Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

liburan di bandung finale

ohh hari ini 30 julai 2010 sudah mahu pulang ke malaysia.. yippieeeee!! suka suka suka. penat dah berhabis uang di bandung. dari jutawan ke fakir semula. hiks! wajah riang anakku..


breakfast dulu apa-apa pun. hari ni good gurL makan banyak nasi goreng! seronok nak naik kapal terbang dan balik jumpa tokmi, ki and baby alisya. wink!


dan ini bagasi kami yang bakal diterbangkan ke malaysia menaiki pesawat putih merah. hehe..


last destination sebelum ke airport ialah kartika sari. beli kek untuk famili dan sahabat di malaysia. kartika sari ni banyak branch. memang terkenal sangat di bandung. kek dia sedap-sedap tau. kat tepian kaki lima dia ramai peniaga kecil. ada yang jual selipar, key chain, t-shirt dan macam-macam lagi. boleh dikatakan di setiap kedai ada peniaga-peniaga kecil ni. rimas bila mereka rayu kita suruh beli barang mereka. hmm..


settle kat kartika sari. we're ready to airport. flight scheduled at 12.30 noon. kami sampai airport hampir jam 10 pagi. check in dulu pastu rehat kat executive lounge dia. dah banyak berubah airport ni. much much better than my previous visit in 2007. lounge dia pun makin selesa. banyak foods! makan lah sebanyak mana kamu nak makan. no extra charge okay! makanan semua enak. berkali-kali order air, dari panas hingga lah ke sejuk. hehe. syiokkkkk! kenyang berganda. hahahaa.. puas hati bayar RP75,000! hik hik hik..

enjoy the piccas you allsss..



dan alhamdulillah pesawat selamat mendarat di LCCT jam 3.30 petang waktu malaysia. lepas kastam dan imigresen. no additional tax, syukran! 



this is one of the very best vacation i had especially bila spent time bersama yang tersayang... am happy to the max!! i mean it..

bandung, nantikan kedatangan kami lagiiiii.

yuk, ke bandung! :D


liburan di bandung day 3

dimulakan dengan bismillah.. disudahi dengan alhamdulillah.. ;)

assalamualaikum semua.. mulakan hari anda dengan senyuman walau terbangun lambat pagi ni. hehe..

okay dah, back to the story..

as previous, we started our day with breakfast. bila semua 12 orang dah siap berkumpul, masing-masing amik tempat biasa dalam kereta hitam untuk menyambung misi shopping. gambar ni saya snap sewaktu menanti yang lain turun.




hari ni saya akan shopping sakan! wohoooo!! sekali lagi kami ke rumah mode, heritage, cascade [just to name a few sebab itu je yang ingat pun hahaha]. time ni saya pulun baju untuk chacha. puas hati betul sebab murah! dengan RM100 saya boleh dapat 3 helai dress! tak tipu.. lagi la membara semangat nak shopping kan. selain FO yang disebut di atas, kami juga ke summit, stamp, matahari dan lain-lain. semua teruja nak shopping tapi biasa lah, dah hujung-hujung percutian, uang pun udah kehabisan gitu kan. so terpaksa lihat saja dan agak berkira untuk keluar ongkosnya. tapi chacha punya memang best lah. mama beli untuk raya.. :D

after rumah mode, we moved to heritage and cascade. on the way tu, kami lihat seorang  lelaki bersama seekor monyet. kami berhenti di tepi jalan dan lihat monyet genius itu beraksi bersama tuannya. kami bagi sedikit tips untuk tuan monyet. bagus usaha dia mencari rezeki. tak minta sedekah macam sesetengah penduduk yang lain. 


teruskan kembara ke heritage dan cascade. masa ni chacha dah sleep. so saya dan hubby harus bergilir-gilir untuk shopping. saya start dulu while hubby tunggu chacha dalam kereta. tak lama masa yang saya ambil untuk pilih baju chacha. less than 1 hour je kot saya dah selesai jelajah  tiga FO dengan helaian baju yang banyak! yeahh! settle baju for chacha. turn hubby pulak masuk FO. parking kereta kat satu tempat then jalan je. FO bersebelahan saja dan banyak. pilih saja yang mana satu. boleh dikatakan setiap FO yang ada kat tepi jalan tu kami kunjungi. hahaha gila betol masing-masing shopping tak hengat!! sementara menunggu kesemua 12 orang berkumpul di parkir kereta, kami yang mana ada ni makan satar dan otak-otak ikan tenggiri yang super duper enak! lepas ni kalau pergi bandung lagi, kami pasti akan ke gerai itu lagi. gerai tu bersih tau. seronok peniaga tu hari tu, jualan laku dan gerenti cepat dapat pulang berehat hari tu. hehe..


no more piccas for today. eh ada satu lagi. this is our sporting supir; indy diza!! bawak je mana kami nak pergi. berkali-kali pergi tempat sama pun tak pe. indy suka je. hahaha..


till the next entry.. ;)
  

Monday, September 6, 2010

liburan di bandung day 2

mood blogging sudah mari. lagi update cerita bandung.

sarapan ala kadar. good gurL makan nasi goreng. nasib baik tak pedas. lepas sarapan, kami ke diaz. FO kasut dan beg. sejak semalam lagi dah aim nak serang diaz dulu sebab semalam tak sempat pegi. mereka yang lain dah pegi hari isnin kecuali saya sekeluarga. ohh lupa nak share, mereka yg lain tu bertolak ke bandung first flite hari isnin, 26 julai. kami pula last flite, delay pulak tu. so dah rugi satu hari kan. tak pe la, benda dah nak jadi. pasti ada hikmahnya kan..

okay back to cerita bandung.

hubby beli wallet dan shoes. good for him. boleh buat raya kan dear?.. hehe. chacha pulak, beli sugus! pantang nampak sweets, mula la 'nak nak nak' je mulut dia. mama beli belt pooh bear untuk chacha.. chacha suka. berbaloi-baloi kan sayang.. ;)


lepas diaz, kami ke rumah mode yeayyyy! the must visit FO ever.. suka sangat datang rumah mode ni. nyaman sekali. stuff pun lumayan bangat.. tak lama di rumah mode, kami ke hair salon. potong rambut chacha for the sake of potong rambut. hmm.. apakah? mungkin tak perlu saya cerita kat sini kot. cukup lah sebagai memori kami saja. kat rumah mode ni, hubby sempat beli baju je. baju chacha pun saya tak beli sebab rushing nak gi salon kan. nanti datang sini lagi! kos potong rambut anak saya ialah RP150,000 = RM15.. :D


lepas salon, kami jalan ke FO lagi dan lagi. banyak sebenarnya yang kami tawan. tak ingat nama apa sebab tak snap gambar. antaranya ialah secret, happening, eternity, for men, victoria, grande dan lain-lain. masa lunch pun tak snap gambar sebab chacha tido masa tu. tapi saya ada snap gambar masa first visit saya ke bandung tahun 2007. saya preggy waktu tu.. :D

ni je gambar yang kami snap untuk hari ke-2. syok sangat shopping sampai lupa nak bergambar. hehe.. walau kurang gambar, memori tersemat di hati gitu.. ;p


to be continued..

liburan di bandung day 1

punya lama cari mood nak update belog! apakah? hmm..

pagi lepas sarapan, kami ke pasar baru. dua mini mpv. dua-dua kaler hitam. hajatnya nak spent kejap je kat pasar baru. honestly saya tak plan nak beli kain untuk saya pun. cuma dah niat nak beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang sutera untuk saya. ngeeeeeeee..

sebelum cerita panjang, mari saya list kan nama yang pergi ke bandung tempoh hari:
  1. abang saya
  2. his wife, aisyah
  3. acik, adik aisyah
  4. ayu, adik aisyah
  5. ika, adik aisyah
  6. adik saya
  7. his wife, nazlia
  8. hafiz, kawan adik saya
  9. farah, kawan hafiz
  10. suami saya
  11. puteri kami
  12. saya
pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat pasar baru. kedai baru dibuka. orang pun tak ramai lagi. start membeli dan tawar-menawar. tak lama di pasar baru, abang saya, adik saya dan hafiz cabut ke factory outlet [FO], sebab tak tahan. hahahaha. mana nak tahan. kat pasar baru kan semua barang orang perempuan. harus lah bosan kan. tapi salute to my hubby. setia membontoti ladies dan jaga farisya ameera for me yang sibuk shopping dan bantu yang lain-lain bargain harga, pilih fabrik bagai.


farisya ameera sangat behave. ikut je mama dan yang lain-lain dari satu kedai ke satu kedai. papa beli beg elmo dan jam upin ipin untuk chacha. mereka pilih kain lama wooooo, saya pun penat. nak muntah tengok kain yang terlampau banyak dan murah! memang ini bukan kali pertama saya ke bandung, dah sedia maklum tentang keadaan di pasar baru tapi kali ni pun sama jugak, penat nak pilih yang mana. last-last pejam mata, amik je yang mana pun. semua lawa tau! dan tengok lah gambar kat bawah ni, anak mama tertido. penat sangat. bangun awal pagi dan tawaf pasar baru. memang letih kan sayang..


lihat kasih seorang papa. terharu. huhuuu.. sayang you papa.. lepas hampir muntah belek kain, kami ke food court. masa ni chacha dah bangun. tengok ada kuda pusing. terus dia melompat nak naik. sebabkan dia behave, papa layan je. nak amik mood baru bangun tido. pastu baru makan nasi + ayam penyet. kami dah 'terkena'. stall yang kami pilih tu masakan dia kureng skit. tapi tak pe la, rezeki untuk tengahari tu kan.. ;)


lepas lunch tu, sambung lagi shopping di pasar baru. mak aii lama betul kat pasar baru. masa tu dah jam 2 petang. budak-budak tu la shopping, saya tak. lepas beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang saya, saya dah tak beli apa-apa dah. tolong diaorg pilih kain je. tukang bagi pendapat. hahaa.. tukang pening kepala tengok kain yang melambak! lebih kurang jam 4 atau 5 macam tu, baru keluar dari pasar baru. pasar baru dah nak tutup tau! baru kami reti nak keluar. hahaha sadis!

now time for FO! time for papa pulak. kami ke heritage dan cascade. saya dah tak larat nak jalan. kalau ikutkan hati nak beli baju untuk chacha. kat atas rak tu banyak betul baju tapi tak aci lah kalau main sauk je kan. nak juga pilih-pilih. dan ohh, baru teringat, saya beli legging ni untuk chacha. emergency case sebab jeans chacha dah basah. huhuuu.. tengok gambar kat bawah ni ek.. masa kat heritage dan cascade, turn saya pulak jaga chacha. apa lagi, snap gambar la.. tu pun sikit je. chacha ajak jalan dalam FO cari ayong la, cari papa la. lepas cascade, kami ke next FO. tapi tak ingat dah nama dia sebab banyak sangat dan saya tak snap gambar pun. keletihan.


dalam jam 6 petang kami pulang ke hotel. istirahat. 6 petang kat  sana dah macam maghrib kat malaysia.  gelap dah macam malam. kami tak keluar dah malam tu. just tapau nasi goreng for dinner. ada yang  makan maggi je sebab kurang gemar masakan indon. hahahaa nasib la dah nama pun tempat orang kan. food memang tak sama dengan tanah tumpahnya darahku. huhuu..

to be continued..