Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, November 22, 2010

riang ria aidilfitri

salam readers,

saya dalam misi melangsaikan hutang-piutang.. hehe.. saya akan cerita sikit pasal aidilfitri yang lalu [dah lepas aidiladha baru terkedek-kedek nak update aidilfitri heh!].. aidilfitri tahun ni disambut di terengganu, on my side. kampung jauh kan so harus la ikut turn untuk mengelakkan perbalahan manja-manja gitu.. muehehehe.. photos captured di aidilfitri's morning at our home sweet home.. ;)


lepas bergambar, pergi rumah my mom. believe it or not, we tak amik gambar pun. hahahha apa laa lupaaa.. lepas makan-makan, kami pegi rumah my grandma [saya panggil wann], aunty dan uncle.  haa kat situ baru amik gambar.. :D saya banyak makan! pipi pun dah tembun, lagi-lagi sekarang ni haa.. tapi okay jugak tembun kat pipi, tak lah cengkung sangat. hehehe..


gambar raya tak banyak sangat actually. gambar ni pulak di hari raya kedua.again, kami pergi ke rumah my aunty. dijemput untuk makan laksa sarawak hasil air tangan my cousin. memang sedapppp! saya makan banyakkkk.. puas hati dapat makan laksa sarawak. menu wajib my cousin tuuuu.. ;)


raya ketiga kami dah gerak ke utara to my in law's pulak. seronok sesekali balik kampung jumpa saudara-mara jauh dan dekat. ngehehehe.. pastu ada kenduri kawen. lagi la super duper seronok. pun tak banyak amik gambar, cukup sekadar yang ni saja. letak banyak-banyak kang muak pulak.. ;)


next destination after darul aman is darul ridzuan. kami pusing utara di hari raya. saya tak pernah ke rumah saudara-mara his side di perak walaupun suatu ketika dulu, my hubs keje di perak. last raya hari tu pergi, seronok juga. makannnnn lagiiiiiiiii.. :D

chacha jumpa toys [walaupun boys punya], kira heaven untuk dia. good girl, tak meragam sepanjang raya.. *wink*


after 2 days 1 nite di darul ridzuan, kami berangkat pulang ke darul iman lalu simpang pulai - gua musang - tasik kenyir - kuala terengganu. on the way back, singgah di gajah sanctuary, bagi chacha relax sikit. tengok elephant big and small..


sampai di rumah my mom, ramai tetamu. parents saya buat open house. ada artis! muakakakka..  sempat amik gambar dengan along and son. tengok gambar ni, saya je yang pakai seluar. others ayu berbaju kurung di hari raya. tapi tak pe la kan, saya musafir di aidilfitri heh! lepas tu makan nasi dagang. heavennnnnnn !! :D


okay tu je cerita raya saya. biasa-biasa saje tapi saya gembira.. ;)

Tuesday, November 2, 2010

saya selalu berangan nak pergi bumi arab..

semoga suatu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki ke sana, insyaAllah..

ni saya nak cerita sikit pasal syawal. yer saya tahu. syawal dah lama berlalu. dah nak masuk zulhijjah dah pun. tapi tak pe lah, saya nak update jugak. syawal di tempat saya mencari rezeki. sambutan sungguh hebat. besar-besaran. temanya Arabica Middle-East! wahh sungguh mengujakan u olsssss.. ramai yang ikut tema. pakai jubah, berpurdah, bercelak bagai. both kaum adam dan hawa ramai yang jadi arab celup. hehe. lawa-lawa jubah mereka. yang berpurdah sungguh menawan. memang macam arabian.. gambar yang ada dalam simpanan saya ni tak banyak. komputer saya dijangkiti virus. banyak files tak dapat diselamatkan. saya sedih. namun redha. 

mari lah lihat gambar arabian yang cantik menawan ni jommssss!




maaf. susunan gambar berterabur. malas nak adjust. hehehe..

saya tak cerita lagi pasal aidilfitri dengan family. haa tengok.. banyak hutang dengan belog ni. rasa satu kepuasan bila dah update belog ni. hahahahha.. 

nanti saya update. saya janji. ni janji betul. bukan janji palsu. bukan janji orang melayu. cepat atau lambat, pasti ada update tentang syawal lagi. tapi yg pasti, bukan hari ni. till then, babai..

thanks for reading!

Tuesday, October 6, 2009

ada apa dgn ini?

ngehh.. sy edit skit gambar nie. wahahahhaa.. sy perasan mcm chantek je sy edit gamba nie. kah kah kahh.. lupa lah time bergambar nie MB dah sampai ke blom. nie samada nak sambut dia dtg ataupun dia dah nak balik.. ah tak penting pon dia sampai ke balik ke kan yg penting sy menjalankan tugas dgn baik! but honestly sy ralat dgn diri sendiri and i swear it will never ever happen again! NEVER !!

Sunday, October 4, 2009

retro raya EPIC Group


nie ada 1 kpg gambar tp sy blom edit [mcm baguss je edit2 gambar, hahahhaa].. biar la tak chantek pon asal sy suka! sy bersama aina dan dada. miss sunshine is not in the pic; she is very very bizi at the moment. eh baru pasan! sy tak ada sekeping gambar pun dgn beliau masa majlis berlangsung! wahh sungguh sadisssss sekali.. huhuu..

ohh ya. if sy rajin, sy akan upload more pics, later.

sekian saje.

Monday, September 28, 2009

a gift from takaful malaysia

ehem ehem.. sy sonok tau dpt box yg chantek nie dari takaful malaysia.. aaa diorg bagi sempena raya nie la.. ada 3 jenis kueh dlm box nie.. sy blom mamam pon lg.. nak bwk balik kat cha~cha.. hehhee.. sgt menarik packaging dia.. tak sampai hati nak bukak! har har har.. ;p


gambar raye ^^

hye semua !!..

hehhee.. sy baru je upload some pics from hp.. nie nak masukkan sekeping dua kat dlm blog kesayangan.. suka sgt nak bergambar dgn anakanda tp anakanda asyik dgn dunia dia sendiri.. sejak dah buleh bejalan nie, asik nak bejaaaaaalaaaaaannn je sampai nak dukong pun tak lekat! nie gambar raye jgk [raya ke-2 dan ke-3]..






ok daaaaaa..

Sunday, September 27, 2009

SYAWAL yang indah..

salam semua..

hari nie 8 syawal 1430H.. rasanya masih blom terlambat utk sy ucapkan Selamat Hari Raya utk anda semua.. tak sempat nak update blog sblm bercuti hari tu.. kebetulan keje menimbun [krn sy bertangguh kot..], so blog pun ku tinggalkan tak terusik..

hmm.. ceritera raya.. 2 hari sblm raya, kami pulang ke kampung halaman hubby.. alhamdulillah sampai di alor setar jam 5 ptg.. time kami balik tu, kete byk tp jln tak jem.. dan lucky us cha~cha ameera tak byk ragam :) [she is a gud gurl..]

di pagi hari raya, kami smua berkumpul kat ruang tamu.. bersalaman raya, bergambar raya dan juge membagi dan menerima duit raye! [sy dan hubby pon dpt duit raye tau!..] sesudah itu, kami bergerak ke studio photographer utk mengabdikan potret kenangan raya.. pas tu, start jalan raya sampai lah ke maghrib! huhuu cian cha~cha.. fenatss dia.. tp dia tak buat pangai pon.. dia baek amats..

pum pam pum pam dah raya ke-3. kami pun pulang ke kT. tp kami ke taiping dulu [umah mak angkat hubby].. diorg siap masak utk lunch. sudah nya kami gerak dari taiping jam 3.30.. dlm hati risau, sure sampai mlm.. hubby decide nak lalu jln simpang pulai --> cameron --> gua musang --> felda aring --> tasik kenyir --> kT.. sah2 sampai gua musang dah senja! mmg senja pon.. jln gelap gulita.. lucky us ada kete2 lain yg follow.. sampai kat felda aring lg la gulitasss.. tak ada lampu jln langsung tau tak ?! kami bernasib baik sbb ada jgk kete lain time tu.. so kira bersaing gitu kan.. cha~cha lak maen2 dan tido.. sampai umah dah kul 11.30 mlm. sooooo tiredddddd.. cian cha~cha fenatssss..

sesungguhnya, syawal thn nie sgt meriah dan bahagia.. sy dan hubby sungguh bertuah punya cha~cha ameera.. si kecik tu lah penyeri sebenarnya.. thank you Allah for everything.. sy bersyukur..dan, syawal ini juga penuh dgn kejutan.. ada suka dan juga duka.. sampai ke saat ini, sy masih lg terkezut dgn citer duka yg sy dgr.. nauzubillah perkara seumpama itu terjadi ke atas sy dan family.. kisah duka tu sy jadikan pengajaran buat sy. hati sy berdetik, "betul lah, dun judge book by it's cover.." so sendiri mau ingat ya syima!

mcm byk je nak storimori. penat dan malas nak taip. ada sikit gambar nie, sila la menjamu mata.. daaaaaaaa ^_^..

v
v
v
= = = = = = = = = = = = == = = = = =

di pagi syawal.. theme color kami thn nie; silver, which is nice and simple..

sblm keluar bejalan raya.. cha~cha can't wait to walk!


cha~cha with mak tok, tokwan and cuzzies; farish haikal and farihin afzal..


cha~cha with pappa kat umah pak lang.. she wants mamma!


cha~cha tengok apa tah.. so suwett ^_^


pak lang sempat tangkap cha~cha sblm terlepas dtg kat mamma..


permata hati pengarang jantung..

permata hati pengarang jantung..

cha~cha pon nak join mak tok mancing kat kolam.. haa yg baju hijau tu ialah adik ipar sy. firdaus namanya ~!


cha~cha and pappa baru pas tgk tok mancing..

cha~cha and pappa with pak su; hubby's youngest bro..


e-eeehh skit nya gambar kan.. ok la tu dari tak dak langsung kan kan kan ?!.. ok daaaaaa.. ^_^