Monday, September 6, 2010

liburan di bandung day 1

punya lama cari mood nak update belog! apakah? hmm..

pagi lepas sarapan, kami ke pasar baru. dua mini mpv. dua-dua kaler hitam. hajatnya nak spent kejap je kat pasar baru. honestly saya tak plan nak beli kain untuk saya pun. cuma dah niat nak beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang sutera untuk saya. ngeeeeeeee..

sebelum cerita panjang, mari saya list kan nama yang pergi ke bandung tempoh hari:
  1. abang saya
  2. his wife, aisyah
  3. acik, adik aisyah
  4. ayu, adik aisyah
  5. ika, adik aisyah
  6. adik saya
  7. his wife, nazlia
  8. hafiz, kawan adik saya
  9. farah, kawan hafiz
  10. suami saya
  11. puteri kami
  12. saya
pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat pasar baru. kedai baru dibuka. orang pun tak ramai lagi. start membeli dan tawar-menawar. tak lama di pasar baru, abang saya, adik saya dan hafiz cabut ke factory outlet [FO], sebab tak tahan. hahahaha. mana nak tahan. kat pasar baru kan semua barang orang perempuan. harus lah bosan kan. tapi salute to my hubby. setia membontoti ladies dan jaga farisya ameera for me yang sibuk shopping dan bantu yang lain-lain bargain harga, pilih fabrik bagai.


farisya ameera sangat behave. ikut je mama dan yang lain-lain dari satu kedai ke satu kedai. papa beli beg elmo dan jam upin ipin untuk chacha. mereka pilih kain lama wooooo, saya pun penat. nak muntah tengok kain yang terlampau banyak dan murah! memang ini bukan kali pertama saya ke bandung, dah sedia maklum tentang keadaan di pasar baru tapi kali ni pun sama jugak, penat nak pilih yang mana. last-last pejam mata, amik je yang mana pun. semua lawa tau! dan tengok lah gambar kat bawah ni, anak mama tertido. penat sangat. bangun awal pagi dan tawaf pasar baru. memang letih kan sayang..


lihat kasih seorang papa. terharu. huhuuu.. sayang you papa.. lepas hampir muntah belek kain, kami ke food court. masa ni chacha dah bangun. tengok ada kuda pusing. terus dia melompat nak naik. sebabkan dia behave, papa layan je. nak amik mood baru bangun tido. pastu baru makan nasi + ayam penyet. kami dah 'terkena'. stall yang kami pilih tu masakan dia kureng skit. tapi tak pe la, rezeki untuk tengahari tu kan.. ;)


lepas lunch tu, sambung lagi shopping di pasar baru. mak aii lama betul kat pasar baru. masa tu dah jam 2 petang. budak-budak tu la shopping, saya tak. lepas beli kain untuk bonda dan adinda serta telekung sembahyang saya, saya dah tak beli apa-apa dah. tolong diaorg pilih kain je. tukang bagi pendapat. hahaa.. tukang pening kepala tengok kain yang melambak! lebih kurang jam 4 atau 5 macam tu, baru keluar dari pasar baru. pasar baru dah nak tutup tau! baru kami reti nak keluar. hahaha sadis!

now time for FO! time for papa pulak. kami ke heritage dan cascade. saya dah tak larat nak jalan. kalau ikutkan hati nak beli baju untuk chacha. kat atas rak tu banyak betul baju tapi tak aci lah kalau main sauk je kan. nak juga pilih-pilih. dan ohh, baru teringat, saya beli legging ni untuk chacha. emergency case sebab jeans chacha dah basah. huhuuu.. tengok gambar kat bawah ni ek.. masa kat heritage dan cascade, turn saya pulak jaga chacha. apa lagi, snap gambar la.. tu pun sikit je. chacha ajak jalan dalam FO cari ayong la, cari papa la. lepas cascade, kami ke next FO. tapi tak ingat dah nama dia sebab banyak sangat dan saya tak snap gambar pun. keletihan.


dalam jam 6 petang kami pulang ke hotel. istirahat. 6 petang kat  sana dah macam maghrib kat malaysia.  gelap dah macam malam. kami tak keluar dah malam tu. just tapau nasi goreng for dinner. ada yang  makan maggi je sebab kurang gemar masakan indon. hahahaa nasib la dah nama pun tempat orang kan. food memang tak sama dengan tanah tumpahnya darahku. huhuu..

to be continued..

