Monday, January 31, 2011

a day to remember

brought her to the mall. she enjoyed the moment. me? enjoy juga tapi fenat mengejar :)

suka benor sticker lately ni. habis semua toys dia tampal sticker. almari and sliding door tokmi pun menjadi mangsa ke'creative'an budak kecik ni.

dah lenguh jalan, we moved to tanjung lumpur for dinner, together with my uncle and his wife. here's the image captured *happy* !!


till the next entry, bui-bui.. ;)

Sunday, January 30, 2011

bila semua nak tunjuk hebat

situasi akan jadi agak luar biasa. keadaan nampak sedikit tegang. suara-suara tidak puas hati mula kedengaran. kalau ikut pemerhatian saya, situasi macam ni ialah situasi yang biasa berlaku, dalam mana-mana organisasi sekalipun. terpulang kepada individu, bagaimana untuk mengurus dan mencorakkan keadaan.

saya hanya berdoa untuk yang lebih baik. semoga Allah mendengar dan perkenankan doa saya. amiin..

Thursday, January 27, 2011

timur ke utara

sabtu lepas, kami tiga beranak pulang ke alor setar. makanya saya bercuti dari 23 - 25 januari. cadangnya nak balik februari nanti. tapi since dipanggil balik, kami akur.. :)

empat hari tiga malam, rasa macam sekejap sangat. penat travel belum hilang lagi, dah kena balik. tapi tak pe lah, next time balik lagi. mungkin lama sikit, siapa tahu kan? balik kali ni, budak kecik yang nakal tu dah mula mesra-mesra dengan mak tok dan tok wan dia. satu perkembangan yang sangat baik. of course mama and papa gembira!


chacha good! nanti kita balik kedah lagi ok.. :)

Wednesday, January 26, 2011

Wednesday, January 19, 2011

Tuesday, January 18, 2011

fish and chip

chacha sampai around 8.15 malam tadi. dia hug saya kuat-kuat. kiss dua kali.. :) lepas tu....

puteri : mama beli apa untuk chacha?
saya : alaaaa.. mama tak beli apa pun sayang. tak sempat la..
puteri : chacha nak adiah maa..
saya : oh? asik hadiah je. chacha la bagi hadiah kat mama pulak..
puteri : tadi chacha kiss mama tu, adiah la tu..
saya : hahahahhahahhaa !! *sambil kiss bertalu-talu*

pandai betul ngelat! pandai menjawab! pandai serba-serbi. semalam bawak chacha, tokmi dan ki makan kat fatisya. chacha punya excited, makan sikit je. pastu ke hulu ke hilir cafe. sambil nyanyi lagu baik-baik sayang - wali band. 


p/s: dia tutup mata sebab silau flash :)

Monday, January 17, 2011

bibir menguntum senyuman

saya call abah [ki] lepas lunch tadi. niat di hati nak remind chacha tengok wonderpets, if chacha tak tido. ki kata chacha peel. pastu hp bertukar tangan. tiba-tiba dengar suara si kecil menangis dan cakap, 'chacha nak gi kat mama.. uwaaaaaaa uwaaaaaaaa'.. hadoiii kasihan anak mama. pujuk punya pujuk, baru diam tapi esak tangis masih bersisa. ki tak sempat buat loudspeaker. chacha tak bagi orang lain pegang hp. dia conquer. saya cakap dia diam, yang kedengaran cuma esakan dia je. tak lama lepas tu, ki berjaya mengloudspeakerkan hp! 


mama : chacha jangan la cry.. petang ni kita jumpa eh.. malam ni chacha sleep dengan mama k..
chacha : huuuhuuu uhukk uhukkk..
mama : chacha kemas-kemas baju dulu.. masuk dalam beg cantik chacha tu dulu.. pastu chacha datang kat mama k..
chacha : ok. aiyu [i love you].. bye..
mama : aiyu too sayang.. bye sayang.. :)

abah cakap nak datang kemaman petang ni. cadangnya nak datang esok pagi tapi memandangkan chacha dah begitu gayanya, ki berkorban. jadi malam ni saya tido bertemankan chacha di sisi! hoorayyyy !!

izinkan ku pergi

hujan sangat lebat di luar sana. membataskan pergerakan. saya bercadang ke klinik pagi ni, jumpa doctor dan ambil ubat. lepas lunch semalam dah ke klinik nak ambil ubat tapi cik adik tu cakap, 'sekarang dah tak leh ambik ubat kak. kena jumpa doctor'. doctor pulak tak ada petang semalam. ahai nasib saya kurang baik semalam. dengan batuk yang kuat dan hidung tersumbat. bekalan ubat dah habis. maka bertukang lah saya malam tadi. semput. rasa macam lelah.

malam tadi masa video call farisya ameera, seperti biasa saya tersenyum dan sengih sorang-sorang. lihat telatah si anak yang kuat berimaginasi, berada dalam alam fantasi. bercakap-cakap dengan bear-bear kesayangan, ditolak dalam stroller bawa bersiar-siar, disuap susu, dimandikan dan macam-macam lagi lah. ohh anakku, mama rinduuuuu..

Wednesday, January 12, 2011

Tuesday, January 11, 2011

masih di sini

lamanya tak menulis di sini. seakan-akan ada kekangan untuk menulis. ada dalam tiada mungkin. well saya tak menulis di sini pun, orang lain di luar sana tetap boleh meneruskan hidup seperti biasa. lebih bahagia tanpa saya mungkin? mungkin [banyaknya mungkin..] lepas ni saya akan private kan blog ini untuk tatapan saya seorang saja. mungkin [mungkin lagi..] juga itu lebih baik..

saya kurang sihat ni. demam + selsema + batuk. pakej lengkap. masih di gudang. bekerja. dan sekarang berehat sebentar sambil taip entry ni. 

kepada ismahani isa yang merindui update dari saya, saya macam ni lah. masih mencari rezeki di kemaman. masih berjauhan dengan suami dan anak. tapi akan bersama sedikit waktu lagi, insyaAllah. tolong doakan saya yer. itu antara impian dan harapan saya tahun 2011 ni. semoga dimakbulkan, amiin..

farisya ameera semakin bijak, dan nakal juga. syukur kepadaMu ya Allah untuk anugerah yang terindah. hidup saya lebih bermakna dari hari ke hari. syukur juga di atas ikatan yang cukup kuat meski si ibu hanya berjumpa si anak di waktu hujung minggu sahaja. minggu lepas, farisya ameera datang ke kemaman dan kami berjumpa di kedai makan waktu lunch. sebaik saya mendukung dan riba si kecil, dia mendongak ke arah saya sambil berkata, 'chacha rindu mama..'. ya Allah ya Tuhanku.. air mata bergenang. hati saya benar-benar tersentuh. anak itu sungguh-sungguh merindui saya. 'mama pun rindu sangat kat chacha sayang.. kita makan eh..'

that was and will always be the hardest part. namun saya tetap sabar dan redha. belum rezeki saya lagi untuk bersama-sama dengan anak dan suami. tangan tak pernah jemu menadah doa supaya diperkenankan hajat. Allah knows best for us. saya diuji dengan pelbagai ujian. saya terima satu per satu dengan redha walau ada kalanya mengeluh. saya insan biasa. lemah. sudah puas menangis namun air mata tak tertahan kadang-kadang tumpah juga. dan sekarang air mata sedang menitis laju. 

i better stop here.

barakallah.