Showing posts with label beach. Show all posts
Showing posts with label beach. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

bila saya rajin..

dimulakan dengan bismillah..

assalamualaikum..

selalu leka baca belog orang lain hinggakan belog sendiri tidak terusik. ohh apakah? saya yang malas sebenarnya. update belog pun dah tak teratur. entry yang sepatutnya ditulis dulu dah ke belakang. yang latest duduk di depan. tunggang-langgang jadinya bila perasaan malas ni menjelma lagi dan lagi.. 

hari ni mahu cerita tentang sang puteri lagi, yang suka ke pantai. lebih-lebih lagi bila ada beach toys. kalau hari  tak hujan dan puteri tak sleeping beauty belah petang, papa dan mama MESTI bawa chacha ke pantai. betul la kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. chacha pun macam mama, suka ke pantai. sukakan alam semulajadi. nature is peace! mari lihat gambar..







sekarang ni dah start musim hujan. tak kira pagi petang siang malam.. memang terbatas nak bawa chacha main outdoor. tapi ada hikmahnya juga kan.. boleh spent masa bersama di rumah. time hujan ni perut asyik lapar je kan. so masak la apa yang patut. hubby dan saya sangat suka makan cucur jagong. wahh sedap la.. tak percaya cuba buat. saya ni kan every week travel from kT - kemaman - kT. for sure akan lalu area jualan jagong di merchang tu. sebelum ni saya malas nak singgah kat gerai jagong tu tapi a few weeks ago, saya singgah. memang awal-awal lagi dah pasang niat nak beli jagong rebus dan jagong mentah tu. nak buat cucur jagong untuk suamiku sayang. beliau sangat suka makan cucur. lepas singgah kali pertama tu, a week after pun saya singgah beli lagi. kali ni buat bubur jagung pulak. sedappppp! minggu lagi satu pun singgah beli jagong lagi. then buat cucur lagi. hahahaha tiba-tiba saya jadi hantu jagong!

kalau rajin saya update lagi. rasa macam rajin nak update hari ni. muehehehehe..

thank you for reading.. ;)

disudahi dengan alhamdulillah..

Thursday, July 22, 2010

berkasih-sayang di pantai

saya suka ke pantai..
farisya ameera juga suka ke pantai..
kami menggemari sesuatu yang sama..
saya suka. saya gembira. saya bahagia..
anak itu sememangnya amat membahagiakan!

 

i am waiting to go somewhere. can't wait! where to, papa?

Tuesday, June 29, 2010

lagi update perihal puteri

kami ke pantai lagi. memenuhi permintaan si kecil. tapi papa tak sihat. papa kena tinggal. chacha pergi dengan mama dan aunty ira saja. insyaAllah next time papa boleh join. macam biasa, kalau pergi pantai, farisya ameera liat nak balik. tak puas main air. dah pandai kutip seashell [macam mama jugak.. ;)]..


pantai ni dah mula jadi tumpuan lately ni. ramai orang. ada yang siap BBQ lagi. menariks! harus ajak yang lain berpicnic leps ni.. *wink*

Wednesday, May 12, 2010

rentetan peristiwa

selepas melawat ayah alang di HSNZ, kami ke pantai. farisya ameera memang tidak boleh dipisahkan dengan pantai lately ni. awal-awal sampai di perkarangan hospital, chacha dah tepuk tangan nak pergi pantai. haru lah kalau hajat tak kesampaian.. ;)

mula-mula pijak pasir pantai, dah nak bukak shoes. pastu nak kutip seashells nak baling ke laut! keriangan terserlah.. :D


papa lambung chacha tinggi-tinggi. shoes chacha ada pasir. pasir masuk mulut papa.. papa tak mau ingat, rasakan makan pasir pantai! ;p



kami pulang setelah mendapat persetujuan si kenit ni.. ;)

Wednesday, May 5, 2010

saat indah bersama

1st may 2010, we went to besut. transit and overnite at my aunty's. 2nd may baru gerak ke kota bharu. memenuhi undangan perkahwinan kawan mr hubby. smooth journey. darL princess slept well in the car. dekat tempat kenduri pun farisya ameera baik. makan pun agak banyak. i love you dear!

saya tak rasa ingin bercerita panjang kali ni. seronok tengok mr hubby jumpa kawan-kawan lama. mungkin masa terlalu singkat untuk diluangkan bersama teman-teman tapi at least ada kesempatan untuk berjumpa, itu sudah syukur. better than nothing, right? ;)

sebelum pulang ke darul iman, kami singgah kat pasar siti khadijah. beli beras you.. :D

on the way back to darul iman, kami singgah di merang untuk solat. sang puteri teruja tengok laut. terus ajak mama papa pergi pantai. memandangkan puteri behave all the way, kami tunaikan hasrat hati puteri. tak sabar nak turun ke pantai. lihat lah aksi puteri yang teruja tengok laut! :D

dari pantai ke taman permainan berdekatan pula. but no photos there. lepas main, we continue journey to home sweet home. i just love the moment we spent together. ke mana-mana pun bila bersama yang tersayang, semuanya terasa indah! syukur alhamdulillah.. :D

Monday, April 19, 2010

cinta dan hati saya

"Nobody can give us a better life but ourselves, if you wait for someone to make you happy you will never be.."






Monday, March 8, 2010

berlari ke pantai

saturday, 6 march 2010

farisya ameera bangun awal. mama masih mengantuk. haha teruk betol mama ni. mama can't sleep last nite. don't know why..

farisya ameera nak ikut ki, aunty ira, tok cik and others to the beach. mama pulak masih mahu melayan tido. but then mama sentap! suddenly terdengar suara berbisik, "don't do this to your daughter pliss.. go and pamper her while you can.." ohh cecepat mama bangkit ke pantai!

chacha berlari-lari riang. terhibur hati saya. hilang mengantuk saya. saya seronok melihat anak itu gembira. seronok melihat anak itu tertawa. sekejap je anak mama dah besar. makin bijak pandai dan nakal juga. alhamdulillah aku bersyukur padaMu ya Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini..












wallahualam.