Wednesday, October 20, 2010

hujung minggu yang cramp

we went to sua rasa tv9 on saturday, 9 october. nothing much to tell. ramai orang. penuh. padat. sesak. niat kami cuma satu, nak temukan farisya ameera dengan favorite dia, upin & ipin. tapi  malangnya tidak kesampaian. tunggu punya tunggu punya tunggu, upin ipin tak muncul-muncul. poor my girL.. nasib baik lah ada bot pengubat hati. 

tengok gambar je la yukk!

 


sekian saja. terima kasih.
p/s: thank you for reading.. ;)

Tuesday, October 19, 2010

permulaan minggu yang agak pasif

why oh why?

maybe it is because of hectic and aggressive week before..

dah lepas MEGA bonding program, baru rasa lega sikit walaupun badan masih sakit-sakit. teringin juga nak share pasal program tu but not today. i will find one fine day to write whole story about it, insyaAllah.. 

p/s: semua orang yang saya jumpa hari ni mengatakan wajah saya pucat amat. iya memang saya akui itu. saya tak tempek sedikit bedak pun pagi tadi. alasan? malas + sedih tinggalkan sang puteri.. :(

Thursday, October 7, 2010

sangat peka terhadap perubahan

siapakah yang dimaksudkan?

ohh saya lah orangnya.. :D

tersenyum sendiri melihat perubahan demi perubahan di depan mata. tapi tidak pula saya berkongsi dengan sesiapa. cukup sekadar bermonolog dengan diri-sendiri sahaja.. hidup ini penuh dengan kejutan kan.. juga hairan dengan perubahan sikap sesetengah kenalan. sebelum ini beramah-mesra tapi tiba-tiba saja seakan bermasam muka dan mengelak dari bertentang mata. dan saya, jika bertentang mata dengan si dia, saya hanya memandang sepi tanpa perasaan. sekadar pandang, tiada senyuman terukir. kadang-kadang terfikir, cuma saya yang berlebih-lebih menyapa si dia. jadi saya malas nak layan angin kus-kus dia. hairan ya.. saya cuba mencari di mana silap saya namun setelah dikorek, digali, tak nampak pula pertelingkahan. mungkin tanpa saya sedari. mungkin juga dari mulut orang lain yang menyampai-nyampai cerita. mungkin. saya tidak menuduh. biar lah si dia senang dengan sikap dinginnya itu. yang pada saya sudah agak berumur itu. saya masih menghormati kerana faktor usia.. nasib baik lah jarang berjumpa. jadi terpulang pada makcik lah nak buat apa pun. saya? tiada kesah.. ;)

mahu bersiap-siap untuk pulang. puteri sedang menanti mama.. mama pulang sayanggggg.. *kiss-kiss*

Wednesday, October 6, 2010

tingkap dan pintu tertutup..

jangan disangka tiada debu atau habuk..

Sunday, October 3, 2010

kurang selesa namun apakan daya..

salam readers,

rasa di atas memang menebal setiap kali saya ingin ke washroom or ladies aka toilet. washroon tidak disediakan di dalam warehouse ini [so far] jadi nak atau tak nak, i have to menapak to the public toilet. sounds ngeri huh? menapak tak la jauh, ada la dalam 15 - 20 tapak bergantung kepada langkah kaki la kan.. nak dijadikan cerita, operation site ni kan mostly lelaki. yang buat kerja loading kat sebelah dan depan warehouse ini SEMUAnya lelaki. dan saya terpaksa melintasi mereka untuk ke washroom itu. jadi sedikit-sebanyak anda semua boleh imagine kesengsaraan saya untuk ke washroom bukan? kadang-kadang saya terpaksa menunggu waktu mereka rehat dan 'bertahan' hanya kerana mereka lelaki.

sad but true..

ada pasang surutnya..

salam readers,

rasa ini datang lagi. surut dan susut. seakan tiada apa untuk bercerita di sini tetapi sebenarnya ada. ada dalam tiada mungkin.. ada beberapa faktor yang menjadikan saya begini. faktor yang tidak bisa saya rungkaikan di sini. biarlah menjadi rahsia hati saya saja..

seronok lihat belog kawan-kawan dan blogger lain yang sentiasa diupdate. rajin sungguh mereka. seakan tiada noktah mereka meluahkan rasa di alam virtual ini. bagus juga tu. elok untuk mereka yang jarang bersua terutamanya pabila terpisah lama, jauh.. 

hari ini saya menjalani rutin seperti biasa. sesudah subuh, saya memandu keseorangan menuju ke punca rezeki saya. meninggalkan anak kecil yang sedang menyusu di samping papanya. mujur lah anak itu tidak terjaga tadi. sedaya-upaya saya cuba hindarkan bunyi bising bimbang bakal mengganggu lena sang puteri.. *hiba rasa hati tapi ku gagahkan jua*

mohon saya pada Allah setiap kali tangan ini diangkat, semoga dipermudahkan segala urusan. semoga dimakbulkan segala permintaan. semoga terus ditabahkan hati melalui hari-hari mendatang.. wallahualam..

p/s: rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca-pembaca budiman saya. semoga anda semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, insyaAllah..