Monday, November 22, 2010

downey

salam readers,

semalam masa ambil uniform nak iron, bau harum semerbak menusuk hidung [dah agak lama saya guna downey tapi baru sekarang terkedek-kedek nak share heh!].. wahhh wanginya.. memang wangi u olsss.. saya teringat iklan downey. yang mengatakan tak perlu pakai perfume pun dah wangi dan kalau pakai pelembut pakaian downey, pakaian mudah diiron. saya secara peribadi, mengakui hakikat tu. memang senang nak iron, especially fabrik sutera yang mudah renyuk kan. saya ni hari-hari pun pakai uniform kerja fabrik sutera. hari khamis je bebas. saya dapat rasakan perbezaan yang ketara lepas guna downey. fabrik menjadi lembut, wangi harum semerbak dan mudah diiron. cuba lah downey!

ni yang saya guna. saya kureng gemar bau lain sebab terlalu kuat kot. anda bagaimana?

5 comments:

~Seven~ said...

sy pon suke!!!sy pakai downy kaler pepel n merah..sgt sedap bau dia..tahan lama plak tu...

Mrs Faizal said...

wahh ye ke lin.. kita menggemari brand yang serupa! hoyeahhh !! :D

nur.sa said...

ini buat testimoni tak dpt komisen kan? :P

haha. mau cuba utk baju thn dpn lah..

Ismahani said...

betul tu syima saya pun suka pakai downey walaupun ada yg kata mahal. tp puas hati sebab bau dia kekal lama..

saya suka biru n pepel...like very2 much lor...

Mrs Faizal said...

nur.sa :: yess yesss strongly rekemended! harum dia tahan lama.. :D

isma :: memang mahal sedikit compare dgn fabric softener lain tp worth it! lepas ni boleh cuba biru purple kegemaran awk dan purple merah kesukaan aslinda jamalia pula! ;)