Showing posts with label holiday trip. Show all posts
Showing posts with label holiday trip. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

percutian yang mendamaikan

11 Julai 2012 – kami pulang ke Darul Iman. Perancangan yang diatur teliti. Sebelum Ramadhan, pulang ke kampung ku dan bercuti di Pulau Perhentian merangkap raikan ulangtahun kelahiran Puteri ku yang  ke-4. And yessssss she’s ready for her baby sister/brother :)

13 Julai 2012 – bertolak ke Jeti Kuala Besut seawal jam 7 pagi. Sampai di jeti hampir jam 9 pagi. Menunggu bot tak sampai-sampai. Posinggg duluuu sampai bosan. My mother in law, brother in law and his family + his mother in law and his staff pun join skali. Ehehehe.





Akhirnya setelah butir diri lengkap diisi, kami naik bot. Posing lagiiiiiiiiii atas bot. hampir sejam setengah, kami sampai kat pulau. Kami menginap di pulau kecil, which is perkampungan penduduk pulau. Near to masjid, kedai makan and a lot more cheaper than pulau besar. But next time kalau pegi lagi, saya nak stay kat perhentian besar pulak. Easier untuk Puteri ku mandi laut and main her beach toys. Pulau kecik tu tak leh mandi. Nak kena naik taxi pulak ke pulau besar. Kat pulau besar, heaven lahhhhhh! Snorkelling wohoooooo!






My little sister met her new friend, Halimah and Sonia from France. They are siblings.



Pemandangan yang sungguh tenang meski terik membahang. Cukup tenang. Saya diminta untuk posing. Tanpa berlengah, nah inilah hasilnya! Ahahahha.
Dah check-in, bersiap untuk pegi snorkelling. While waiting for the taxi, posing lagiiiiiiiii. * taxi tu sebenarnya bot kecik. Sebab dipanggil taxi ialah sebagai kenderaan yang menghubungkan pulau kecik dan pulau besar * 






Banyak tempat pakcik tu bawak kami snorkelling. Jumpa nemo. Jumpa penyu tengah makan di dasar laut.!Nampak aje kelibat penyu tu, encik suami dan saya terus terjun dari bot!! Walaaaaa satu pengalaman baru dan kepuasan yang tak terucap! Sungguh-sungguh saya mengagumi indahnya ciptaan Ilahi. Hidupan dasar laut yang sememangnya unik. Allahuakhbar!


Selesai snorkelling, pakcik taxi bawak kami mandi air tawar. Sejuk yang amat tapi best! Menggigil-gigil tapi sempat lagi pose :)







Pastu balik chalet. Malam berkumpul di kedai makan. Nak celebrate birthday Puteri. Kami bawak cake siap ke pulau. That’s why she was extremely excited bila mula-mula dapat tahu yang kami akan ke pualu dengan ditemani tokmi, ki and the rest of the family. Mama and papa so happy for you, sayang!






14 Julai 2012 – sebelum bertolak balik, kami sekali lagi naik taxi ke pulau besar. Pegi ke taman laut. Situ ikan cantik-cantik. Anak-anak main beach toys dengan ditemani tokmi tercayanggggggg. Kami sempat main pasir jugak. Kalah kids. Ahahahha.















Then jam 11 pagi, bersiap untuk pulang. Kul 12 bot sampai. Bertolak balik ke Alor Setar dari jeti Kuala Besut.


Till we meet Darul Iman again end of Ramadhan, insyaAllah :)

Wednesday, August 1, 2012

entry pertama di bulan Ramadhan

Belum terlambat rasanya untuk saya titipkan SALAM RAMADHAN buat semua pembaca budiman. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga ibadat kita semua diterima oleh-Nya, insyaAllah.

