not my abah. not my gurL's papa [my hubby la tu]. but a good friend of my parents. saya diberitahu allahyarham papa meninggal kerana kemalangan. nauzubillah.. innalillahiwainnalillahirajiun.. saya terkejut dan tergamam sebentar. benar kah apa yang saya dengar? ohh Tuhan.. sungguh saya tidak menyangka, sama sekali tidak. adik saya cakap, berita kemalangan allahyarham papa ada dalam akhbar harian metro. saya baca dan sangat sedih. allahyarham papa meninggal di tempat kejadian. saksi mengatakan perodua kembara milik allahyarham papa melanggar lori. saya tahu allahyarham papa mengidap penyakit jantung. pada hari kemalangan, allahyarham papa berseorangan. seingat saya, last sekali saya jumpa allahyarham papa lebih kurang 10 tahun dulu. sudah lama benar. tapi masih segar diingatan saya. allahyarham papa baik orangnya. soft-spoken. semoga allahyarham papa di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amiin..
p/s: al-Fatihah..
Osteoporosis: Tulang Umpama Cengkerang Telur
8 years ago
No comments:
Post a Comment