assalamualaikum..
selalu leka baca belog orang lain hinggakan belog sendiri tidak terusik. ohh apakah? saya yang malas sebenarnya. update belog pun dah tak teratur. entry yang sepatutnya ditulis dulu dah ke belakang. yang latest duduk di depan. tunggang-langgang jadinya bila perasaan malas ni menjelma lagi dan lagi..
hari ni mahu cerita tentang sang puteri lagi, yang suka ke pantai. lebih-lebih lagi bila ada beach toys. kalau hari tak hujan dan puteri tak sleeping beauty belah petang, papa dan mama MESTI bawa chacha ke pantai. betul la kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. chacha pun macam mama, suka ke pantai. sukakan alam semulajadi. nature is peace! mari lihat gambar..
sekarang ni dah start musim hujan. tak kira pagi petang siang malam.. memang terbatas nak bawa chacha main outdoor. tapi ada hikmahnya juga kan.. boleh spent masa bersama di rumah. time hujan ni perut asyik lapar je kan. so masak la apa yang patut. hubby dan saya sangat suka makan cucur jagong. wahh sedap la.. tak percaya cuba buat. saya ni kan every week travel from kT - kemaman - kT. for sure akan lalu area jualan jagong di merchang tu. sebelum ni saya malas nak singgah kat gerai jagong tu tapi a few weeks ago, saya singgah. memang awal-awal lagi dah pasang niat nak beli jagong rebus dan jagong mentah tu. nak buat cucur jagong untuk suamiku sayang. beliau sangat suka makan cucur. lepas singgah kali pertama tu, a week after pun saya singgah beli lagi. kali ni buat bubur jagung pulak. sedappppp! minggu lagi satu pun singgah beli jagong lagi. then buat cucur lagi. hahahaha tiba-tiba saya jadi hantu jagong!
kalau rajin saya update lagi. rasa macam rajin nak update hari ni. muehehehehe..
thank you for reading.. ;)
disudahi dengan alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment