Showing posts with label quick update. Show all posts
Showing posts with label quick update. Show all posts

Friday, April 1, 2011

seriously, tired!

assalamualaikum..

good day to lovely reader[s],

alhamdulillah saya dah selamat sampai aloq staq semalam jam 11 malam. what? 11 malam? yess you all. hampir midnite. hehehe.. lori pulak sampai jam 12 tengah malam. ohh sungguh lega rasanya kami selamat sampai. jauh gila journey rasanya sebab hujan lebat dalam perjalanan. pulak tu dah malam. lagi la bahaya and must be super duper careful. both hub's and my car penuh barang. hubby drove my car. and my brother in law drove hubby's car. seboleh-boleh sumbat barang dalam kereta. lupa pulak nak snap gambar barang dalam kereta. barang atas lori ada tapi belum upload lagi. keletihan yang amat walau saya tak mengangkat barang turun naik lori. lenguh badan. sakit dan sengal tulang. boleh nyanyi lagu anak itik tokwi beramai-ramai yer.. ;p

hey tak habis story lagi. kerja-kerja pemunggahan berakhir pada jam 2 pagi. phewww tengok depa mengangkat barang memang memenatkan. dari pagi hingga ke pagi bekerja-keras. many thanks to all yang managed to help us yesterday. 

tengahari tadi pegi office ambil surat and buat medical check-up kat kedah medical centre. alhamdulillah dah settle semua. sunday start kerja. horror jugak rasanya nak start kerja kat new company ni. teruja pun ada. harap semuanya kan okay [now boleh nyanyi lagu KRU pulak, 'semuanya kan ok']. hahahha..

dah sakit pinggang menaip. nanti ada masa saya update lagi. beserta gambar, itu pun kalau mode rajin is on! hik hik.. 

wassalam.

Wednesday, November 10, 2010

bantu saya please..

salam semua,

saya baru balik dari hospital kemaman, visiting my cousin di ICU. beliau mengalami pendarahan dalaman, accident jam 2 pagi tadi. difahamkan, pemandu kereta dari arah bertentangan mengantuk dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta cousin saya dari arah depan [depan sama depan]. kondisi beliau agak membimbangkan. kepada sesiapa yang membaca, mohon saya sama-sama doakan semoga beliau selamat dan kembali pulih..

terima kasih..

Wednesday, August 18, 2010

where do i start?

assalamulaikum para pembaca budiman..

terima kasih kerna sudi singgah di belog saya yang sudah lama tidak ada cerita baru. perasaan malas untuk meng'update' memang membuak-buak lately ni, saya pun hairan kenapa jadi begitu. itu adalah di antara kelemahan-kelemahan yang ada pada saya. seronok baca belog yang sentiasa di'update' dengan cerita-cerita menarik. long entry pula tu. saya kagum! sungguh.

banyak yang berlaku sepanjang belog ini tidak terusik. mahu dikupas satu persatu, saya rasa agak keterlaluan kerna sangat banyak yang perlu ditaip di sini. maafkan saya sekali lagi, saya malas. sepanjang pertengahan julai sehingga saat ini, saya gembira. sangat. dan bahagia juga. banyak benda terjadi. yang elok jadikan kebahagiaan dan sebaliknya, jadikan sebagai iktibar.  

serba-sedikit. mari flash back.
  • liburan di bandung
  • family day
  • mega ohh mega
next entry akan ada gambar-gambar baru. kalau anda mahu lihat, dipersilakan melawat belog saya lagi. saya suka. anda gembira. haha entah apa-apa.