Tuesday, February 9, 2010

baik-baik belaka

sudah empat hari saya bertugas sepenuhnya di department baru. alhamdulillah so far so good.. saya bertuah punya boss yang supportive. tak lama lagi beliau akan hantar saya pergi kursus. course nya dah ada cuma nak request training from HR je.. hopefully tak ada masalah sebab saya diberitahu oleh boss saya bahawasanya course itu tersangatlah bagus untuk perkerja baru yang menceburi bidang logistic, macam saya. semangat berkobar-kobar nak pergi course, kat kL..

hari keempat ini lah baru saya boleh access network. tiga hari bekerja tanpa komputer terasa sungguh menyeksakan dan juga membosankan. tapi saya cekalkan hati dan kuatkan semangat.. department baru, semua pun baru tapi komputer saya tak lah baru sangat.. ;)

saya berterima kasih pada adik-adik dari IT and technical department yang sabar membantu kak syima. memang itu kerja kamu orang tapi macam terharu pula sebab semuanya baik-baik belaka. memang itu yang saya harapkan pun. terhibur sikit hati saya yang sedang berduka..

saya semakin mengerti kini bahawasanya kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini sesungguhnya punya sebab dan akibat tersendiri yang telah direncanakan oleh Allah SWT kepada kita semua. dan saya merasa bertuah tergolong dalam golongan hambaNya yang sering diuji. itu tandanya Dia sayangkan saya dan percaya bahawa saya mampu tempuhi dugaan ini sebaik mungkin.

wallahualam.

No comments: