Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, August 6, 2012

iftar - ramadhan 1433H

Saya sampai di Dewan Seri Mentaloon jam 6 petang. Sempat final check apa yang patut. Photographer dah sampai. Event manager pun dah sampai. Pengacara majlis sedang buat rehearsal. Everything seems in order.
And suddenly Uncle Joi the photographer nak snap gambar saya. Ohh bagai orang mengantuk disua bantai, saya dengan rela posing dengan penuh ayu dan sopan sambil fail di tangan. Hiks!


Mata tertumpu pada sebuah kete. Oh Dato’ Chairman dah sampai! Nobody is there to greet him. Langkah makin cepat, dengan senyuman penuh hormat, ku menyambut ketibaan Dato’ Chairman masuk ke dewan and brief generally about the whole event.


Then, slowly tetamu dan staff mulai sampai. Seperti tugas tradisi dan turun-temurun, saya mengiring tetamu VIP ke meja yang tersedia. Nerves mula menjengah bila ada guest yang katanya hadir bersama isteri tetapi hadir seorang. Sedang isteri kami letakkan di meja VVIP bersama Toh Puan. Sedikit ralat di situ sebab kita dah plan elok tapi lain yang jadi. Itu lah dugaan namanya.


Seperti yang dijanjikan, YAB Menteri Besar tiba pada jam 6.50 petang disambut oleh EXCO, Dato’ Chairman, Dato’ Pengarah Urusan, ketua-ketua jabatan and a few more.


Majlis dimulakan. YAB Menteri Besar memberikan tazkirah. Pastu penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Dan akhir sekali menunggu waktu untuk berbuka. Acara sungguh ringkas tapi amat bermakna. Melihat saja wajah anak-anak yatim tu, hadir sebak di dada. Bergenang-genang air mata saya mengenangkan nasib mereka tanpa ibu dan ayah, bakal menyambut Syawal dalam keadaan yang serba kekurangan. Syukurlah saya masih mempunyai kasih sayang ibu dan ayah. Hargailah mereka selagi hayat mereka ada.
Dalam apa-apa majlis pun, saya bertugas. Maka orang yang bertugas ni kurang lah gambarnya. ini saja lah gambar yang ada untuk tatapan pembaca budiman yang merindui saya. Ehehehe.


Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

Monday, December 13, 2010

when Tun Syima met Tun Mahathir


it turned out this !! 


HAHAHAHAHAHAHAHAHA !! 

agak ramai yang tertanya-tanya; apa yang sebenarnya berlaku ketika ini. hmm.. sebenarnya saya cuma cakap, 'terima kasih Tun..'. hik hik hik.. ;)

let's went through behind the scene, sebelum ketibaan Tun and the rombongan. hiks! 

saya dan rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menjadi usher. rombongan Tun M dijangka tiba jam 12.30 - 1.00 tengahari. seawal jam 10 pagi kami diminta bersedia dan sarapan disediakan. wow heaven! memang bermakna sangat sebab perut saya kosong dan banyak ruang untuk diisi. karipap dan teh dia sodapppp! muehehehehe.. 

gambar ini diambil beberapa jam sebelum kejadian. sekadar suka-suka juga kenang-kenangan.. ;p


jam 11.45 pagi, usher mula mengambil tempat. sementara menanti rombongan, kami lakukan aktiviti kegemaran; mari bergambar! camera faizah yang banyak berjasa di hari kejadian. camera saya? nan ado bateri. hehehe..


agak terasa kelenguhan kaki. maklum lah, berdiri kan.. air-con pun nan ado. panas tau! berpeluh-peluh muka i. lebih kurang jam 12.45, rombongan tiba. hip hip hoorayyyy !! ehehehehe.. teruja lihat kelibat Tun M dalam kereta. beliau ada aura! berdebar-debar rasa hati tapi malangnya kami yang berada di luar kawasan tidak berpeluang bersalaman dgn beliau. hampa.. :(

lama menanti Tun M, MB, CEO dan the rest of rombongan di atas. saya dan beberapa orang rakan masuk ke lobby. masuk ke kawasan orang. hik hik.. dapat la rasa kedinginan air-con u olsssss.. hahahaha.. apa lagi, lama menanti membuatkan kami lakukan aktiviti kegemaran lagi. hiks! 


