak! bajet nak balik petang. dah pukul 10 malam baru keluar dari penang, gerai cendol pun tak nampak dah.. :(

hmm.. saya sampai umah jam 1215 pagi. anakku dah lena diulit mimpi. :(

me hubby masih berjaga menanti si isteri pulang. 

ohh sungguh letih seharian bergelumang dengan tulisan-tulisan kecil. 

syukur lah, hasilnya tidak mengecewakan! annual report dah selamat deliver kepada shareholder.

sekarang saya cuma menanti AGM.

dan saya mahu cuti.

saya mahu cuti.

pleaseeeeeee..

this is the reason why we moved to the north!


the day we left darul iman




Monday, April 25, 2011

this is what i called 'sacrifice'

sleepless..

restless..

this happen when i:
  • came back late from office, mostly at nite.. poor my baby princess..
  • got to work on weekend. yesss worked on friday on saturday.. there goes my weekend, at office!
just like today. worked until 1930 hours, arrived home at about 1940. had a chit-chat with chacha, then me solat. chacha was lay down right beside me, tak lama, at about 2 - 3 minutes, dah lena. she seems very tired today. kul 8 dah lena. lucky me dapat jugak peluk cium and bersembang dengan dia, walau sekejap, malam ni.

and now, i'm going to bed..

Monday, April 11, 2011

all praises to Allah


Hey hey! I just got time to update The One & Only! I was like a busy bee last week. Report duty on the 3rd, still many things have to be settled. We are now in the final stage of preparing the Annual Report. It’s about 3 years I left this field but now I’m doing it again. I heart my current tasks oh yeah! Alhamdulillah.. :)

It’s been about 3 weeks kami kat alor setar. So far so good. Our little girl pun dah get used to mak tok and tok wan. That really relieved. Sebab itu yang paling saya risaukan. Slowly chacha adapt with new place. But when mama home, memang berkepit lah! Tak boleh hilang dari pandangan mata. Hilang je, dengar lah jeritan suara dia yang sangat nyaring tu. Hahahaha..

Being a wife, a mother, a daughter and an employee , really makes me running out of time. Restless, sleepless but I am happy. Balik rumah [even lewat], chacha setia menanti kat rumah with her laugh sambil loncat-loncat tepuk tangan tengok mama balik. I’ve been waiting for this moment quite a numbers. And finally Allah gave this opportunity to me. I am blessed, truly.. :)

Ok tanak citer pasal keje dah.

Last weekend, we went to padang besar. Shopping manja-manja je. Just follow my in law. Chacha la banyak beli toys. 2 – 3 jam je pun kat sana then we went back to taman jelatek. Here’s some photos masa singgah makan on the way back home. My happy chacha with different expressions! 







 I think, that’s about it now. Ada masa saya mengarang lagi! :D

Till we meet again, wassalam..

Friday, April 1, 2011

seriously, tired!

assalamualaikum..

good day to lovely reader[s],

alhamdulillah saya dah selamat sampai aloq staq semalam jam 11 malam. what? 11 malam? yess you all. hampir midnite. hehehe.. lori pulak sampai jam 12 tengah malam. ohh sungguh lega rasanya kami selamat sampai. jauh gila journey rasanya sebab hujan lebat dalam perjalanan. pulak tu dah malam. lagi la bahaya and must be super duper careful. both hub's and my car penuh barang. hubby drove my car. and my brother in law drove hubby's car. seboleh-boleh sumbat barang dalam kereta. lupa pulak nak snap gambar barang dalam kereta. barang atas lori ada tapi belum upload lagi. keletihan yang amat walau saya tak mengangkat barang turun naik lori. lenguh badan. sakit dan sengal tulang. boleh nyanyi lagu anak itik tokwi beramai-ramai yer.. ;p

hey tak habis story lagi. kerja-kerja pemunggahan berakhir pada jam 2 pagi. phewww tengok depa mengangkat barang memang memenatkan. dari pagi hingga ke pagi bekerja-keras. many thanks to all yang managed to help us yesterday. 

tengahari tadi pegi office ambil surat and buat medical check-up kat kedah medical centre. alhamdulillah dah settle semua. sunday start kerja. horror jugak rasanya nak start kerja kat new company ni. teruja pun ada. harap semuanya kan okay [now boleh nyanyi lagu KRU pulak, 'semuanya kan ok']. hahahha..

dah sakit pinggang menaip. nanti ada masa saya update lagi. beserta gambar, itu pun kalau mode rajin is on! hik hik.. 

wassalam.

Wednesday, March 16, 2011

wordless wednesday - 06

Wednesday, March 9, 2011

wordless wednesday - 05

keindahan februari

assalamualaikum pembaca budiman,

cerita di belog ni memang fokus dan tertumpu pada kehidupan seharian saya bersama famili dan kawan-kawan. dan ini cerita saya bersama familia tershayang.. :)

hari tidak memasak, makan di luar. hari jumaat, kebanyakan kedai tutup. maka, kami membawa diri ke fast food McDonald. kebetulan tak ramai orang. chacha sorang je main kat sini. mama pun apa lagi, snap gambar la kannn..


hallamak! gambar lain tak upload lagi la.. ada dalam hp. letak satu je lah gambar sayang eh. tak pe eh.. :)

kejadian bulan lepas tapi baru update hari ni. anakku sayang akhirnya berkesempatan menemui upin dan ipin! dalam tv kan ke kecik je upin ipin ni. tiba kat depan mata, hah kau besar nya! chacha terkejut tengok upin ipin bigggg cangattttt !! tapi, salam tetap salam. siap cium tangan lagi.. hehhehe..



tak lama lepas tu, chacha ajak balik. "maa, jom balik umah. chacha tanak tengok dah upin upin. bigg cangatt maa..". hehehe. anakku dah puas hati dapat tengok upin ipin secara live in person. lepas ni mesti tanak tengok dah. sebab scary, besar sangat. hiksss.. 

jumpa lagi di entry lain. daaaaaaaa..

Wednesday, March 2, 2011

today is wednesday but this is not wordless wednesday entry

cam-whore first! like chacha like mama! :p


just wanna update my activities with my lovey dovey family during last two weeks. we went to motorcross tournament to support cikgu najmi's son. cikgu najmi is rally sifu to both my elder and younger brother. they came along from the north to this tournament at sports complex, gong badak, kuala terengganu. we've decided to get hands on them. although hot weather, we had fun though our chacha cannot stand the noise! hahaha. let's see the piccas! :D



then after dinner, we went to state stadium for badminton and managed to catch this man! hohoho !!


that's it! we're satisfied and went back home.. :)

Tuesday, February 22, 2011

bagaimana hati saya tersentuh

lunch tadi with my one and only housemate, tepi pantai teluk kalong. mood swing. banyak sangat benda yang saya fikir, kot. seakan hilang selera makan. tapi still makan, cuma tak bernafsu. bihun tomyam gagal dihabiskan. tetapi [ada tapinya yer], saya berjaya menghabiskan seekor ikan celup tepung yang super duper fresh dan lazat! tinggal tulang saja sebab kepala dan tulang ikan tu saya sedekah pada kucing-kucing yang menunggu dengan wajah yang sayu kelaparan. semua peringkat kucing ada, dari tua sampai lah yang baru boleh berjalan.

keadaan kucing terbiar memang tidak terurus. comot dan kotor. tapi itu tidak bermakna saya tak kasihan. hati saya sangat tersentuh tatkala melihat beberapa ekor anak kucing yang mencari makanan untuk terus hidup. malah mereka hanya minum air dari lelehan sinki sahaja untuk menghilangkan dahaga. ohh sungguh tersentuh okay. kecik-kecik lagi dah survive. sungguh kasihan.. lagi la hilang selera makan. air mata bergenang, mujur tak tumpah. malu kat housemate saya. huhuuu..

terus saya teringat pada dua ekor kucing kesayangan; orlanda dan cielo. orla dan cielo sungguh bertuah kerna kami begitu menyayangi dan mengasihi mereka. makan pakai [maksudnya sampai masa mandi, depa mandi. pakai syampu wangi-wangi. hehe] terjaga. tak perlu merayau mencari makan dan minum. semua nya tersedia. cukup sempurna. itu lah nasib si kucing kan. ada yang terbela, ada yang sebaliknya.

masih terbayang wajah kucing-kucing tadi. semoga mereka tidak kelaparan. ramai pengunjung tetapi kebanyakannya seakan tidak menyedari kehadiran makhluk Allah yang bernama kucing itu. enak menjamu selera, mengisi perut dan anak tekak sendiri sahaja.

wallahualam.

friends are priceless

we’ve been through some tough times
but we’ve made it through..
we shared smiles
we wiped the tears
and through the years
our friendship was grown along with us
you are truly a wonderful parts of my life..


