Thursday, April 29, 2010

riang itu saya

today is thursday = like!

beberapa jam sahaja lagi, saya akan pulang menemui puteri dan mr hubby. doakan semoga saya selamat sampai. pagi  tadi ada jamuan kecil sempena menyambut hari kelahiran staff operation yang jatuh pada bulan april. pagi-pagi buta [tak la buta sangat sebenarnya sebab dah pukul 9.00 tadi hehe] makan nasi ayam! yer, nasi ayam you.. saya jamah sedikit [ada la dlm lima sudu besar. sikit la tu kan?] dan ada tiga jenis kuih complete dengan nescafe. haa nescafe memang saya tak tolak lah. ohh ya, choclate cake pun ada. sedap. tak manis. tak muak. boleh order dengan kakak kak posh! :D

lepas jamuan, saya join rakan-rakan operation [girl sahaja] ke suatu tempat. tempat yang dimaksudkan ialah tempat untuk mengukur baju. baju? yer baju uniform operation. saya layak mendapatnya. yeah yeahh! rasa seronok membuak-buak bila ingat fikir akan dapat uniform operation. boleh pakai pants! yuhuuu.. tapi yang pasti, lambat lagi. dua bulan lagi pun belum tentu dapat, kot. saya akan dapat satu persalinan lengkap including safety shoes, helmet, glass dan yang sewaktu dengannya. kalau dapat complete set, sure saya tunjuk tayang kat sini. woottt!

p/s: tak sabar nak balik tak sabar nak balik.

Wednesday, April 28, 2010

give me strength

tiba-tiba hati berbelah-bahagi. tentang apa? tentang hasrat murni saya nak bawa puteri ke sini. kenapa berbelah-bahagi? entah la. ini yang saya risaukan:
  1. takut puteri tak betah tinggal di kemaman. tapi lama-lama nanti mesti akan biasa kan..
  2. risau nak tinggalkan puteri dengan pengasuh. sebelum ni, puteri dijaga oleh tok mi. tiba-tiba bertukar tangan. pasti anak itu akan menangis. tapi lama-lama nanti mesti akan biasa kan..
  3. kalau puteri tinggal dengan mama, papa pula tinggal berseorangan.. :(
alangkah bahagianya jika kami tidak perlu berjauhan lagi.

p/s: sentiasa harapkan rezeki dan miracle berlaku..

pembaziran telah berlaku

balik dari office semalam, saya dengan segera pergi ke warung untuk beli nasi tapi sebelum tu buat pusingan dan lalu depan rumah yang bakal kami diami tak berapa lama lagi. semalam saya beli nasi lemak, mee goreng + keropok, popia dan teh ais. saya hanya makan mee goreng + keropok dan 1 biji popia sahaja.

p/s: apa jadi pada nasi lemak? :(

Tuesday, April 27, 2010

betul-betul mahu

lepas office ni mahu pergi beli nasi! nasi lemak, nasi minyak + popia. huh banyaknya? betol ke nak beli ni? kenapa banyak sangat? sangat banyak ke nak makan? eh apa laa mengarut ni.. saya lapar sangat, betul. time lapar memang mengidam yang bukan-bukan. list pun luar biasa. tapi bila dah makan, sebungkus pun belum tentu habis. kenapa eh? kalau orang tanya, saya selalau cakap, "tangki saya kecik". jujur tu tau!

p/s: ikut nafsu binasa.

inner syria

saya notice, banyak belog jual inner syria 2 tone dan 3 tone. macam menarik. tangan gatal nak order online! walaupun murah tapi bila membukit, banyak juga duit yang keluar! ini tidak harus terjadi yo! 

p/s: tapi saya nak try. macam mana ni?

yang penting, hati..

mahu ikhlas..

pagi yang tak berapa nak pagi dah, saya start menulis [i mean, typing]. awal-awal pagi lagi boss dah inform yang dia berada di annex seharian hari ni. aduhhhh bosan nya..

saya rindu nak jumpa kawan-kawan UPM. kalau dulu selalu makan minum dan tido bersama. OHH campus life, i miss u, really! just a past few weeks, saya berbual dengan salah seorang daripada mereka yang saya rindui. ternyata banyak sungguh benar cerita. tak puas berbual di telefon. terasa sangat ingin bertemu namun apakan daya. jarak dan masa yang menjadi penghalang pemisah. andai saya diberikan kesempatan, saya nak mahu berjumpa mereka dan anak mereka juga, insyaAllah..

wallahualam.

p/s: apa pun yang kita buat, sentiasa ingat Allah..

Monday, April 26, 2010

alamak!

gambar dalam simpanan sudah hilang lesap! arghhh tidakkkk!! apakah yang berlaku? apa yang harus saya lakukan? saya harus menyerang annex segera secepat mungkin. dan mohon bantuan IT untuk mendapatkannya kembali. gambar-gambar itu sangat berharga. banyak kenangan tu.. :(

tak puas hati

tp sedikit sebanyak, blog sudah berubah wajah = sangat suka hati.

stress pula tak dapat edit gambar sebagaimana yang diinginkan! huahahahaa tak dapat edit gambar pun nak stress.. apa lah mama ni.. balik hujung minggu ni, saya pasti akan berguru dgn mr hubby! tak kesah lah photoshop ke paint.net ke apa ke, yang pasti saya mahu impian tercapai!

menjadi-jadi pulak..

bosan saya ni. tengok lah apa yang saya dah buat pada belog saya! touch up sikit je. godek-godek dah dapat background cantik! SUKA!

cuba menulis lagi

bila bosan, terasa nak update belog. tapi, hati seakan tawar hambar. nak update apa yer?

ohh pasal rumah. saya baru je call tuan rumah. nama dia kak ana. kak ana kat hospital. anak dia masuk wad. demam + pening + muntah = bahaya. so saya tak mahu kacau lah dulu. i will call her later. semoga anak kak ana cepat sembuh. berbalik pasal rumah. rumah yang kami nak duduk tu dah kosong. fariha [penyewa dulu lama] dah sms saya. sungguh baik sekali fariha tu. Allah saja yang boleh membalas segala kebaikan fariha dan suaminya. mengikut kata kak ana sebelum ni, kak ana akan betulkan dulu apa yang rosak dan akan bersihkan rumah sebelum kami masuk. bila dah selesai semua tu, baru kami boleh pindah. saya rasa, hujung minggu ni kami dah boleh pindah. ohh sebut pasal hujung minggu, kita ke perenggan kedua.

hujung minggu. mr hubby dapat panggilan dari seorang sahabat. sahabat itu sudah mahu kawin. sahabat dikenali sebagai baim. baim jemput ke kenduri beliau di kota bharu. yer di kelantan. dekat saja tapi tiga jam perjalanan jugak la kan. mr hubby decide nak pergi. [yeayyyyy boleh pergi jalan-jalan. dah lama tak jalan-jalan dengan papa!] baim tu pun dah banyak tolong mr hubby dulu waktu di serdang. memandangkan kami akan menghadiri majlis perkahwinan beliau baim di kota bharu pada 1 mei nanti, maka kami terpaksa tangguhkan dulu proses perpindahan. tangguh pun tak lama. seminggu saja. minggu selepas 1 mei, kami akan mula mengangkut barang. lori dan tenaga buruh dah ada, insyaAllah. hanya menunggu masa yang sesuai saja. duit? sudah tentu lah banyak yang keluar! uwaaaaaaaaa.. tapi apa pun, kami bersyukur. semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

jun sama dengan bulan enam. ada satu lagi undangan perkahwinan. kat mana? alor setar. alor setar?  ye alor setar yo! yer di kedah. yeayyyyy! kawan mr hubby juga. mie namanya. saya kenal mie waktu mr hubby kerja di sri iskandar, perak. harap-harap saya kami dapat manage time untuk pulang ke kampung halaman mr hubby, menghadiri kenduri kawin mie dan bawa puteri jalan-jalan ke tempat yang puteri suka seperti naik cable car [mungkin tidak.. kalau berjaya, hooorayyyyyyy!] dan kolam [cadang nak ajak papa pergi sungai petani ada theme park eh kat sana?].

july atau julai. bulan kelahiran puteri dan mama.. yeahhhhh!

p/s: saya baru potong rambut! :D

bad nite

why?

because

mama cry.

Sunday, April 25, 2010

syukran jazilan

alhamdulillah.. segala perancangan hampir selesai. berjalan dengan lancar. begitu baik sekali. menunggu masa yang sesuai untuk memasuki rumah baru. puteri akan datang setelah mama papa selesai menghias. keselesaan mu ialah priority mama dan papa..

p/s: baru terasa kenyamanan air cond ni. hmm..

Monday, April 19, 2010

cinta dan hati saya

"Nobody can give us a better life but ourselves, if you wait for someone to make you happy you will never be.."






Wednesday, April 14, 2010

i am..



alhamdulillah..

Thursday, April 8, 2010

happy birthday hasnida ali!

tuesday nite, we went to sonstar kopitiam to celebrate her birthday. cik suhana kamaluddin beli kek yang cantik dan sedap [sedap itu sangat penting]. kek itu sangat cute. boleh tengok dalam gambar ok! dan hasnida ali kelihatan terharu dan seronok + gembira. well, you deserved dada. we all happy tengok you happy! ecehh..

ohh.. 'we' yang saya maksudkan ialah birthday gurL for sure, suriawati, mastika lyana, nur sakinah, suhana and me myself. masing-masing order food except mastika lyana. dia cakap dia dah makan. masih kenyang. chicken chop, mee kari, laksa and fish n chip adalah menu kami. semua sedap tapi semua tak habis. sangat banyak ok..

walaupun malam itu perut saya sangat sakit kerana diserang angin disebabkan kelewatan menikmati makan malam, saya pun happy juga. saya makan 3 suap saja. lapar tapi dah tak boleh nak makan sebab sakit sangat. muka saya berpeluh-peluh menahan kesakitan. after dinner, masuk dalam kereta, saya baring kat seat belakang. baru lah lega. best juga baring dalam kereta, malam pula tu. saya tengok bintang di langit tapi tak kira ada berapa banyak bintang. banyak juga bintang malam itu. hehe.

itu saja. bye! eh lupa.. gambar kat bawah ni ya.. ;)










p/s: kenapa setting belog ni lari eh? nak susun gambar pun susah. aduhhh stresssss!

Sunday, April 4, 2010

Thursday, April 1, 2010

1st april 2010

today is my mom's birthday. HAPPY BIRTHDAY MI! kang balik ma beli cake. farisya ameera nak tiup lilin.. :D

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO TOK MI..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..