siapakah yang dimaksudkan?
ohh saya lah orangnya.. :D
tersenyum sendiri melihat perubahan demi perubahan di depan mata. tapi tidak pula saya berkongsi dengan sesiapa. cukup sekadar bermonolog dengan diri-sendiri sahaja.. hidup ini penuh dengan kejutan kan.. juga hairan dengan perubahan sikap sesetengah kenalan. sebelum ini beramah-mesra tapi tiba-tiba saja seakan bermasam muka dan mengelak dari bertentang mata. dan saya, jika bertentang mata dengan si dia, saya hanya memandang sepi tanpa perasaan. sekadar pandang, tiada senyuman terukir. kadang-kadang terfikir, cuma saya yang berlebih-lebih menyapa si dia. jadi saya malas nak layan angin kus-kus dia. hairan ya.. saya cuba mencari di mana silap saya namun setelah dikorek, digali, tak nampak pula pertelingkahan. mungkin tanpa saya sedari. mungkin juga dari mulut orang lain yang menyampai-nyampai cerita. mungkin. saya tidak menuduh. biar lah si dia senang dengan sikap dinginnya itu. yang pada saya sudah agak berumur itu. saya masih menghormati kerana faktor usia.. nasib baik lah jarang berjumpa. jadi terpulang pada makcik lah nak buat apa pun. saya? tiada kesah.. ;)
mahu bersiap-siap untuk pulang. puteri sedang menanti mama.. mama pulang sayanggggg.. *kiss-kiss*
No comments:
Post a Comment