Monday, February 1, 2010

seberapa pantas

dah 3 hari saya tidak update blog. rasa macam baru. sebab hari jumaat, sabtu dan ahad saya berlalu dengan pantas. alhamdulillah. maknanya saya tiada masa untuk fikirkan apa yang tidak perlu dan menyesakkan kepala otak.

terasa ingin bercerita tentang redah jer explorace tapi masih tiada mood. saya cuma mahu berkongsi serba-sedikit tentang apa yang terjadi sepanjang hujung minggu. akan ada detail story jika saya rajin. tapi yang pasti, akan ada gambar di sini sedikit waktu lagi.

jumaat, 29 januari 2010

saya bangun seawal jam 6.00 pagi. terasa sangat kemengantukkan tetapi apakan daya. sebagai seorang kakitangan yang punya tanggungjawab terhadap syarikat bekerja, saya gagahkan diri dan bersemangat untuk turut memeriahkan aktiviti syarikat, redah jer explorace! sempat mencium puteri tersayang, saya bergegas bersiap. ohh ya.. puteri kesayangan saya datang ke kemaman jumpa mama. disebabkan mama tak dapat balik hari khamis, gud gurL datang jumpa mama.. perasaan saya? sungguh seronok dan bahagia sekali.. syukurlah anak mama datang..

jam 7.05 pagi, saya tiba di perkarangan ofis. sudah ramai yang berkumpul secara berselerak. pum pam pum pam, kami bergerak memulakan redah jer lebih kurang jam 8.40 pagi. destinasi kami ialah rompin! yeahh finally tiba di summerset rompin jam 1.15 tengahari. aktiviti di summerset bersambung jam 2.30 petang sehingga team saya berjaya menamatkan aktiviti lebih kurang jam 3.35 petang. sungguh letih dan penat. kaki saya sakit. lenguh tak usah cerita lah. tapi seronok! malamnya ada dinner yang berakhir jam 12.15 malam. fuhhh sangat mengantuk. balik bilik, solat dan terus ZZZzzzZZZ..

sabtu, 30 januari 2010

awal-awal lagi saya sudah berpesan kepada team mate saya yang saya mahu pulang awal ke kemaman. rite after breakfast at about 8.45 am, we moved out. terima kasih kepada team mate saya yang mengerti bahawasanya saya mahu pulang ke pangkuan sang puteri di kuala terengganu. dan syukur lah saya tiba di kuala terengganu lebih awal dari yang dijangka. gud gurL setia menanti mama.. melayan karenah puteri itu ialah momen indah buat saya.. alhamdulillah..

perut berkeroncong minta diisi. saya ajak umi, adik bongsu dan adik ipar saya keluar makan dan mereka mahu ke butik ariani. saya setuju. lebih kurang jam 3.30 petang, kami keluar. destinasi pertama ialah kedai makan dan seterusnya ke ariani. ada gambar puteri saya di kedai makan tapi masih belum upload, nanti lah saya letak kat sini. dan di ariani pula, keadaan agak sesak. saya berkenan tudung tapi disebabkan crowded, batalkan saja niat untuk grab tudung. dah la tengah sale! tak pe, esok masih ada.. ;) dah on the way balik, puteri saya tido. sooo sweet.. lama gud gurL tido, dari jam 4.30 petang sehingga lah jam 6.45 petang. good for her sebab saya diberitahu, cha~cha bangun awal hari tu.

sabtu malam, saya pulang ke rumah kami. saya dan sang puteri tido berdua saja without papa. "papa aner?".. i said, "papa work. jauhh".. puteri cuma diam..

ahad, 31 januari 2010

gud gurL bangun jam 10.00 pagi. selesai bersiap, masukkan beg dalam kereta, saya dan puteri menuju ke rumah my mom. gud gurL behave dalam car. syukur alhamdulillah. saya belum pernah berdua-duaan dengan puteri dalam kereta. itu lah pertama kali dan syukur lah tiada masalah. anak mama memang gud gurL.. ;)

tengahari.. keluar makan lagi. dan ke butik baju. saya beli baju untuk saya dan untuk adik ipar saya yang sedang pregnant tu. cantik..

malamnya saya melayan karenah sang puteri seperti biasa. abang saya bawa anak kucing kesayangan cha~cha. bukan main seronok cha~cha main dgn tingting.. ;) lebih kurang jam 12.00 tengah malam, baru puteri saya tido. dan saya juga melelapkan mata sebelum memulakan perjalanan ke kemaman pagi ini.

to be continued, hopefully..

No comments: