Wednesday, November 3, 2010

apa makna semua ni?

aduuhh duuhhhh sakit hati betul bila baca comment yang terlalu di'short form'kan. naik angin tiba-tiba. contoh ni eh.. contoh! apa lah salahnya kalau perkataan budak tu ditulis budak penuh, tak payah la nak tulis dak je. assalamualaikum jadi askm atau semekom atau akum. salah tu tau tak?! senang kalau tulis salam je. bukannya susah sangat pun nak taip. pastu bangsa yang tulis macam ni aKu TaK sUkA lA mAcAm Tu. TaPi AkU iNgAt KaU sUkA. haihhh apa kejadahnya tulis macam tu eh? menyeksa dan terseksa rasanya. 

maaf la kalau ada di antara pembaca belog ni tak setuju dengan saya. tapi saya MEMANG tak suka! sakit mata, sakit hati okay.. *fuhhh urut dada.. cool sudah..*

and thanks for reading.. ;)

siapa yang tak suka melawa?

atau kelihatan cantik? rasa macam tak ada je kan.. well sempoi pun kena melawa jugak, still.. especially orang pempuan kan.. simple pun nak jugak melawa, at the very least. tapi ye lah, lawa ni subjektif. macam saya contohnya, even tak makeup pakai t-shirt and jeans then kelubung tudung ariani je pun hubby cakap cantik! muahahahha mahap saya tahu saya gedik! bagi contoh diri sendiri tak hengat. nanti bagi contoh orang lain kang tak pasal ada yang terasa la, kecik hati la, memencil diri bagai. so jalan paling gedik ialah diri sendiri.. ;p

saya suka tengok bila pempuan tu menggayakan tudung dengan cantik, mix and match dengan inner dan baju yang dipakai. ohh sungguh tertarik kau memang da bommm! ohh yeahh sungguh saya tak tipu. buat apa nak tipu, saja-saja dapat dosa free. i don't want that okay..

marilah kita sama-sama mencantikkan diri untuk orang tersayang. paling tidak pun, untuk diri sendiri, kerana diri kita begitu berharga!

thanks for reading! :D

saya tak faham, kenapa mesti wujud manusia putar alam!

penat la layan dan kenal orang macam ni. dengan si A cakap lain. dengan si B cakap lain. dengan si C pun cakap lain. tapi si A, si B dan si C ni berada di satu tempat yang sama. maksudnya memang ada kemungkinan mereka berjumpa dan bercakap-cakap sesama mereka. dan si putar alam bukannya tak tahu si A, si B dan si C ni berada di satu tempat yang sama. haihh.. saya paling malas nak layan orang macam ni. such a bad behavior! 

apa faedahnya cakap putar-putar belit putar alam ni hah? hati senang ke? bahagia ke create story? bangga cakap besar? bangga konon tahu pasal semua benda? ohh come on! be a better man pleaseeeee !! 



thanks for reading anyway.. saya emo pulak pagi-pagi ni.. LoL!

rambut sama hitam..

hati lain-lain..

kata pepatah tu memang betul. dan tepat! berhati-hati dalam memilih kawan yer.. waspada selalu..

thanks for reading.. ;)

Tuesday, November 2, 2010

saya selalu berangan nak pergi bumi arab..

semoga suatu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki ke sana, insyaAllah..

ni saya nak cerita sikit pasal syawal. yer saya tahu. syawal dah lama berlalu. dah nak masuk zulhijjah dah pun. tapi tak pe lah, saya nak update jugak. syawal di tempat saya mencari rezeki. sambutan sungguh hebat. besar-besaran. temanya Arabica Middle-East! wahh sungguh mengujakan u olsssss.. ramai yang ikut tema. pakai jubah, berpurdah, bercelak bagai. both kaum adam dan hawa ramai yang jadi arab celup. hehe. lawa-lawa jubah mereka. yang berpurdah sungguh menawan. memang macam arabian.. gambar yang ada dalam simpanan saya ni tak banyak. komputer saya dijangkiti virus. banyak files tak dapat diselamatkan. saya sedih. namun redha. 

mari lah lihat gambar arabian yang cantik menawan ni jommssss!




maaf. susunan gambar berterabur. malas nak adjust. hehehe..

saya tak cerita lagi pasal aidilfitri dengan family. haa tengok.. banyak hutang dengan belog ni. rasa satu kepuasan bila dah update belog ni. hahahahha.. 

nanti saya update. saya janji. ni janji betul. bukan janji palsu. bukan janji orang melayu. cepat atau lambat, pasti ada update tentang syawal lagi. tapi yg pasti, bukan hari ni. till then, babai..

thanks for reading!

saya baru dapat gambar ini..

dimulakan dengan bismillah..

mood pulak tengah rajin.. kerja pulak tak ada yang pending. so apa lagi, blogging la u olsssssss.. :D

cerita sikit sebelum lihat gambar. atau lihat gambar dulu? atau cerita dulu? haihh mana-mana je lah.. ini pencapaian kami masa first presentation.. kami tak sangka, kami tak menduga. kiranya ini memang pencapaian peribadi masing-masing. memang surprise okayyyyy.. syukur alhamdulillah atas pencapaian yang memberangsangkan ini walau ada segelintir manusia yang bercakap-cakap tentang ini dulu and even until now. orang lain tak tahu kesusahan dan kesulitan yang kami hadapi sepanjang proses kerja ni. enough said, kami redha.. ;)

sekarang mari lihat gambar..



disudahi dengan alhamdulillah.. ;)

bila saya rajin..

dimulakan dengan bismillah..

assalamualaikum..

selalu leka baca belog orang lain hinggakan belog sendiri tidak terusik. ohh apakah? saya yang malas sebenarnya. update belog pun dah tak teratur. entry yang sepatutnya ditulis dulu dah ke belakang. yang latest duduk di depan. tunggang-langgang jadinya bila perasaan malas ni menjelma lagi dan lagi.. 

hari ni mahu cerita tentang sang puteri lagi, yang suka ke pantai. lebih-lebih lagi bila ada beach toys. kalau hari  tak hujan dan puteri tak sleeping beauty belah petang, papa dan mama MESTI bawa chacha ke pantai. betul la kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. chacha pun macam mama, suka ke pantai. sukakan alam semulajadi. nature is peace! mari lihat gambar..







sekarang ni dah start musim hujan. tak kira pagi petang siang malam.. memang terbatas nak bawa chacha main outdoor. tapi ada hikmahnya juga kan.. boleh spent masa bersama di rumah. time hujan ni perut asyik lapar je kan. so masak la apa yang patut. hubby dan saya sangat suka makan cucur jagong. wahh sedap la.. tak percaya cuba buat. saya ni kan every week travel from kT - kemaman - kT. for sure akan lalu area jualan jagong di merchang tu. sebelum ni saya malas nak singgah kat gerai jagong tu tapi a few weeks ago, saya singgah. memang awal-awal lagi dah pasang niat nak beli jagong rebus dan jagong mentah tu. nak buat cucur jagong untuk suamiku sayang. beliau sangat suka makan cucur. lepas singgah kali pertama tu, a week after pun saya singgah beli lagi. kali ni buat bubur jagung pulak. sedappppp! minggu lagi satu pun singgah beli jagong lagi. then buat cucur lagi. hahahaha tiba-tiba saya jadi hantu jagong!

kalau rajin saya update lagi. rasa macam rajin nak update hari ni. muehehehehe..

thank you for reading.. ;)

disudahi dengan alhamdulillah..