Monday, August 6, 2012

iftar - ramadhan 1433H

Saya sampai di Dewan Seri Mentaloon jam 6 petang. Sempat final check apa yang patut. Photographer dah sampai. Event manager pun dah sampai. Pengacara majlis sedang buat rehearsal. Everything seems in order.
And suddenly Uncle Joi the photographer nak snap gambar saya. Ohh bagai orang mengantuk disua bantai, saya dengan rela posing dengan penuh ayu dan sopan sambil fail di tangan. Hiks!


Mata tertumpu pada sebuah kete. Oh Dato’ Chairman dah sampai! Nobody is there to greet him. Langkah makin cepat, dengan senyuman penuh hormat, ku menyambut ketibaan Dato’ Chairman masuk ke dewan and brief generally about the whole event.


Then, slowly tetamu dan staff mulai sampai. Seperti tugas tradisi dan turun-temurun, saya mengiring tetamu VIP ke meja yang tersedia. Nerves mula menjengah bila ada guest yang katanya hadir bersama isteri tetapi hadir seorang. Sedang isteri kami letakkan di meja VVIP bersama Toh Puan. Sedikit ralat di situ sebab kita dah plan elok tapi lain yang jadi. Itu lah dugaan namanya.


Seperti yang dijanjikan, YAB Menteri Besar tiba pada jam 6.50 petang disambut oleh EXCO, Dato’ Chairman, Dato’ Pengarah Urusan, ketua-ketua jabatan and a few more.


Majlis dimulakan. YAB Menteri Besar memberikan tazkirah. Pastu penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Dan akhir sekali menunggu waktu untuk berbuka. Acara sungguh ringkas tapi amat bermakna. Melihat saja wajah anak-anak yatim tu, hadir sebak di dada. Bergenang-genang air mata saya mengenangkan nasib mereka tanpa ibu dan ayah, bakal menyambut Syawal dalam keadaan yang serba kekurangan. Syukurlah saya masih mempunyai kasih sayang ibu dan ayah. Hargailah mereka selagi hayat mereka ada.
Dalam apa-apa majlis pun, saya bertugas. Maka orang yang bertugas ni kurang lah gambarnya. ini saja lah gambar yang ada untuk tatapan pembaca budiman yang merindui saya. Ehehehe.


Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

5 comments:

Zai Hashim said...

Syima, lama tak jumpa, ashik tgh syima kat FB ja...now i know u have a blog too...how life, lepas UPM dah takpernah jumpa kan...dengan Zura je still connectted tu pun sbb BB oh and also RoseHazlin. Hopefully sehat selalu k...apa2 leh cari zai kat huzaimah(at)gmail(dot)com or www.storiesnhushhush.blogspot.com

Mrs Faizal said...

Ya Allah zai sorryyyy lama sgt tak bukak blog. Dah bersawang. Nnt syima jenguk blog zai 😊

Mrs Faizal said...

Ya Allah zai sorryyyy lama sgt tak bukak blog. Dah bersawang. Nnt syima jenguk blog zai 😊

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)