Thursday, September 2, 2010

teka-teki terjawab

pada pagi 26 julai 2010 yang lalu, kami [hubby, princess and myself] ke kuala lumpur. destinasi yang dituju ialah low cost carrier terminal (LCCT). seawal 7.45 pagi kami bertolak. sang puteri masih lena ketika itu. dengan penuh rasa kasih dan sayang, saya kendong puteri ke kereta.. ;)

flight dijangka berlepas pada jam 8.30 malam. dari awal lagi hubby sudah memutuskan untuk bertolak awal pagi bagi mengelakkan kesulitan. sampai di dungun, puteri terjaga sambil tersenyum lihat mama di sisi. puteri tanya, "kita nak gi mana ni?" lantas mama dan papa menjawab "kuala lumpur!". yeayy puteri tepuk tangan.. :D

memandangkan puteri masih berbau masham yang best, kami singgah di rumah sewa saya di kemaman untuk bersiap. perjalanan kemudiannya diteruskan, mencari tempat untuk sarapan malangnya kebanyakan tempat yang kami singgah sudah kehabisan bekalan sarapan. masa tu lebih kurang jam 10 pagi. poor my hubby, dia lapar. tapi papa tetap steady drive.. sampai di area sungai ular, hubby singgah di satu kedai tepi jalan. syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi, kami sarapan di situ..

kemudian terus ke KL. lunch hour kami singgah di hentian kuantan. berehat sebentar. lebih kurang jam 3 petang kami tiba di KL. tanpa berlengah kami terus ke putrajaya. lucky us traffic kurang sesak. sampai di putrajaya, kami melilau cari presint 14. mencari rumah kawan hubby, mahu menumpang parking di rumah beliau. sementara menanti jam 5, kami ke alamanda. dekat je, lima minit dah sampai. lunch di alamanda dan puteri having fun! lapan jam dalam kereta memang letih kan sayang..



hampir jam 5, kami keluar dari alamanda dan ke presint 14 semula. tak lama menunggu, tuan rumah sampai. exchange beg, terus ke LCCT. lebih kurang jam 6 kami tiba di LCCT. kami ke check in counter, we're heading to bandung! ohh yeahh! agak lama beratur di situ. puteri kelihatan letih tapi sikit pun tidak meragam. syukur alhamdulillah. selesai check in, kami ke imigresen. then, coffee time with dunkin' donuts. turun ke terminal tengok-tengok flight delayed! ya Allah.. delay for three hours! puteri kesejukan. memang saya tak bawa sweater. cuma shawl untuk cover. seriously tidak membantu. kami ke tingkat atas mencari sweater for her. alhamdulillah ada but a bit bigger. besar pun besar lah janji tak sejuk lagi. punya lama menunggu, puteri tido jua akhirnya di pangkuan mama. kesian anak mama.. worst experience ever. tapi pasti ada hikmahnya..

puteri tido kejap je. maybe sebab tak selesa plus sejuk. jam 11.30 tiba jua. kami naik pesawat. puteri gembira. 15 minit kemudian, puteri lena lagi. kasihan.. letih benar anak mama..


pesawat selamat mendarat di lapangan terbang bandara hussien sastranegara, bandung, indonesia jam 12.30 waktu indonesia. perbezaan masa cuma lewat satu jam sahaja. menunggu luggage lebih kurang 15 minit. mencari taksi dan terus ke guest house. tiba di bilik lebih kurang jam 1.15 pagi. keletihan yang amat. bersihkan diri dan ke katil pastinya!

to be continued..

No comments: