ohh pasal rumah. saya baru je call tuan rumah. nama dia kak ana. kak ana kat hospital. anak dia masuk wad. demam + pening + muntah = bahaya. so saya tak mahu kacau lah dulu. i will call her later. semoga anak kak ana cepat sembuh. berbalik pasal rumah. rumah yang kami nak duduk tu dah kosong. fariha [penyewa dulu lama] dah sms saya. sungguh baik sekali fariha tu. Allah saja yang boleh membalas segala kebaikan fariha dan suaminya. mengikut kata kak ana sebelum ni, kak ana akan betulkan dulu apa yang rosak dan akan bersihkan rumah sebelum kami masuk. bila dah selesai semua tu, baru kami boleh pindah. saya rasa, hujung minggu ni kami dah boleh pindah. ohh sebut pasal hujung minggu, kita ke perenggan kedua.
hujung minggu. mr hubby dapat panggilan dari seorang sahabat. sahabat itu sudah mahu kawin. sahabat dikenali sebagai baim. baim jemput ke kenduri beliau di kota bharu. yer di kelantan. dekat saja tapi tiga jam perjalanan jugak la kan. mr hubby decide nak pergi. [yeayyyyy boleh pergi jalan-jalan. dah lama tak jalan-jalan dengan papa!] baim tu pun dah banyak tolong mr hubby dulu waktu di serdang. memandangkan kami akan menghadiri majlis perkahwinan beliau baim di kota bharu pada 1 mei nanti, maka kami terpaksa tangguhkan dulu proses perpindahan. tangguh pun tak lama. seminggu saja. minggu selepas 1 mei, kami akan mula mengangkut barang. lori dan tenaga buruh dah ada, insyaAllah. hanya menunggu masa yang sesuai saja. duit? sudah tentu lah banyak yang keluar! uwaaaaaaaaa.. tapi apa pun, kami bersyukur. semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
jun sama dengan bulan enam. ada satu lagi undangan perkahwinan. kat mana? alor setar. alor setar? ye alor setar yo! yer di kedah. yeayyyyy! kawan mr hubby juga. mie namanya. saya kenal mie waktu mr hubby kerja di sri iskandar, perak. harap-harap saya kami dapat manage time untuk pulang ke kampung halaman mr hubby, menghadiri kenduri kawin mie dan bawa puteri jalan-jalan ke tempat yang puteri suka seperti naik cable car [mungkin tidak.. kalau berjaya, hooorayyyyyyy!] dan kolam [cadang nak ajak papa pergi sungai petani ada theme park eh kat sana?].
july atau julai. bulan kelahiran puteri dan mama.. yeahhhhh!
p/s: saya baru potong rambut! :D
2 comments:
sya dah tahu knp awk nampak lain smalam rupanya potong rambut, ceh x bgtau tp mmg nampak lain..maknanya awk bukan makin putih la..:)
muahahahhaa potong sikit je dada. sungguh tak tertahan jika betul sy makin putih! hik hik hik..
p/s: rambut sy mmg memberi impak yg besar klau dipelbagaikan. huahahahaha.. :D
Post a Comment