Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, September 6, 2010

liburan di bandung day 1

punya lama cari mood nak update belog! apakah? hmm..

pagi lepas sarapan, kami ke pasar baru. dua mini mpv. dua-dua kaler hitam. hajatnya nak spent kejap je kat pasar baru. honestly saya tak plan nak beli kain untuk saya pun. cuma dah niat nak beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang sutera untuk saya. ngeeeeeeee..

sebelum cerita panjang, mari saya list kan nama yang pergi ke bandung tempoh hari:
  1. abang saya
  2. his wife, aisyah
  3. acik, adik aisyah
  4. ayu, adik aisyah
  5. ika, adik aisyah
  6. adik saya
  7. his wife, nazlia
  8. hafiz, kawan adik saya
  9. farah, kawan hafiz
  10. suami saya
  11. puteri kami
  12. saya
pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat pasar baru. kedai baru dibuka. orang pun tak ramai lagi. start membeli dan tawar-menawar. tak lama di pasar baru, abang saya, adik saya dan hafiz cabut ke factory outlet [FO], sebab tak tahan. hahahaha. mana nak tahan. kat pasar baru kan semua barang orang perempuan. harus lah bosan kan. tapi salute to my hubby. setia membontoti ladies dan jaga farisya ameera for me yang sibuk shopping dan bantu yang lain-lain bargain harga, pilih fabrik bagai.


farisya ameera sangat behave. ikut je mama dan yang lain-lain dari satu kedai ke satu kedai. papa beli beg elmo dan jam upin ipin untuk chacha. mereka pilih kain lama wooooo, saya pun penat. nak muntah tengok kain yang terlampau banyak dan murah! memang ini bukan kali pertama saya ke bandung, dah sedia maklum tentang keadaan di pasar baru tapi kali ni pun sama jugak, penat nak pilih yang mana. last-last pejam mata, amik je yang mana pun. semua lawa tau! dan tengok lah gambar kat bawah ni, anak mama tertido. penat sangat. bangun awal pagi dan tawaf pasar baru. memang letih kan sayang..


lihat kasih seorang papa. terharu. huhuuu.. sayang you papa.. lepas hampir muntah belek kain, kami ke food court. masa ni chacha dah bangun. tengok ada kuda pusing. terus dia melompat nak naik. sebabkan dia behave, papa layan je. nak amik mood baru bangun tido. pastu baru makan nasi + ayam penyet. kami dah 'terkena'. stall yang kami pilih tu masakan dia kureng skit. tapi tak pe la, rezeki untuk tengahari tu kan.. ;)


lepas lunch tu, sambung lagi shopping di pasar baru. mak aii lama betul kat pasar baru. masa tu dah jam 2 petang. budak-budak tu la shopping, saya tak. lepas beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang saya, saya dah tak beli apa-apa dah. tolong diaorg pilih kain je. tukang bagi pendapat. hahaa.. tukang pening kepala tengok kain yang melambak! lebih kurang jam 4 atau 5 macam tu, baru keluar dari pasar baru. pasar baru dah nak tutup tau! baru kami reti nak keluar. hahaha sadis!

now time for FO! time for papa pulak. kami ke heritage dan cascade. saya dah tak larat nak jalan. kalau ikutkan hati nak beli baju untuk chacha. kat atas rak tu banyak betul baju tapi tak aci lah kalau main sauk je kan. nak juga pilih-pilih. dan ohh, baru teringat, saya beli legging ni untuk chacha. emergency case sebab jeans chacha dah basah. huhuuu.. tengok gambar kat bawah ni ek.. masa kat heritage dan cascade, turn saya pulak jaga chacha. apa lagi, snap gambar la.. tu pun sikit je. chacha ajak jalan dalam FO cari ayong la, cari papa la. lepas cascade, kami ke next FO. tapi tak ingat dah nama dia sebab banyak sangat dan saya tak snap gambar pun. keletihan.


dalam jam 6 petang kami pulang ke hotel. istirahat. 6 petang kat  sana dah macam maghrib kat malaysia.  gelap dah macam malam. kami tak keluar dah malam tu. just tapau nasi goreng for dinner. ada yang  makan maggi je sebab kurang gemar masakan indon. hahahaa nasib la dah nama pun tempat orang kan. food memang tak sama dengan tanah tumpahnya darahku. huhuu..

to be continued..

Wednesday, May 26, 2010

lalalala dorothy perkins

terasa ingin menambah koleksi. kahkahkah mengada-ngada betul! selain dorothy perkins, mau forever 21 juga. huh! antara yang menarik minat saya seperti di bawah..


p/s: ni baru sikit. ada banyak lagi yang menarik hati dan menawan kalbu! sila lah layari website dorothy perkins [if you are interested!] *wink*

Monday, March 8, 2010

petang di east coast mall

as promised, ini ialah entry sambungan..

farisya ameera sleepy but don't want to sleep. berkeras tamau tido. marah mama sebab nak tido kan dia. at the same time, saya memang bercadang nak keluar. pergi east coast mall. cari hadiah untuk faiz dan zam. misi diteruskan dengan abang, aisyah, adik ira, chacha dan saya. we're heading to town. in the car, less than 10 minutes, my gurL dah sleep. macamana tu?..

ini lah hasilnya.. dah sampai mall pun, masih tido lagi. kesian anak mama.. mengantuk dan letih. mama nak bagi tido kat bilik tanak.. memandangkan farisya ameera sleep, abang ajak lepak kat baskin robbins. ada pulak kerusi empuk, mama letak chacha kat situ. then mama pindahkan chacha kat atas sofa yg lebih selesa tapi tak ambil gambar. dalam setengah jam baru chacha terjaga. itu pun terkejut sebab ada sorang budak menjerit dengan hebatnya!

mama melilau mencari barang apa yang sesuai nak beli untuk pengantin baru. finally jumpa yang berkenan tapi tak ambil gambar pun. gambar-gambar kat bawah ni diambil ketika menunggu hadiah-hadiah selesai diwrapped. . ;)








ini pula sebelum keluar dari parkson. ambil gambar dulu! :D


ok penat sudah berjalan-jalan mencari hadiah. ohh ya.. mama beli shoes untuk chacha tapi tak ambil gambar jugak. shoes color pink.. ;)

to be continued..

