sampai office jam 7.50 pagi tadi. jalan agak lengang but still ada kete gerak macam siput. mungkin mereka tidak mengejar waktu macam saya. so pandu kete pun perlahan-lahan. sepanjang perjalanan tadi, saya asyik terfikir tentang hidup saya. alangkah bahagianya jika minggu ini merupakan minggu terakhir saya travel, ulang-alik dari kuala terengganu - kemaman - kuala terengganu. arghh saya hanya mampu berdoa. berharap saja tanpa usaha tak akan menjadi juga kan. dan saya juga telah berusaha setakat yang mampu. selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa. DIA lah Yang Maha Mengetahui. lately saya kerap meluahkan rasa di facebook. muka buku itu saya jadikan medium perantara saya dengan orang-orang di sekeliling saya. sedikit-sebanyak perasaan saya yang resah-gelisah dan gundah-gulana ini dapat diredakan.
saya banyak berfikir di saat saya bersendirian. macam-macam yang berlegar-legar dalam benak. saya cuma ralit dan gembira segembira gembiranya ketika bersama sang puteri. itu lah momen indah dan bahagia yang Allah berikan buat saya. saya amat bersyukur dikurniakan zuriat yang tiada nilainya.. cuti hujung minggu saya maksimumkan untuk sang puteri. melayan karenah anak yang sedang membesar seperti puteri saya itu sebenarnya menuntut kesabaran yang tinggi. budak sedang membesar, of course lah notti kan.. saya cuba mencorakkan anak itu sebaik mungkin.. ;)
gambar ni adik saya yang snap. bukan main susah lagi nak tocangkan rambut si puteri ni. asyik menjerit jer. hahaa.. kualiti gambar pun kurang memuaskan tapi tak pe lah, kenangan untuk tatapan saya saja sudah lebih daripada cukup.. ;)
Osteoporosis: Tulang Umpama Cengkerang Telur
8 years ago
2 comments:
1st time saya tengok cha cha ikat rambut.haha. comey.. simpan rambut lg panjang lg best nak ikat tocang.hehe..
sangat susah nak ikat rambut dia sa.. ni lah yang tahan lama sikit. kalau tidak, lepas ikat je, terus dia tarik! haiyohh ini budak tak suka orang main-main rambut dia.. ;)
Post a Comment