Wednesday, March 31, 2010

sesungguhnya

kuasa Allah tiada siapa yang mampu melawan.

terkejut bila dapat tahu din beramboi dalam keadaan koma, dipercayai dijangkiti kuman air kencing tikus dan demam denggi berdarah. dan dikatakan buah pinggangnya gagal berfungsi dan dia mengalami pendarahan dalam badan. subhanallah.. rasanya baru subuh semalam saya mendengar suaranya di radio ERA. dan pagi ini dia koma dan bertarung nyawa..

semoga dia cepat sembuh.

wallahualam.

wan irya alisya bt wan mohd khaidzir


Tuesday, March 30, 2010

sunat hari ke-tujuh

sabtu, 27 march 2010

sunat cukur kepala bayi pada hari ke-tujuh kelahiran. maka berlangsung lah majlis cukur kepala new born baby. teringat masa kami buat majlis cukur kepala untuk farisya ameera sedikit masa dulu. terasa cepat benar masa berlalu. puteri mama dah besar dah. dah ada kawan. 3 -4 bulan lagi baru best sikit nak main-main dengan baby achik dan yaya. sekarang kecil lagi. baby ni tersangatlah putihnya. kiut. comel. eh ekceli bukan putih tapi pink. betul. pink. dalam gambar pun dah nampak pink. kalau tengok in real life, lagi la terserlah kemerahjambuan nya tu. hehe. semua orang yang datang melawat geram tengok baby yang kiut dan putih melepaks ni. mama pun geram amat!

baby belum ada nama lagi. mula-mula nak bagi nama puteri irya mutiya. pastu wan nurirya mutiya. dan last sekali wan nurirya alisya. mummy and daddy tengah buat final decision. susah benar nak decide yang terbaik. tok mi berkenan benar nama mutiya tu. mama [saya lah tu] pun suka jugak nama mutiya. siap dah panggil baby dengan nama tiya. mutiya bermaksud pemurah. nice and sweet.. ;)

sila lah lihat gambar-gambar ini. of course lah ada gambar anak mama juga. yang manis berbaju kurung. kucing kami; cielo juga tak mahu ketinggalan bergambar dengan farisya ameera dan baby.. ;)










dulu punya cerita

tetiba teringat kisah lama. campus life. banyak pengalaman; pahit dan manis semuanya ada. tetap segar dalam ingatan. mula-mula masuk UPM, hidupku serba-serbi tak kena. maklum lah saya tak pernah berjauhan dengan family. semua pun rasa susah. mula-mula daftar kat kolej, saya kenal dengan kawan baik saya di UPM, nur faizah tajudin. anak mami yang cantik. tinggi orangnya. sekarang dah punya sepasang anak lelaki dan perempuan. kemudian berkenalan pula dengan farah nadia che norudin. my coursemate. sekarang punya seorang anak perempuan yang cute dan comel, bekerja di TV3. ezah dan farah la teman saya di kolej, di UPM. nasib baik ada mereka. sunyi hati saya, kerinduan pada family sedikit terubat. orientation week boleh dikatakan best. juga pengalaman baru buat saya. waktu tu, saya ingat fasilitator semuanya lebih tua dari saya tapi tak sangka ada juga yang muda dan nakal. hmm.. juga saat indah bila dikenang. dulu, nak pergi kelas pun kena naik bas atau jalan kaki. kolej punya lah jauh dari fakulti. huhh bila dikenang balik, saya tersenyum sendiri. betapa pengalaman lalu mengajar saya erti hidup.

weekend je plan keluar pegi shopping. naik lah segala pengangkutan awam yang ada. komuter for sure, lrt lagi. bas pun. juga motor. selalu saya naik motor dengan faizah pergi mines! tapi kadang-kadang naik juga kereta. dan ada juga pergi bersama-sama teman saya yang seorang itu. teman? ya teman hidup saya sekarang aka suami saya. banyak pengalaman suka-duka bersama. tak perlu lah saya cerita panjang-panjang, cukup untuk ingatan kami berdua saja. saya tak akan lupa sampai akhir hayat. sungguh!

dulu saya naive. sekarang pun naive juga rasanya tapi naive dulu memang melampau. ahhaa biasa lah, budak kampung. harus lah naive kan.. sebut pasal naive, mula lah teringat cerita yang tak best. disebabkan ke'naive'an saya, saya ditipu, ditindas, diperlekehkan dan macam-macam 'di' lagi yang tak best. tapi tak apa, saya jadikan itu semua sebagai pengajaran dalam meniti kehidupan seharian. siapa-siapa yang pernah buat jahat atau punya niat buruk terhadap saya, saya hanya berserah. Allah Maha Mengetahui..

