buktinya, anggota badan haiwan dipotong sesuka hati tanpa perasaan belas dan kasihan. di mana terletaknya kemuliaan hati seorang manusia? saya tidak sanggup melihat video tersebut, yang kini banyak dikongsi di facebook. yang timbul hanya lah kekesalan. apa agaknya perasaan manusia itu tatkala memotong kaki kucing yang malang ini. difahamkan manusia itu memotong kaki kucing tersebut hanya kerana kucing tersebut mencuri ikan. bukan kah ikan itu salah satu sumber rezeki si kucing? apakah salah kucing itu mencari makan? jika kucing itu mampu berkata-kata, sudah pasti ia meminta. bukan lah niat kucing itu untuk mencuri. sekadar mengisi perut yang kelaparan. manusia oh manusia. kenapa kamu sungguh kejam sekali? sungguh keji perbuatan kamu.saya kecewa..
belum bercakap tentang kes pembuangan bayi. sungguh menyentuh hati. saya hanya mampu berdoa supaya manusia yang tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan yang setimpal. dunia akhirat hidup kamu tidak akan pernah aman!
pasti Allah membalas perbuatan manusia itu setimpal dengan perbuatannya. wallahualam..
No comments:
Post a Comment