Hari ni rasa nak menulis sesuatu di belog kesayangan. Dah lama tak terusik. Nothing much to share actually. Cuma keinginan untuk mengabdikan kenangan tu menebal. At least, gambar dan cerita di sebaliknya boleh saya dan anak [-anak] saya baca.
Trip to Ho Chi Minh
 
Trip ni boleh dicop sebagai percutian family, belah encik suami. We went to KL a night before. Sampai pun dah agak tengah malam. Last flight from Alor Setar. Sebelum cuti, kena settle keje dulu. Allah saja yang tahu betapa saya bersungguh-sungguh mahukan keje-keje saya selesai sepenuhnya. Sampai rumah dah maghrib. Flight kul 9.20 malam. Saya Cuma ada masa kurang dari sejam untuk bersiap.
Syukurlah awal-awal lagi saya dah packing. Usai bersiap, kami ke rumah mertua. Depa hantaq pi airport. Aihh dah tukaq loghat pulak. Ahahhaha!

Sampai airport, kami terus check-in. Puteri tersayang paling excited. Alhamdulillah tak lama menunggu, kami sampai di KL. Ambil cab terus check-in hotel. Just slept a few hours, dah subuh. Terus bersiap for early check-in. Cab dah tunggu as promised night before. Sampai LCCT terus pegi check-in then breakfast.




Syukurlah flight tak delay. Hehe. Sang Puteri excited. Mulut tak henti pot pet pot pet. In flight pun, macam-macam yang dia tanya. Dah fly about half an hour, baru lah dia tido. Ni keje dia sebelum tido.


Encik suami dan Puteri lena diulit mimpi. Saya tak boleh lelap. Ralit memerhatikan langit biru yang dihiasi awan putih. Sumgguh mengasyikkan. Allah Maha Besar.





Alhamdulillah kami selamat tiba di HCM jam 10.40 pagi waktu Vietnam. Matahari mula meninggi. Warga Vietnam membanjiri perkarangan airport. Macam nak sambut ketibaan somebody. Sesak!



Amik cab, terus ke hotel. Setengah jam jugak la nak sampai ke hotel. Jalan dia penuh dengan motor and kereta. Bersimpang-siur. Berhon-hon. New experience tengok traffic kat sana. Sesak yang amat! Tapi tak jem. Hebat.

Sampai hotel hampir kul 12 tengahari. Check-in, rest sat.


And this is the room :)



Pastu keluar menapak cari kedai makan halal. Jumpa VN Halal.



After lunch, we went to famous Ben Thanh market. Dekat je pun. Jalan kaki. Saya pening tengok kain baju yang amat dahsyat banyaknya. Langsung tak beli kain! Ahahahaha. Tapi saya beli t-shirt.



Then balik hotel. Bagi puteri rehat. Tengok tv then sleep. Mama pun sleep. Papa turun ke lobby waiting for his family nak sampai tak lama lagi. Aaa yes yes kami 3 beranak sampai dulu. Depa flight asing. Kul 6 lebih baru depa sampai hotel.

Malam bersiap nak pegi dinner.

Dinner pun kat VN Halal. Kami jadi tourist guide [konon]. Hehe.



Lepas tu, menapak ke Ben Thanh night market. Wuhooo murah-murah. Saya beli apa ek? Lupa sudah. Ooo beli handbag untuk bonda tersayang. Then beli souvenirs untuk family and friends. Baju yang sarat dengan manik and kain cotton yang berlambak-lambak tu semua tengok saja. Penin nak pilih yang mana satu. Hiks!
Esoknya lepas breakfast, ke Ben Thanh lagi. Shopping la kali ni. Semalam kan dah survey, ahahaha! Beli kain cotton and silk. Encik suami tempeh suit. Siap petang tu jugak. Betapa cepat mereka boleh siapkan. Petang tu tailor datang hotel untuk fitting. Nicely done. Cheap price. Good material. Keh keh promote sikit.

Punya lah penat pusing 1 market. Dah perabih duit kat Ben Thanh, pegi kedai Basiroh hunting for telekung and ready-made baju kurung and jubah. Sesampainya di kedai tu, mak aii terus rasa nak pitam. Punya la penuhhhhh dengan baju. Berjalan atas baju-baju tersebut okayyyy. Tingkat atas ada telekung. Pun bersepah jugak. Last-last tak beli satu apa pun. Mother in law and bros in law je beli telekung. Pastu heading to Hong Anh. Butik yang menjual baju kurung, jubah, handbag, tudung. Cantikkkkkkkk! Sarat bermanik. But unfortunately no size for petite! L

Mother in law bought for her and me bought jubah and kurung for Puteri. Sangat comel. Sangat cantik. In love with Hong Anh. Then saya jumpa tudung half-moon, syria layer yang bermanik yang dijual di Radiusite! Oh my Gucci! Depa amik kat sini rupanya. Owner kedai di kedai tu kata semua tu adalah tempahan. So nan hado lah saya nak beli. Sana murah je.


Then pi lunch. Eh sat! lunch dulu ke pi Hong Anh dulu eh? Ahahaha boleh pulak lupa. Kami lunch di Saigon Halal. Recommended! Delicious dengan perut yang super-duper lapar, memang sedappppp!



Pastu balik hotel la, rest and solat. Dah malam, keluar ke Ben Thanh night market lagi. Haaa kali ni saya menyoping tak hingattttt! Beli baju kurung siap sarat manik + cotton, dress for Puteri and a few more. Dah encik suami bagi green light kan, yippieeeee!
 
Balik hotel, macam biasa tengok hasil tangkapan. Packing masuk dalam bag siap! Ahahahhaha. Esok nak tour ke Cu Chi Tunnel pulak. Dah sewa 1 van muat kami 12 orang. Sangat selesa.
Perjalanan ke terowong bawah tanah zaman perang depa amik masa hamper 2 jam jugak. Sampai sana, dah agak ramai tourist. Kami dapat tourist guide yang fasih berbahasa Inggeris. Segenap ceruk dia explain, bagus betul.



Kami tak lepaskan peluang masuk ke dalam terowong bawah tanah untuk merasa sendiri pengalaman pada zaman penjajah dulu. Masya Allah sungguh sempit. Muat untuk yang berbadan kecil-sederhana saja. Membongkok di sepanjang terowong. Panas. Puteri ku tak takut. Sempat posing lagi dalam tunnel. Hiks!


Dah round semua kawasan, dia bawak kami makan ubi rebus and plain jasmine tea. Ubi rebus dia sedapppppppp cicah dengan kacang tumbuk + gula + garam. Makanan zaman perang.

Sebelum tu, cuci tangan dulu.



Pastu pegi lunch nearby.
Sedap. Saya suka sayur dia. Makan sampai perut muncitttttttt! Ehehehe.

Pastu heading back to town. Ansari, our muslim tourist guide bawak ke Chinatown market. Shopping lagiiiiiiiiii. Beli kain lagi. Ahahahha. Chinatown market a bit cheaper than Ben Thanh. Boleh nego harga. Tapi jauh dari town. Then agak sesak sebab pasar borong. So, baik pegi Ben Thanh je. Ehehe.
Singgah tempat orang kurang upaya buat souvenir jap.

Atas permintaan yang tinggi dari saya, kami sekali lagi mengunjugi Hong Anh. Kali ni, saya beli kurung dan kurung untuk saya,  saya dan Puteri. Sedondon. Baju rayaaaaaaaaa yeaaaaaaaa!

Pastu balik hotel. Mandi and rest sat. malam keluar lagi pegi Ben Thanh night market for the lastttttttttt one before going back to Malaysia tomorrow morning. Ecery night without fail okay pegi night market. Hasil tangkapan? Memang melebihi jangkaan. Satu lagi luggage terpaksa dibeli untuk memuatkan hasil tangkapan. Ahahahhaha. Bukan sokmo pungggg.

First night je Puteri ikut pegi night market. The rest tu tak ikut dah. She doesn’t want to follow. Sebab tak ada toys + penat nak jalan so she stayed at hotel.

Last day at HCM. Bangun pagi siap and breakfast. Then terus ke airport. Tunggu boarding.



Alhamdulillah selamat sampai KL and fly back to Alor Setar.


Sekian.