Friday, February 5, 2010

s h o p p i n g



i had a great day with my lovely princess. shopping kan, harus lah great! hahhaa.. shopping is the best therapy okay and yess i do admit that it is very true! to dear hubby; i am eager to show you my brand new stuff.. ;)

Monday, January 18, 2010

lacey shella


lacey shella is the name of the tudung. bought it here --> http://euphoria.aekayaya.com/ feel free to visit and happy shopping! she is my friend. now stay at abu dhabi. ;)

Wednesday, December 23, 2009

F.R.I.E.N.D.S

salam all..

let's check out my outing moments with them!

this entry specially dedicated to Aina Mardziya Maghribi.. we [hasnida ali, suriawati sulaiman, aina mardziya maghribi and myself] went out together to Mesra Mall on 15th december to celebrate aina's besday.. 3 of us plan nak buat surprise kat aina tp Allah jua yg menentukan.. surprise tak berapa nak jadi. hahahhaa.. tak pe lah yg penting aina happy on her besday..

mula2 sampai tu, kami serbu ENVEE! huhh tak menyempat nak jgk shopping dulu.. ada sale! dan sy ada try 3 top. 2 top tu tak fit ngan sy but the yellow one itu sgt muat dgn sy dan cantik sgt cantik! nyaris mau beli tp harus minta consultation hubby first so i decided not to. i juz bought a nice legging! cik suria and besday girl pun beli something. cik dada je tak beli apa2.. hmm..

gambar di bawah nie saje suka-suka while waiting for suria dlm fitting room. byk baju dia try okay.. teruja sgt kat ENVEE sbb most of the baju tersangat lah cantiknya!


and finally she picked this one! anda telah membuat pilihan yg tepat yer cik suria.. syabass !! ahahahha..

sy mengambil kesempatan bergambar dgn besday girl.. depan cashier tak tahan.. maafkan kami yer salesgirl.. ;)

aina dan dada pura2 pilih baju. nie semua pengarah fotografi yg bernama syima tu lah! sibuk suh posing sana sini. hahahahhaa jgn marah aaa kwn2..

masa nie sy blum ada rasa nak try baju lg. sbb tu amik gambar alone mcm poyo je. ahahaaa.. pastu cik suria bising sbb sy tak nak beli apa2. then i said, "okay lah sy pilih skrg..". try 3 top tp 1 pun tak beli. maybe will ajak encik suami dtg dan minta beliau pilihkan.. yeayy!

sy masih ingat tentang ini tp agak keterlaluan jika sy paparkan kat blog nie. ahahahaa.. hanya kita yg tahu kan kwn2.. ;)

haaa nie diorg berposing semasa sy berada dlm fitting room. sy dgr dgn jelas keriuhan di luar fitting room. ekekeke..


after ENVEE, we moved to next place which is food court but before that singgah solat maghrib kat surau [tp ada yg cuti..]. singgah beli pressie yg cute and sweet for aina.. as usual, model nya of cos la cik suria.. ;)

pas beli pressie, kami menghala ke food court. sbb tak amik gambar ENVEE td, so i snap gambar paper bag ENVEE cik suria together with her prada! huhuuu..

ini lah dia butik ENVEE!

ohh kaki melangkah masuk ke carlo rino pula.. sekadar try saje. tak beli pun.. but sandal nie mmg cantik n simple + sexy too!

snap gambar lg. this time toysRus and burger king pula.. agak lama juge nak sampai ke food court sbb byk tempat singgah. cik dada dah kelaparan. sorry yer cik dada.. jom jom ke food court!


aaa sampai sudah di food court. kami terus ke samsaba tomyam; masakan panas ala thai. sy tak order pun sbb tak selera nak mkn. rasa semulut dua je diaorg punya menu.








ok dah sudah mkn. seperti yg besday girl mahu, kami ke starbucks coffee pula utk menikmati coffee. amboii bersenang-lenang sungguh mama cha~cha nie.. hmm.. masa nie lah nak buat surprise kat besday girl.. huhuu..

suria dan sy ke secret recipe nak beli kek. bkn main menyorok sy kat depan cashier takut besday girl nampak bcoz starbucks opposite secret recipe je. hahahaa.. bdk2 secret recipe tu gelak2 n senyum2 je tgk sy.. dah dpt kek, sy kembali ke starbucks utk surprise. punya lah lama tunggu kek td menyebabkan dada dan sy lambat siapkan kek and candle. tup tup aina dan suria dah kembali kat meja! [suria ajak aina ke rest room semata2 utk surprise itu tp malangnya tak menjadi..] uhuhhhuuu..

and finally kami memposingkan diri di starbucks bersama pressie aina. sy lah yg paling sibuk amik gambar. malangnya image kurang memuaskan sbb setting camera tak betul. gambar blur skit.

my java chip!









aaa nie pulak kat bahagian belakang mesra mall. gambar kejap je pastu kami pulang. byk mata memandang ke arah kami sbb tak henti bergambar. apa nak kesah? kami tak kacau org.. pandang org pun tak! ahahahhaa..



eh ehh tak balik lagi?.. hmm.. bergambar kat christmas tree pulak. last la nie.. nak balik dah nak balik dah nie.. ;)


hope our friendship will be last forever..