I LOVE YOU!
:) :) :)

Wednesday, February 16, 2011

wordless wednesday - 04

* source image: google *

Thursday, February 10, 2011

pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...ke sana 
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri 

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


itu adalah lirik lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani..

kenapa saya pilih lagu ni? ada kisahnya..

baru sebentar tadi, saya jumpa seseorang. mulut ringan bertanya tentang kenalan yang seorang lagi. sebab dah lama saya tak nampak dia. dan saya diberitahu bahawa kenalan itu telah meninggal, september lepas. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.. sungguh saya terkejut. saya baru tahu. arwah masih muda, punya tiga orang anak; yang sulung umur 12 tahun dan yang bongsu umur 10 tahun. sepanjang tempoh saya mengenali arwah, arwah tak ada sakit yang kronik. difahamkan juga, arwah meninggal akibat demam + buatan orang.  saya juga diberitahu, suami arwah juga sudah meninggal. tinggal lah anak yatim piatu bersama nenek mereka. masih ada kisah di sebalik pemergian arwah. biar lah cuma untuk simpanan saya saja. wallahualam. hati saya berdetik, bila-bila masa saja Allah nak ambil nyawa kita. saya bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati ciptaan Dia. 

barakallah..

Allah Maha Kaya.

Wednesday, February 9, 2011

kesabaran teruji lagi

hari-hari datang kerja, rasa tak puas hati tu memang ada. sentiasa ada! sebab? longgokan sampah dalam beberapa cargo basket depan gudang ni mengundang jutaan lalat dan binatang kecil yang terbang yang  sungguh mesra alam dengan manusia hingga berupaya masuk ke dalam rongga terbuka. berterbangan kat muka, penuh kat atas meja, hinggap di komputer, telefon, handphone, frame gambar, printer dan segala bagai benda yang ada dalam ruang pejabat ni! binatang kecil ni takkan mati sehingga kita menampar dengan kuat sehingga menyebabkan tangan menjadi merah okay! sangat menjengkelkan! nak buat kerja pun terbantut! tak ada mood! 

dayang enterprise pun satu hal. dah la barang melimpah-ruah sampai ke ruang tempat letak kereta, sampah berbasket-basket hinggakan laluan ke tandas pun tertutup! busuk tak payah cakap lah kan! mana saya tak bengang?!?! huhhh dari sejuk terus jadi panas! pagi-pagi parking depan ni, jutaan lalat tadi berebut-rebut nak masuk dalam kereta! kat luar kereta tak payah cakap lah kan.. fuhhh sabar tahap maksimum kerja kat gudang ni!

kejadian bukan berlaku sekali. tapi berulang ulang ulang ulang ulangg ulanggg ulanngggggg kali okay! saya bosannnnnn !! 

arghhh emo lagi! benciii !!

Monday, February 7, 2011

bila minda sarat

saya akan rasa sungguh tidak seronok. bila rasa sungguh tidak seronok ni singgah, there goes my mood. not into tv, foods and almost everything. one thing could ever make me smile is the one and only farisya ameera. maka, saya akan selalu video calling her, even she didn't layan me on the screen pun saya boleh sengih sorang-sorang. tengok dia main and dengar dia cakap pun dah release. hebat sungguh pengaruh anak kan.. :)


sarat akan hilang bila resah ini lenyap. oh Tuhan, hilangkan resahku..

Wednesday, February 2, 2011

eh. main kasar nampak?

apa kes?

saya beritahu sebab itu kerja awak. dah nama pun kerja, tak perlu nak melenting. cakap kasar bagai. apa lu ingat gua tak reti nak cakap kasar serupa lu ke? konon tengok muka gua lembut kan. hah meh la lagi kalau nak dengar gua cakap kasar! sabar saya pun ada batas jugak. kita cakap elok-elok, eh tiba-tiba dia berkasar. rasakan. huh!

*uih  ter'emo' pulaks. sowiii..*

:) :) :)

Tuesday, February 1, 2011

nak cerita apa eyh?

saya rindu. rindu pada sifu-sifu. rindu pada suasana bersama sifu-sifu. rindu pada hubungan yang terjalin tanpa ada rasa seperti sekarang. itu lah orang kata, kenangan yang indah untuk dikenang. kalau tak ada kenangan, hidup seakan hilang seri. pudar dan suram. kelam. 

andai diberi peluang dan kesempatan, saya ingin sekali bertemu mereka. berkongsi rasa, meluah perasaan tanpa ada sebarang sekatan. telus.

Monday, January 31, 2011

a day to remember

brought her to the mall. she enjoyed the moment. me? enjoy juga tapi fenat mengejar :)

suka benor sticker lately ni. habis semua toys dia tampal sticker. almari and sliding door tokmi pun menjadi mangsa ke'creative'an budak kecik ni.

dah lenguh jalan, we moved to tanjung lumpur for dinner, together with my uncle and his wife. here's the image captured *happy* !!


till the next entry, bui-bui.. ;)