Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Monday, April 11, 2011

all praises to Allah


Hey hey! I just got time to update The One & Only! I was like a busy bee last week. Report duty on the 3rd, still many things have to be settled. We are now in the final stage of preparing the Annual Report. It’s about 3 years I left this field but now I’m doing it again. I heart my current tasks oh yeah! Alhamdulillah.. :)

It’s been about 3 weeks kami kat alor setar. So far so good. Our little girl pun dah get used to mak tok and tok wan. That really relieved. Sebab itu yang paling saya risaukan. Slowly chacha adapt with new place. But when mama home, memang berkepit lah! Tak boleh hilang dari pandangan mata. Hilang je, dengar lah jeritan suara dia yang sangat nyaring tu. Hahahaha..

Being a wife, a mother, a daughter and an employee , really makes me running out of time. Restless, sleepless but I am happy. Balik rumah [even lewat], chacha setia menanti kat rumah with her laugh sambil loncat-loncat tepuk tangan tengok mama balik. I’ve been waiting for this moment quite a numbers. And finally Allah gave this opportunity to me. I am blessed, truly.. :)

Ok tanak citer pasal keje dah.

Last weekend, we went to padang besar. Shopping manja-manja je. Just follow my in law. Chacha la banyak beli toys. 2 – 3 jam je pun kat sana then we went back to taman jelatek. Here’s some photos masa singgah makan on the way back home. My happy chacha with different expressions! 







 I think, that’s about it now. Ada masa saya mengarang lagi! :D

Till we meet again, wassalam..

Thursday, November 4, 2010

bila lebih dari satu..

this is story about my girL, puteri nurfarisya ameera bt mohd faizal aka chacha. mak aii panjangnya nama.. ;p

seperti yang kebanyakan anda tahu, chacha dijaga oleh bonda saya. mendapat sepenuh kasih sayang dari seluruh family on both side. no doubt about that..

now, dah ada dua orang anak kecil kat rumah my mom. the other one is my niece, wan irya alisya bt wan mohd khaidzir [satu lagi nama panjang, hehe]. she is now eight months old. still baby.. memandangkan chacha dah berumur 2 tahun lebih, maka beliau lah yang lebih 'berkuasa' dari alisya. hahahha.. physically chacha lah lagi besar. dah jadi kakak. but a two years old girl is still a 'baby'.. tak tahu apa-apa. tak tahu apa yang baik, apa yang buruk. minda creative, otak cerdas, alhamdulillah.. but one thing i [and we perhaps] can't deny that, akan wujud rasa cemburu atau iri hati bila lihat layanan the rest of the family to the other baby [in this case, referred to chacha and alisya]. chacha cucu sulung in my family. sebelum ada alisya, she is the only one. only her. so memang semua tumpu pada dia. and now dah ada competitor. hahaha.. chacha sayang alisya. sayang sangat. and to my surprise, alisya juga tak boleh 'hidup' without chacha. they grow up together. bangun pagi sampai la nak tido malam, they have always see each other, play together.. mandi je asing-asing sebab alisya still too small to shower together. sikit masa lagi boleh berendam sama-sama dalam tub okay dear.. ;)


and at the same time, disebabkan rasa cemburu tu, sometimes chacha akan 'pukul' alsiya. si alisya ni kecik lagi, tak reti nak melawan. just cried je la kan. lepas tu okay balik. pantang chacha panggil nama dia, mula la tersengih-sengih dan menghasilkan bunyi-bunyian yang comel seperti 'eeeeeee', 'aaaaaaaa' dan macam-macam lagi. kadang-kadang bila time chacha buat perangai, geram juga.. tapi tu la kan, ragam anak-anak. kita orang dewasa ni lah yang must learn more on how to manage the kids right?

saya bersyukur menjadi seorang ibu.. ;)

thanks for reading.. ;)

Tuesday, November 2, 2010

bila saya rajin..

dimulakan dengan bismillah..

assalamualaikum..

selalu leka baca belog orang lain hinggakan belog sendiri tidak terusik. ohh apakah? saya yang malas sebenarnya. update belog pun dah tak teratur. entry yang sepatutnya ditulis dulu dah ke belakang. yang latest duduk di depan. tunggang-langgang jadinya bila perasaan malas ni menjelma lagi dan lagi.. 

hari ni mahu cerita tentang sang puteri lagi, yang suka ke pantai. lebih-lebih lagi bila ada beach toys. kalau hari  tak hujan dan puteri tak sleeping beauty belah petang, papa dan mama MESTI bawa chacha ke pantai. betul la kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. chacha pun macam mama, suka ke pantai. sukakan alam semulajadi. nature is peace! mari lihat gambar..