sedang kami menanti, tiba-tiba dapat isyarat, rombongan nak turun dah and get ready for photo session. kami pun apa lagi, cepat-cepat amik port baekkk punya betul-betul belakang kerusi Tun M. muahahahahaha.. tak mau berganjak dah. 'yang tinggi ke belakang..', ada suara-suara berbunyi. saya? kecik je. confirm saf depan punya. hahahahaha.. lepas tu, dapat lagi isyarat yang mengatakan, Tun M akan ke site visit dulu. photo session after site visit. pulakkk ?! damn !! masing-masing yang dah ada port baeeekkkkkkk tadi dah, 'alaaaaaaaaaaaaa..' hahahahahaha.. kuciwaaaaa..

dah beratur kat red carpet, dapat lagi isyarat, site visit dibatalkan. terus photo session. hah? pulak dah ?! hohohohooo dengan pantas saya dan faizah [including finance manager KSB] cari port baeekkkk punyaaaaaaaa yang tadi tu. muahahahahaha kami BERJAYA!! HOYEAHH!! tak fedulikk dah orang cakap apa, yang penting dapat saf depan! dah la tadi tak dapat salam kan. hahh amik kau! hak hak hakk teruja gila masing-masing..

dari kejauhan, nampak lif terbuka. Tun M. nah amik snap gambar selagi sempat. tapi gambar agak blur. hiks! 


gambar beramai-ramai bersama Tun M tak ada dalam simpanan saya. tapi saya berjaya menampakkan wajah di belakang kerusi itew. ohh puas u olsssss!! hahahahaha gila! lepas bergambar, Tun M diminta sain autograph. sesudah itu, saya dengan nekad, telah meminta Tun M untuk bergambar seraya berkata, 'Tun, nak gambar boleh?' and he replied, 'bulehh..' ohh hoyeahhh!! cepat-cepat saya tarik tangan faizah dan berkata kepada wan hazri [awal-awal lagi dah bagi camera kat wan hazri, minta tolong amik gambar], 'cepat wan hazri, tangkap gambar..' kelam-kabut wan hazri mampir ke hadapan untuk snap gambar kami. dan ini lah hasilnya.. tadaaaaaaaa!!

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...



pandang lah lihat lah wajah-wajah yang kegirangan teruja bergambar dengan Tun M. masing-masing jerit, 'nak jugak nak jugak..' hahahahahhaha.. bila teringat balik, memang kelakar. and finally saya berpeluang bersalaman dengan Tun M. fuhhhh hilang rasa stress tadi sebab tak sempat salam. muehehehehehe.. dan sempat lagi beramah-mesra dengan beliau seperti gambar di awal bicara tadi. nah tengok sekali lafgi ehhh.. hik hik hikk..


lepas tu, baru kami boleh makan. dalam jam 2.30 - 3.00 petang, lupa dah. makan time pun amik gambar juga. harusss tu harusssss.. ;)


lepas makan, back to office. lihat fresh flower, hati pun berbunga bahagia. tak lepas peluang, bergambar lagi dan lagi.. ;)


dah penat berkejar ke sana ke mari. balik ke ofis dan dapat berita bahawasanya semua petugas dibenarkan pulang. ohh heavennn!! jam 4.00 petang saya pulang dan istirehat di rumah.. *happyyyyy*

Tuesday, March 30, 2010

sunat hari ke-tujuh

sabtu, 27 march 2010

sunat cukur kepala bayi pada hari ke-tujuh kelahiran. maka berlangsung lah majlis cukur kepala new born baby. teringat masa kami buat majlis cukur kepala untuk farisya ameera sedikit masa dulu. terasa cepat benar masa berlalu. puteri mama dah besar dah. dah ada kawan. 3 -4 bulan lagi baru best sikit nak main-main dengan baby achik dan yaya. sekarang kecil lagi. baby ni tersangatlah putihnya. kiut. comel. eh ekceli bukan putih tapi pink. betul. pink. dalam gambar pun dah nampak pink. kalau tengok in real life, lagi la terserlah kemerahjambuan nya tu. hehe. semua orang yang datang melawat geram tengok baby yang kiut dan putih melepaks ni. mama pun geram amat!

baby belum ada nama lagi. mula-mula nak bagi nama puteri irya mutiya. pastu wan nurirya mutiya. dan last sekali wan nurirya alisya. mummy and daddy tengah buat final decision. susah benar nak decide yang terbaik. tok mi berkenan benar nama mutiya tu. mama [saya lah tu] pun suka jugak nama mutiya. siap dah panggil baby dengan nama tiya. mutiya bermaksud pemurah. nice and sweet.. ;)

sila lah lihat gambar-gambar ini. of course lah ada gambar anak mama juga. yang manis berbaju kurung. kucing kami; cielo juga tak mahu ketinggalan bergambar dengan farisya ameera dan baby.. ;)