saya juga pernah bekerja di kuala lumpur sedikit masa dahulu. tinggal serumah dengan yusnamariah md yusop. mariah juga sudah berkahwin dan punya seorang anak lelaki yang comel. suka-duka bersama mariah tak akan dapat saya lupakan. even sampai sekarang bila kami ingat balik, memang indah. walaupun ada yang tak best. tapi itu semua dugaan dan cabaran dalam menghadapi hidup, lagi-lagi di kuala lumpur itu. teman saya yang itu juga banyak membantu saya. teman? ya.. teman hidup saya kini aka suami saya. kadang-kadang bila difikirkan balik, segalanya berlaku dengan pantas.. ;)

kenapa saya tulis entry ini ya? hmm.. cuma untuk memori saya saja. dan juga memori untuk anak [atau anak-anak] kami nanti, mungkin..

hati seakan hambar

untuk berblogging..

alhamdulillah selamat sampai di bumi kemaman jam 7.55 pagi tadi. mata terasa pedih. tersengguk-sengguk drive tadi. sungguh bahaya. terfikir juga nak stop and sleep tapi entah kenapa saya teruskan juga perjalanan. ahh sungguh lemah rasanya. sesungguhnya saya sudah tidak larat lagi..

Thursday, March 25, 2010

when we're together part III

thursday, 18th march 2010

this is the last entry for last week spent with papa.. not so much story. we went to the pool again. budak kecik ni dah pandai minta itu dan ini. dan bila kita dah promise nak pergi tapi tak pergi, budak kecik ni dah mula mengamuk sakan. so demi memenuhi janji mama dan papa pada farisya ameera, maka kami pun pergi lah sekali lagi ke swimming pool. bukan main seronok lagi si kecik ni bermain air. hmm.. gambar pun tak banyak yang mama snap. lepas mandi, as usual nak pergi tengok horse lagi. so singgah sebentar kat kandang kuda. tengok kuda mandi. horse's guardian pun dah kenal chacha.. ;)









saturday, 20th march 2010

this pic were taken at our home sweet home. farisya ameera melaram dengan topi mama.. ;)



the end..

when we're together part II

wednesday, 17th march 2010

we took farisya ameera to the beach, again. papa dah lama tak pegi pantai. dah sampai pantai, chacha takut tengok laut, ombak agak besar + angin kuat. dalam keadaan laut macam tu pun, masih ada 3- 4 orang pengunjung mandi sampai ke tengah. huhh sungguh mengerikan.. mama cemas. papa gelakkan mama..

sudahnya kami hanya main pasir pantai and seashell yang cinonet tu saje.. ;)









then pergi kat horse pulak. farisya ameera nak naik horse. mula-mula nak sentuh agak gentar tapi papa letak perlahan-lahan then baru okay. terus nak riding the horse. as long as chacha happy, mama and papa gembira. tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat puteri tersayang sihat dan ceria.. ;)


on the way back home, farisya ameera buat muka dengan papa. aahhh i miss you baby..



cerita tak banyak. gambar je lebih.. ;)

when we're together part I

alhamdulillah semuanya selamat. perasaan berdebar-debar nak jumpa papa berjaya dihandle dengan baik. kui kui kui gedik la mama ni.. ;p

tuesday, 16th march 2010

since farisya ameera selalu sebut nak mandi kolam, we've decided to take her to the swimming pool. mama feel good with presence of papa. thank you dear.. mula-mula sampai kat kolam, farisya ameera macam takut-takut. but when she saw ramai abang and kakak seronok main air, chacha bersemangat nak main air, still with her peyampung and of course with mama and papa..





saya kagum tengok some of parents yang biar anak-anak main sendiri-sendiri dalam pool tu. melompat, terjun, menyelam bagai. because we don't know what could happen. even at age 3 -4 pun still kecik pada saya. and insyaAllah i won't do that to my princess, never! sebab bahaya.. buatnya masa melompat or terjun tu, kepala terhantuk dinding kolam ke apa ke kan, lemas ke.. eee nauzubillah..





after half an hour berendam, kami tengok jari-jemari farisya ameera dah kecut + biru. haihh tak boleh jadi ni. kena naik dah ni. kalau ikutkan si kecik tu, memang tak mau balik la. tapi lepas sesi pujuk-memujuk, ajak tengok horse, she's okay.. ;)

farisya ameera is ready to the stable!



tapi sebelum tu posing kat buai sebentar.. ;)


okay ready to go.. ;)



then papa took us to the stable. farisya ameera nak tengok horse. nak sangat tengok horse tapi takut-takut. disuruh jalan tapi refused. nak dukung jugak. dengar suara horse lagi buat chacha scared. dipeluknya papa kuat-kuat. sampai sudah tak mau jalan. tak pe lah sayang.. dukung pun dukung lah. papa lagi suka dukung chacha.. lagi-lagi when chacha hug papa.. ;)





lepas tengok horse, farisya ameera nak main buai and gelungsur pulak.. then bawak chacha ke playgorund sekejap. mata dah layu semacam dah but still nak main. about 20 minutes, kami bawa chacha pulang. dah nak maghrib dah pun.. ;)



to be continued..