Monday, June 7, 2010

baru terhegeh-hegeh nak upload

ini cerita lama. last two weeks we went to fun fair again. farisya ameera suka naik merry go round tu. sengih je manjang. bila naik train and car, dia diam je. peluk kuat-kuat. she's scared! haih..

disebabkan dah agak lama tak update belog, terasa malas pula nak bercerita. just view the piccas je la yer!


daaaaaaa..

Tuesday, June 1, 2010

princess's love

my daughter merajuk lagi. she needs me and i wanna be there for her! farisya ameera tak sihat; demam + batuk + selesema. for sure asyik merengek je. video call tadi dia langsung tak pandang muka saya :(. mama tahu chacha nak mama. tunggu mama k..

Ya Allah.. lindungi lah mereka. selamatkan lah mereka..

subhanallah.. hati merintih pilu. kekejaman terhadap umat Islam makin menjadi-jadi. tak dapat dibayangkan bagaimana umat Islam di Gaza meneruskan hidup. pastinya hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Ya Allah Ya Tuhanku.. KAU bantu lah umatMu nyahkan rejim zionis Israel dan puak Yahudi celaka itu. hanya kuasaMu yang mampu menjahanam dan melaknat mereka! amiin Ya Rabbal alamin..

Berita terkini yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas daripada konvoi Life Line for Gaza (LL4G) dari Malaysia menyatakan bahawa satu daripada enam kapal dalam misi itu, Mavi Marmara telah diserang oleh helikopter tentera Israel pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

sumber: Utusan Malaysia

dunia akhir zaman. bersyukur hidup di bumi Malaysia yang bebas dari angkara kekejaman Yahudi. sama-sama lah kita berdoa supaya saudara seIslam kita selamat dan dilindungi olehNya. amiin..

Monday, May 31, 2010

usaha keras untuk ini ^_^

kena hadap walau tak suka

saya dapat rasakan minggu ini lambat berjalan. berjalan? yeahh. lambat mengalahkan siput vavi. hati meronta mahu pulang. farisya ameera tak sihat. asyik merengek je.. :(

next week bekerja empat hari saja. ahad cuti hoorayyy! [saya rasa lumrah bagi orang yang bekerja, akan gumbira bila hari cuti. tapi bila jobless nak job pulak kan. well adat lah tu. manusia bukan robot. mesti rehat dan luangkan masa bersama yang tershayang!]. mode malas untuk update belog menerjah kembali. saya menulis ni pun sebab nak redakan gelodak hati. moga-moga lepas luahkan kat sini, saya akan rasa lega sikit. 

kerja pun mula menimbun. new things come, never go. well it is a good sign actually. saya boleh belajar benda baru. aggressive syima aggressive!

p/s: baru lepas sembang dengan farisya ameera. dia cakap, "chacha demam. mama balik dok?". soon baby. nanti mama balik k.. :(


Thursday, May 27, 2010

lagi entry gembira di pagi khamis

gumbira rasa hati kerana ini hari sudah hari khamis. sampai rumah kang mahu peluk itu budak nakal yang makin kerap merajuk bila mama video call. tak mahu pandang dan bercakap dengan mama langsung. if mention apa yang dia suka, baru lah mulut dia pot pet pot pet bercerita. anakku sedang membesar. makin bijak memainkan emosi. 

hari ni hubby pulang dari kL. untung nasib boleh pulang ke kT together-gether with him. terasa lama tak jumpa sebab minggu ni saya kerja lima hari. huh gedik ni gedik! biar la gedik pun.. ;p

aaa nanti nak masak. ohh hari tu saya dah masak udang masak petai. fuhh marvelos. tercapai juga hasrat hati nak makan udang masak petai. dua pinggan nasi [macam bukit] dihabiskan oleh saya dengan jayanya! puas hati you olsss.. :D

p/s: semalam makan steambot kat awana. sedappppp! kalau rajin, saya akan publish kat sini. entry bowLing pun tak buat lagi. kalau rajin jugak, saya tepek kat sini. ngehhehe.. ;)

Wednesday, May 26, 2010

lalalala dorothy perkins

terasa ingin menambah koleksi. kahkahkah mengada-ngada betul! selain dorothy perkins, mau forever 21 juga. huh! antara yang menarik minat saya seperti di bawah..


p/s: ni baru sikit. ada banyak lagi yang menarik hati dan menawan kalbu! sila lah layari website dorothy perkins [if you are interested!] *wink*