semalam hari isnin. hari pertama bekerja di minggu baru. ahad cuti ganti dibawa ke hadapan sebab 1 mei jatuh pada hari sabtu. alhamdulillah. dapat satu hari cuti extra dengan puteri dan papanya.
drive subuh semalam tak lah mengantuk sangat. saya keluar awal. sebelum 6.00 pagi dah keluar. dan sampai kemaman jam 7.25 pagi. cepat? memang pun. laju? tak lah. tak laju pun. jalan lengang. tak banyak kereta. kalau ada kereta pun, semuanya laju-laju. tak ada kereta gerak macam siput, tak ada kereta yang menghantar anak-anak ke sekolah sebab itu pasal saya sampai seawal itu.
setelah beberapa jam pertama di office, saya sakit perut. berpeluh-peluh. loya. angin lagi. sebelum tu saya dah breakfast. jam 11.00 pagi ada department meeting. sempat ambil minit meeting dalam kesakitan. dah dekat lunch hour. terasa berat nak keluar. lapar sebenarnya tapi tak larat. syukurlah aina call. she asked me to lunch. dia datang ambil. saya menyandar saja dalam kereta. lepas lunch, perut dah ok skit. mungkin sebab kerana faktor persekitaran juga. lepas menghirup udara di pantai marina, saya rasa semakin ok. lepas tu rehat sebentar di surau. beransur hilang sakitnya. alhamdulillah.
malam di rumah sangat bosan. Allah saja yang tahu tahap kebosanan saya yang melampau. kenapa tak keluar? saya tiada rasa mahu keluar. sorang-sorang pula tu. pesan mr hubby masih terngiang-ngiang. daripada keluar tak tentu hala tujuan, baik di rumah saja. bosan pun bosan lah. aktiviti malam dipenuhi dengan iron baju dan pastinya VIDEO CALL! sayu hati melihat puteri bersama papa tanpa mama.. :(
semalam teman serumah saya, cik hasnida ali aka cik dada layan movie hindustan. saya pun tumpang. sudahnya jam 1.00 pagi baru masuk tido. golek sana golek sini. susah betul nak lelap. asyik terkenang puteri. mulut tidak pernah putus berdoa. bantal mula dibasahi hujan. entah jam berapa saya terlelap malam tadi, saya pun tak pasti..
p/s: sayang tidak pernah pudar.
No comments:
Post a Comment