Monday, May 17, 2010

last day with EPIC Group

pagi tadi telah berlangsung satu majlis 'Jasamu diKenang'. nak sebut majlis perpisahan rasa sedih pulak. boss saya akan meninggalkan kami semua.. :(

inilah insan yang diraikan sempena perletakan jawatan beliau. sesungguhnya saya berasa kehilangan, yang besar. beliau merupakan seorang leader yang bagus dan berwawasan. seorang leader yang sungguh supportive dan juga sporting! sentiasa encourage saya to be a better me. beliau ialah En. Zul Fadhila Muhammad.


mukadimah dari penghulu majlis.


En. Zul mula berbicara. kelihatan sedih dan sugul. memang sukar melepaskan EPIC Group sebenarnya tetapi ini yang tersurat. setiap pertemuan ada perpisahan. begitu juga setiap yang hidup pasti akan mati. semua hanya pinjaman. kalau saya yang berucap, sure menangis punya. hukssss.. :(



cameraman yang berusus pendek; kharul. dia yang cakap usus dia dah pendek. dia sakit. tapi tetap ceria menghibur teman-teman.. :D



En. Zul with our GM, En. Zakaria Ismail aka Cik Ya ;p


orang-orang kuat operation base. tanpa mereka, tutuplah kaunter! ;)


menu pagi tadi, nasi dagang + kuih dan satay. saya lupa nak snap gambar satay. hikss..


ini kuihnya. kurang manis = sedap.


antara leader di kemaman supply base.


offismate; rosmarliani. penggerak kaunter dan operation base. seorang ibu punya seorang cahayamata ;)


sebelum bersurai, saya snap gambar mereka sebagai  memori daun pisang ;p


last  but not least, saya dan rakan-rakan. nampak tak di mana saya berada? ;p


sekian.

p/s: farewell lunch with En. Zul kul 12.00 tengahari ni. saya update later.. ;)

No comments: