Wednesday, June 23, 2010

dari timur ke utara dan ke timur semula

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum.. good morning..

saya baru masuk kerja hari ni. lama kan saya cuti? ohh heaven you! from thursday to tuesday. perghh terbaekk! cuti balik kampung mr hubby. alang-alang balik, biar lah lama sikit. lagi pula, dah lama kami tak jenguk orang tua di sana. farisya ameera pun teruja nak jumpa mak tok dan tok wan. tapi sayangnya dapat jumpa tok wan kejap je kerna tok wan terpaksa ke sabah dan seterusnya ke putrajaya atas urusan kerja. chacha baik je sepanjang perjalanan pergi dan pulang. tak banyak ragam. alhamdulillah. chacha lah toner mama dan papa. hiksss! :D

17.06.2010 pagi bertolak ke utara. lalu tasik kenyir. papa dear nak singgah ipoh amik barang. then terus ke alor setar lalu sempadan pulau pinang. lalu sahaja okay.. ;) alhamdulillah jam 6.45 petang selamat tiba rumah mak tok.. 



18.06.2010 ke dusun mak tok without tok wan. banyak nyamok. ada gamba sikit untuk tatapan pembaca belog. puteri kami pegang kipas untuk halau nyamok dari menghisap darah! hehe..


sebahagian buah-buahan tempatan yang saya ambil gambar. ada lagi sebahagian tiada dalam gambar. sebab saya asik membontoti chacha nak halang nyamok dari melekat kat kulit dia. ohh rambutans sangat sedap! marvelos! 

19.06.2010 menghadiri jemputan kawen kawan papa dear, di alor setar juga. dekat saja. panas bangat berpeluh-peluh. baru saya perasan saya tiada dalam gambar. penat je pakai baju cantik-cantik! hahaha ;p


20.06.2010 kami ke penang. yeahh penang! pun saya tiada dalam gambar. pergi penang makan nasi kandar sahaja. niat untuk shopping hancur musnah berkecai sama sekali kerana queensbay mall dikerumuni oleh umat manusia dengan jumlah yang maha hebat sekali. frust betul! selamat duit. hehe. bawak chacha jalan-jalan penang naik feri. gambar gelap. better than nothing right?


21.06.2010 pulang ke darul iman sudah. tengahari baru gerak dari rumah mak tok. alhamdulillah 7.30 malam sampai rumah tokmi.

22.06.2010 berehat di home sweet home. melunaskan apa yang patut. farisya ameera berhajat nak naik bendalah ni.. dan memang kebetulan kami nak beli barang-barang keperluan pun. so hajat chacha tercapai! bukan main seronok lagi! ;)



23.06.2010 lepas subuh tadi saya memandu dari kuala terengganu ke kemaman dan sekarang  di tempat kerja. esok pulang ke pangkuan lagi. and to my surprise, ahad ini cuti.. hip hip hoorayyyyy! kehappyan berganda!

2 comments:

Ismahani said...

amboi..dah besar chacha...bijak...bijak...
blh dpt adik dah tu...hehee...

Mrs Faizal said...

baru je dpt adik sepupu. kira adik la tu.. ;p