lamanya tak menulis di sini. seakan-akan ada kekangan untuk menulis. ada dalam tiada mungkin. well saya tak menulis di sini pun, orang lain di luar sana tetap boleh meneruskan hidup seperti biasa. lebih bahagia tanpa saya mungkin? mungkin [banyaknya mungkin..] lepas ni saya akan private kan blog ini untuk tatapan saya seorang saja. mungkin [mungkin lagi..] juga itu lebih baik..
saya kurang sihat ni. demam + selsema + batuk. pakej lengkap. masih di gudang. bekerja. dan sekarang berehat sebentar sambil taip entry ni.
kepada ismahani isa yang merindui update dari saya, saya macam ni lah. masih mencari rezeki di kemaman. masih berjauhan dengan suami dan anak. tapi akan bersama sedikit waktu lagi, insyaAllah. tolong doakan saya yer. itu antara impian dan harapan saya tahun 2011 ni. semoga dimakbulkan, amiin..
farisya ameera semakin bijak, dan nakal juga. syukur kepadaMu ya Allah untuk anugerah yang terindah. hidup saya lebih bermakna dari hari ke hari. syukur juga di atas ikatan yang cukup kuat meski si ibu hanya berjumpa si anak di waktu hujung minggu sahaja. minggu lepas, farisya ameera datang ke kemaman dan kami berjumpa di kedai makan waktu lunch. sebaik saya mendukung dan riba si kecil, dia mendongak ke arah saya sambil berkata, 'chacha rindu mama..'. ya Allah ya Tuhanku.. air mata bergenang. hati saya benar-benar tersentuh. anak itu sungguh-sungguh merindui saya. 'mama pun rindu sangat kat chacha sayang.. kita makan eh..'.
that was and will always be the hardest part. namun saya tetap sabar dan redha. belum rezeki saya lagi untuk bersama-sama dengan anak dan suami. tangan tak pernah jemu menadah doa supaya diperkenankan hajat. Allah knows best for us. saya diuji dengan pelbagai ujian. saya terima satu per satu dengan redha walau ada kalanya mengeluh. saya insan biasa. lemah. sudah puas menangis namun air mata tak tertahan kadang-kadang tumpah juga. dan sekarang air mata sedang menitis laju.
i better stop here.
barakallah.
3 comments:
ala syima syahdunya saya baca entri awak ni. sangat memahaminya sebab saya pernah laluinya dulu. Saya doakan semoga awak cepat2 dpt rezeki di KT dan sentiasa bersama keluarga. sebenarnya, sekarang ni pun mereka tetap bersama awak biarpun jauh... dlm hati mereka tetap ada awak. Allah tahu apa yang terbaik utk awak.
La yukallifulLahu nafsan illa wush'aha.
"tidak Allah berikan ujian kpd seseorang hambanya, melainkan apa yg dia mampu menanggungnya"
Sabr la Syima, mmg setiap org ada ujiannya, abg din pun selalu diuji. Kalau kita sabar, insyaAllah, allah akan hapuskan dosa kita, dan meningkatkan derajat kita.
Amin
amiin.. terima kasih isma dan abg din. i really appreciate kata-kata semangat tu. sy akan terus tabah dan berusaha utk menjadi dan dpt yg lebih baik, insyaAllah.
thank you for reading my blog :)
p/s: abg din salah seorg contoh yg syima jadikan guide.. :)
Post a Comment