Tuesday, September 7, 2010

mega ohh mega

memenuhi tanggungjawab sebagai seorang staff yang akur pada kehendak pihak pengurusan. kami buat sehabis baik. first presentation dapat 3rd prize RM1,000. syukur alhamdulillah. rezeki. sebelum tu, kami staff EPIC Group dapat voucher raya parkson RM500. rezeki berganda. 

ini team mega saya; Who Moved My Cheese [WMMC]. agen sully, agen sheeda dan agen faizah. fasi kami ialah En. Badlishah Muhd Salleh. yuhuuuu.. second presentation dijadualkan pada october. kami sedang berusaha untuk memantapkan slide! hahahha.. doakan kami berjaya yer.. :D


spread the love

dimulakan dengan bismillah.. disudahi dengan alhamdulillah.. ;)

salam semua.. saya start nak bayar hutang blogging ni. entry demi entry saya publish demi melunaskan janji. hahaa bajet ramai pulak yang ternanti-nanti update dari saya. macam ramai pembaca je kan.. bedebah punya syima! 

spread the love ialah tema family day tahun ni. yang diadakan pada 6 & 7 ogos 2010 di Bukit Gambang Resort City, Pahang. nothing much to story. kita share gambar je la okay.. ;)

ni petang 6hb. bersedia untuk acara pembukaan jam 3.13 petang. panas terik memancar-mancar. sakit kepala tau. cian chacha, berpeluh-peluh..


ni pulak masa dinner. kami tak snap gambar. macam tiada mood gitu kan. ada sekeping dua ni je.. tu yang pegang microfon tu ialah azizi akademi fantasia. sedap juga suara dia. ihiks..


dan ini ialah pada keesokan harinya. pagi after breakfast, kami ke water park. chacha dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. nak main air. dari semalam lagi. dan anakku begitu teruja bila lihat penguin di merata tempat. gembira tak terkata. main air sampai dia kesejukan dan asked for food. mama dan papa pun seronak main air. ekekeke.. the piccas..


we went home at about 1 o'clock. till we meet again in the next entry ya.. ;)

liburan di bandung finale

ohh hari ini 30 julai 2010 sudah mahu pulang ke malaysia.. yippieeeee!! suka suka suka. penat dah berhabis uang di bandung. dari jutawan ke fakir semula. hiks! wajah riang anakku..


breakfast dulu apa-apa pun. hari ni good gurL makan banyak nasi goreng! seronok nak naik kapal terbang dan balik jumpa tokmi, ki and baby alisya. wink!


dan ini bagasi kami yang bakal diterbangkan ke malaysia menaiki pesawat putih merah. hehe..


last destination sebelum ke airport ialah kartika sari. beli kek untuk famili dan sahabat di malaysia. kartika sari ni banyak branch. memang terkenal sangat di bandung. kek dia sedap-sedap tau. kat tepian kaki lima dia ramai peniaga kecil. ada yang jual selipar, key chain, t-shirt dan macam-macam lagi. boleh dikatakan di setiap kedai ada peniaga-peniaga kecil ni. rimas bila mereka rayu kita suruh beli barang mereka. hmm..


settle kat kartika sari. we're ready to airport. flight scheduled at 12.30 noon. kami sampai airport hampir jam 10 pagi. check in dulu pastu rehat kat executive lounge dia. dah banyak berubah airport ni. much much better than my previous visit in 2007. lounge dia pun makin selesa. banyak foods! makan lah sebanyak mana kamu nak makan. no extra charge okay! makanan semua enak. berkali-kali order air, dari panas hingga lah ke sejuk. hehe. syiokkkkk! kenyang berganda. hahahaa.. puas hati bayar RP75,000! hik hik hik..

enjoy the piccas you allsss..



dan alhamdulillah pesawat selamat mendarat di LCCT jam 3.30 petang waktu malaysia. lepas kastam dan imigresen. no additional tax, syukran! 



this is one of the very best vacation i had especially bila spent time bersama yang tersayang... am happy to the max!! i mean it..

bandung, nantikan kedatangan kami lagiiiii.

yuk, ke bandung! :D


liburan di bandung day 3

dimulakan dengan bismillah.. disudahi dengan alhamdulillah.. ;)

assalamualaikum semua.. mulakan hari anda dengan senyuman walau terbangun lambat pagi ni. hehe..

okay dah, back to the story..

as previous, we started our day with breakfast. bila semua 12 orang dah siap berkumpul, masing-masing amik tempat biasa dalam kereta hitam untuk menyambung misi shopping. gambar ni saya snap sewaktu menanti yang lain turun.




hari ni saya akan shopping sakan! wohoooo!! sekali lagi kami ke rumah mode, heritage, cascade [just to name a few sebab itu je yang ingat pun hahaha]. time ni saya pulun baju untuk chacha. puas hati betul sebab murah! dengan RM100 saya boleh dapat 3 helai dress! tak tipu.. lagi la membara semangat nak shopping kan. selain FO yang disebut di atas, kami juga ke summit, stamp, matahari dan lain-lain. semua teruja nak shopping tapi biasa lah, dah hujung-hujung percutian, uang pun udah kehabisan gitu kan. so terpaksa lihat saja dan agak berkira untuk keluar ongkosnya. tapi chacha punya memang best lah. mama beli untuk raya.. :D

after rumah mode, we moved to heritage and cascade. on the way tu, kami lihat seorang  lelaki bersama seekor monyet. kami berhenti di tepi jalan dan lihat monyet genius itu beraksi bersama tuannya. kami bagi sedikit tips untuk tuan monyet. bagus usaha dia mencari rezeki. tak minta sedekah macam sesetengah penduduk yang lain. 


teruskan kembara ke heritage dan cascade. masa ni chacha dah sleep. so saya dan hubby harus bergilir-gilir untuk shopping. saya start dulu while hubby tunggu chacha dalam kereta. tak lama masa yang saya ambil untuk pilih baju chacha. less than 1 hour je kot saya dah selesai jelajah  tiga FO dengan helaian baju yang banyak! yeahh! settle baju for chacha. turn hubby pulak masuk FO. parking kereta kat satu tempat then jalan je. FO bersebelahan saja dan banyak. pilih saja yang mana satu. boleh dikatakan setiap FO yang ada kat tepi jalan tu kami kunjungi. hahaha gila betol masing-masing shopping tak hengat!! sementara menunggu kesemua 12 orang berkumpul di parkir kereta, kami yang mana ada ni makan satar dan otak-otak ikan tenggiri yang super duper enak! lepas ni kalau pergi bandung lagi, kami pasti akan ke gerai itu lagi. gerai tu bersih tau. seronok peniaga tu hari tu, jualan laku dan gerenti cepat dapat pulang berehat hari tu. hehe..


no more piccas for today. eh ada satu lagi. this is our sporting supir; indy diza!! bawak je mana kami nak pergi. berkali-kali pergi tempat sama pun tak pe. indy suka je. hahaha..


till the next entry.. ;)