Tuesday, February 22, 2011

bagaimana hati saya tersentuh

lunch tadi with my one and only housemate, tepi pantai teluk kalong. mood swing. banyak sangat benda yang saya fikir, kot. seakan hilang selera makan. tapi still makan, cuma tak bernafsu. bihun tomyam gagal dihabiskan. tetapi [ada tapinya yer], saya berjaya menghabiskan seekor ikan celup tepung yang super duper fresh dan lazat! tinggal tulang saja sebab kepala dan tulang ikan tu saya sedekah pada kucing-kucing yang menunggu dengan wajah yang sayu kelaparan. semua peringkat kucing ada, dari tua sampai lah yang baru boleh berjalan.

keadaan kucing terbiar memang tidak terurus. comot dan kotor. tapi itu tidak bermakna saya tak kasihan. hati saya sangat tersentuh tatkala melihat beberapa ekor anak kucing yang mencari makanan untuk terus hidup. malah mereka hanya minum air dari lelehan sinki sahaja untuk menghilangkan dahaga. ohh sungguh tersentuh okay. kecik-kecik lagi dah survive. sungguh kasihan.. lagi la hilang selera makan. air mata bergenang, mujur tak tumpah. malu kat housemate saya. huhuuu..

terus saya teringat pada dua ekor kucing kesayangan; orlanda dan cielo. orla dan cielo sungguh bertuah kerna kami begitu menyayangi dan mengasihi mereka. makan pakai [maksudnya sampai masa mandi, depa mandi. pakai syampu wangi-wangi. hehe] terjaga. tak perlu merayau mencari makan dan minum. semua nya tersedia. cukup sempurna. itu lah nasib si kucing kan. ada yang terbela, ada yang sebaliknya.

masih terbayang wajah kucing-kucing tadi. semoga mereka tidak kelaparan. ramai pengunjung tetapi kebanyakannya seakan tidak menyedari kehadiran makhluk Allah yang bernama kucing itu. enak menjamu selera, mengisi perut dan anak tekak sendiri sahaja.

wallahualam.

friends are priceless

we’ve been through some tough times
but we’ve made it through..
we shared smiles
we wiped the tears
and through the years
our friendship was grown along with us
you are truly a wonderful parts of my life..


I LOVE YOU!
:) :) :)

Wednesday, February 16, 2011

wordless wednesday - 04

* source image: google *

Thursday, February 10, 2011

pergi tak kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata 

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...ke sana 
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri 

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


itu adalah lirik lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani..

kenapa saya pilih lagu ni? ada kisahnya..

baru sebentar tadi, saya jumpa seseorang. mulut ringan bertanya tentang kenalan yang seorang lagi. sebab dah lama saya tak nampak dia. dan saya diberitahu bahawa kenalan itu telah meninggal, september lepas. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.. sungguh saya terkejut. saya baru tahu. arwah masih muda, punya tiga orang anak; yang sulung umur 12 tahun dan yang bongsu umur 10 tahun. sepanjang tempoh saya mengenali arwah, arwah tak ada sakit yang kronik. difahamkan juga, arwah meninggal akibat demam + buatan orang.  saya juga diberitahu, suami arwah juga sudah meninggal. tinggal lah anak yatim piatu bersama nenek mereka. masih ada kisah di sebalik pemergian arwah. biar lah cuma untuk simpanan saya saja. wallahualam. hati saya berdetik, bila-bila masa saja Allah nak ambil nyawa kita. saya bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati ciptaan Dia. 

barakallah..

Allah Maha Kaya.

Wednesday, February 9, 2011

kesabaran teruji lagi

hari-hari datang kerja, rasa tak puas hati tu memang ada. sentiasa ada! sebab? longgokan sampah dalam beberapa cargo basket depan gudang ni mengundang jutaan lalat dan binatang kecil yang terbang yang  sungguh mesra alam dengan manusia hingga berupaya masuk ke dalam rongga terbuka. berterbangan kat muka, penuh kat atas meja, hinggap di komputer, telefon, handphone, frame gambar, printer dan segala bagai benda yang ada dalam ruang pejabat ni! binatang kecil ni takkan mati sehingga kita menampar dengan kuat sehingga menyebabkan tangan menjadi merah okay! sangat menjengkelkan! nak buat kerja pun terbantut! tak ada mood! 

dayang enterprise pun satu hal. dah la barang melimpah-ruah sampai ke ruang tempat letak kereta, sampah berbasket-basket hinggakan laluan ke tandas pun tertutup! busuk tak payah cakap lah kan! mana saya tak bengang?!?! huhhh dari sejuk terus jadi panas! pagi-pagi parking depan ni, jutaan lalat tadi berebut-rebut nak masuk dalam kereta! kat luar kereta tak payah cakap lah kan.. fuhhh sabar tahap maksimum kerja kat gudang ni!

kejadian bukan berlaku sekali. tapi berulang ulang ulang ulang ulangg ulanggg ulanngggggg kali okay! saya bosannnnnn !! 

arghhh emo lagi! benciii !!

Monday, February 7, 2011

bila minda sarat

saya akan rasa sungguh tidak seronok. bila rasa sungguh tidak seronok ni singgah, there goes my mood. not into tv, foods and almost everything. one thing could ever make me smile is the one and only farisya ameera. maka, saya akan selalu video calling her, even she didn't layan me on the screen pun saya boleh sengih sorang-sorang. tengok dia main and dengar dia cakap pun dah release. hebat sungguh pengaruh anak kan.. :)


sarat akan hilang bila resah ini lenyap. oh Tuhan, hilangkan resahku..

Wednesday, February 2, 2011

eh. main kasar nampak?

apa kes?

saya beritahu sebab itu kerja awak. dah nama pun kerja, tak perlu nak melenting. cakap kasar bagai. apa lu ingat gua tak reti nak cakap kasar serupa lu ke? konon tengok muka gua lembut kan. hah meh la lagi kalau nak dengar gua cakap kasar! sabar saya pun ada batas jugak. kita cakap elok-elok, eh tiba-tiba dia berkasar. rasakan. huh!

*uih  ter'emo' pulaks. sowiii..*

:) :) :)

Tuesday, February 1, 2011

nak cerita apa eyh?

saya rindu. rindu pada sifu-sifu. rindu pada suasana bersama sifu-sifu. rindu pada hubungan yang terjalin tanpa ada rasa seperti sekarang. itu lah orang kata, kenangan yang indah untuk dikenang. kalau tak ada kenangan, hidup seakan hilang seri. pudar dan suram. kelam. 

andai diberi peluang dan kesempatan, saya ingin sekali bertemu mereka. berkongsi rasa, meluah perasaan tanpa ada sebarang sekatan. telus.