Saturday, September 4, 2010

ramadhan dan syawal di tanah suci

last thursday, i was informed that my aunty and my cousin will be celebrating syawal at tanah suci. alhamdulillah. rezeki mereka. saya sendiri rasa bahagia sangat bila orang berpeluang berpuasa dan raya di mekah. sungguh tenang rasanya. tapi ye lah, mungkin lebih baik di tanahair sendiri. cuma bagi saya, peluang tu tak selalu datang dan rezeki tak selalu berpihak pada kita untuk menjadi tetamu Allah..

semoga mereka selamat pergi dan kembali..

mudah-mudahan saya juga berpeluang untuk menikmati saat-saat indah itu satu hari nanti, insyaAllah..

Thursday, September 2, 2010

teka-teki terjawab

pada pagi 26 julai 2010 yang lalu, kami [hubby, princess and myself] ke kuala lumpur. destinasi yang dituju ialah low cost carrier terminal (LCCT). seawal 7.45 pagi kami bertolak. sang puteri masih lena ketika itu. dengan penuh rasa kasih dan sayang, saya kendong puteri ke kereta.. ;)

flight dijangka berlepas pada jam 8.30 malam. dari awal lagi hubby sudah memutuskan untuk bertolak awal pagi bagi mengelakkan kesulitan. sampai di dungun, puteri terjaga sambil tersenyum lihat mama di sisi. puteri tanya, "kita nak gi mana ni?" lantas mama dan papa menjawab "kuala lumpur!". yeayy puteri tepuk tangan.. :D

memandangkan puteri masih berbau masham yang best, kami singgah di rumah sewa saya di kemaman untuk bersiap. perjalanan kemudiannya diteruskan, mencari tempat untuk sarapan malangnya kebanyakan tempat yang kami singgah sudah kehabisan bekalan sarapan. masa tu lebih kurang jam 10 pagi. poor my hubby, dia lapar. tapi papa tetap steady drive.. sampai di area sungai ular, hubby singgah di satu kedai tepi jalan. syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi, kami sarapan di situ..

kemudian terus ke KL. lunch hour kami singgah di hentian kuantan. berehat sebentar. lebih kurang jam 3 petang kami tiba di KL. tanpa berlengah kami terus ke putrajaya. lucky us traffic kurang sesak. sampai di putrajaya, kami melilau cari presint 14. mencari rumah kawan hubby, mahu menumpang parking di rumah beliau. sementara menanti jam 5, kami ke alamanda. dekat je, lima minit dah sampai. lunch di alamanda dan puteri having fun! lapan jam dalam kereta memang letih kan sayang..



hampir jam 5, kami keluar dari alamanda dan ke presint 14 semula. tak lama menunggu, tuan rumah sampai. exchange beg, terus ke LCCT. lebih kurang jam 6 kami tiba di LCCT. kami ke check in counter, we're heading to bandung! ohh yeahh! agak lama beratur di situ. puteri kelihatan letih tapi sikit pun tidak meragam. syukur alhamdulillah. selesai check in, kami ke imigresen. then, coffee time with dunkin' donuts. turun ke terminal tengok-tengok flight delayed! ya Allah.. delay for three hours! puteri kesejukan. memang saya tak bawa sweater. cuma shawl untuk cover. seriously tidak membantu. kami ke tingkat atas mencari sweater for her. alhamdulillah ada but a bit bigger. besar pun besar lah janji tak sejuk lagi. punya lama menunggu, puteri tido jua akhirnya di pangkuan mama. kesian anak mama.. worst experience ever. tapi pasti ada hikmahnya..

puteri tido kejap je. maybe sebab tak selesa plus sejuk. jam 11.30 tiba jua. kami naik pesawat. puteri gembira. 15 minit kemudian, puteri lena lagi. kasihan.. letih benar anak mama..


pesawat selamat mendarat di lapangan terbang bandara hussien sastranegara, bandung, indonesia jam 12.30 waktu indonesia. perbezaan masa cuma lewat satu jam sahaja. menunggu luggage lebih kurang 15 minit. mencari taksi dan terus ke guest house. tiba di bilik lebih kurang jam 1.15 pagi. keletihan yang amat. bersihkan diri dan ke katil pastinya!

to be continued..

Wednesday, September 1, 2010

manusia semakin kejam!

buktinya, anggota badan haiwan dipotong sesuka hati tanpa perasaan belas dan kasihan. di mana terletaknya kemuliaan hati seorang manusia? saya tidak sanggup melihat video tersebut, yang kini banyak dikongsi di facebook. yang timbul hanya lah kekesalan. apa agaknya perasaan manusia itu tatkala memotong kaki kucing yang malang ini. difahamkan manusia itu memotong kaki kucing tersebut hanya kerana kucing tersebut mencuri ikan. bukan kah ikan itu salah satu sumber rezeki si kucing? apakah salah kucing itu mencari makan? jika kucing itu mampu berkata-kata, sudah pasti ia meminta. bukan lah niat kucing itu untuk mencuri. sekadar mengisi perut yang kelaparan. manusia oh manusia. kenapa kamu sungguh kejam sekali? sungguh keji perbuatan kamu.saya kecewa..

belum bercakap tentang kes pembuangan bayi. sungguh menyentuh hati. saya hanya mampu berdoa supaya manusia yang tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan yang setimpal. dunia akhirat hidup kamu tidak akan pernah aman!

pasti Allah membalas perbuatan manusia itu setimpal dengan perbuatannya. wallahualam..

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan yang penuh keberkatan

salam ramadhan..

semalam, 24.08.2010 bersamaan 14 ramadhan 1431H, saya menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ketiga. syukur alhamdulillah.. kepada yang wish di facebook, saya ucapkan jutaan terima kasih. terima kasih atas doa-doa kalian. saya doakan kalian juga turut berbahagia hendaknya, insyaAllah.. semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan mulia ini..

tiada apa yang ingin saya coretkan di sini. sesungguhnya saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. bersyukur punya Mohd Faizal Abu Bakar sebagai suami dan anugerah terindah dalam hidup kami; Puteri Nurfarisya Ameera. love both of you very much!


more years to come, insyaAllah..

Wednesday, August 18, 2010

where do i start?

assalamulaikum para pembaca budiman..

terima kasih kerna sudi singgah di belog saya yang sudah lama tidak ada cerita baru. perasaan malas untuk meng'update' memang membuak-buak lately ni, saya pun hairan kenapa jadi begitu. itu adalah di antara kelemahan-kelemahan yang ada pada saya. seronok baca belog yang sentiasa di'update' dengan cerita-cerita menarik. long entry pula tu. saya kagum! sungguh.

banyak yang berlaku sepanjang belog ini tidak terusik. mahu dikupas satu persatu, saya rasa agak keterlaluan kerna sangat banyak yang perlu ditaip di sini. maafkan saya sekali lagi, saya malas. sepanjang pertengahan julai sehingga saat ini, saya gembira. sangat. dan bahagia juga. banyak benda terjadi. yang elok jadikan kebahagiaan dan sebaliknya, jadikan sebagai iktibar.  

serba-sedikit. mari flash back.
  • liburan di bandung
  • family day
  • mega ohh mega
next entry akan ada gambar-gambar baru. kalau anda mahu lihat, dipersilakan melawat belog saya lagi. saya suka. anda gembira. haha entah apa-apa.

Ramadhan Greetings!