lunch tadi with my one and only housemate, tepi pantai teluk kalong. mood swing. banyak sangat benda yang saya fikir, kot. seakan hilang selera makan. tapi still makan, cuma tak bernafsu. bihun tomyam gagal dihabiskan. tetapi [ada tapinya yer], saya berjaya menghabiskan seekor ikan celup tepung yang super duper fresh dan lazat! tinggal tulang saja sebab kepala dan tulang ikan tu saya sedekah pada kucing-kucing yang menunggu dengan wajah yang sayu kelaparan. semua peringkat kucing ada, dari tua sampai lah yang baru boleh berjalan.
keadaan kucing terbiar memang tidak terurus. comot dan kotor. tapi itu tidak bermakna saya tak kasihan. hati saya sangat tersentuh tatkala melihat beberapa ekor anak kucing yang mencari makanan untuk terus hidup. malah mereka hanya minum air dari lelehan sinki sahaja untuk menghilangkan dahaga. ohh sungguh tersentuh okay. kecik-kecik lagi dah survive. sungguh kasihan.. lagi la hilang selera makan. air mata bergenang, mujur tak tumpah. malu kat housemate saya. huhuuu..
terus saya teringat pada dua ekor kucing kesayangan; orlanda dan cielo. orla dan cielo sungguh bertuah kerna kami begitu menyayangi dan mengasihi mereka. makan pakai [maksudnya sampai masa mandi, depa mandi. pakai syampu wangi-wangi. hehe] terjaga. tak perlu merayau mencari makan dan minum. semua nya tersedia. cukup sempurna. itu lah nasib si kucing kan. ada yang terbela, ada yang sebaliknya.
masih terbayang wajah kucing-kucing tadi. semoga mereka tidak kelaparan. ramai pengunjung tetapi kebanyakannya seakan tidak menyedari kehadiran makhluk Allah yang bernama kucing itu. enak menjamu selera, mengisi perut dan anak tekak sendiri sahaja.
wallahualam.