sekarang ni dah start musim hujan. tak kira pagi petang siang malam.. memang terbatas nak bawa chacha main outdoor. tapi ada hikmahnya juga kan.. boleh spent masa bersama di rumah. time hujan ni perut asyik lapar je kan. so masak la apa yang patut. hubby dan saya sangat suka makan cucur jagong. wahh sedap la.. tak percaya cuba buat. saya ni kan every week travel from kT - kemaman - kT. for sure akan lalu area jualan jagong di merchang tu. sebelum ni saya malas nak singgah kat gerai jagong tu tapi a few weeks ago, saya singgah. memang awal-awal lagi dah pasang niat nak beli jagong rebus dan jagong mentah tu. nak buat cucur jagong untuk suamiku sayang. beliau sangat suka makan cucur. lepas singgah kali pertama tu, a week after pun saya singgah beli lagi. kali ni buat bubur jagung pulak. sedappppp! minggu lagi satu pun singgah beli jagong lagi. then buat cucur lagi. hahahaha tiba-tiba saya jadi hantu jagong!

kalau rajin saya update lagi. rasa macam rajin nak update hari ni. muehehehehe..

thank you for reading.. ;)

disudahi dengan alhamdulillah..

Tuesday, September 7, 2010

spread the love

dimulakan dengan bismillah.. disudahi dengan alhamdulillah.. ;)

salam semua.. saya start nak bayar hutang blogging ni. entry demi entry saya publish demi melunaskan janji. hahaa bajet ramai pulak yang ternanti-nanti update dari saya. macam ramai pembaca je kan.. bedebah punya syima! 

spread the love ialah tema family day tahun ni. yang diadakan pada 6 & 7 ogos 2010 di Bukit Gambang Resort City, Pahang. nothing much to story. kita share gambar je la okay.. ;)

ni petang 6hb. bersedia untuk acara pembukaan jam 3.13 petang. panas terik memancar-mancar. sakit kepala tau. cian chacha, berpeluh-peluh..


ni pulak masa dinner. kami tak snap gambar. macam tiada mood gitu kan. ada sekeping dua ni je.. tu yang pegang microfon tu ialah azizi akademi fantasia. sedap juga suara dia. ihiks..


dan ini ialah pada keesokan harinya. pagi after breakfast, kami ke water park. chacha dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. nak main air. dari semalam lagi. dan anakku begitu teruja bila lihat penguin di merata tempat. gembira tak terkata. main air sampai dia kesejukan dan asked for food. mama dan papa pun seronak main air. ekekeke.. the piccas..


we went home at about 1 o'clock. till we meet again in the next entry ya.. ;)

liburan di bandung finale

ohh hari ini 30 julai 2010 sudah mahu pulang ke malaysia.. yippieeeee!! suka suka suka. penat dah berhabis uang di bandung. dari jutawan ke fakir semula. hiks! wajah riang anakku..


breakfast dulu apa-apa pun. hari ni good gurL makan banyak nasi goreng! seronok nak naik kapal terbang dan balik jumpa tokmi, ki and baby alisya. wink!


dan ini bagasi kami yang bakal diterbangkan ke malaysia menaiki pesawat putih merah. hehe..


last destination sebelum ke airport ialah kartika sari. beli kek untuk famili dan sahabat di malaysia. kartika sari ni banyak branch. memang terkenal sangat di bandung. kek dia sedap-sedap tau. kat tepian kaki lima dia ramai peniaga kecil. ada yang jual selipar, key chain, t-shirt dan macam-macam lagi. boleh dikatakan di setiap kedai ada peniaga-peniaga kecil ni. rimas bila mereka rayu kita suruh beli barang mereka. hmm..


settle kat kartika sari. we're ready to airport. flight scheduled at 12.30 noon. kami sampai airport hampir jam 10 pagi. check in dulu pastu rehat kat executive lounge dia. dah banyak berubah airport ni. much much better than my previous visit in 2007. lounge dia pun makin selesa. banyak foods! makan lah sebanyak mana kamu nak makan. no extra charge okay! makanan semua enak. berkali-kali order air, dari panas hingga lah ke sejuk. hehe. syiokkkkk! kenyang berganda. hahahaa.. puas hati bayar RP75,000! hik hik hik..

enjoy the piccas you allsss..



dan alhamdulillah pesawat selamat mendarat di LCCT jam 3.30 petang waktu malaysia. lepas kastam dan imigresen. no additional tax, syukran! 



this is one of the very best vacation i had especially bila spent time bersama yang tersayang... am happy to the max!! i mean it..

bandung, nantikan kedatangan kami lagiiiii.

yuk, ke bandung! :D