Monday, May 31, 2010

usaha keras untuk ini ^_^

kena hadap walau tak suka

saya dapat rasakan minggu ini lambat berjalan. berjalan? yeahh. lambat mengalahkan siput vavi. hati meronta mahu pulang. farisya ameera tak sihat. asyik merengek je.. :(

next week bekerja empat hari saja. ahad cuti hoorayyy! [saya rasa lumrah bagi orang yang bekerja, akan gumbira bila hari cuti. tapi bila jobless nak job pulak kan. well adat lah tu. manusia bukan robot. mesti rehat dan luangkan masa bersama yang tershayang!]. mode malas untuk update belog menerjah kembali. saya menulis ni pun sebab nak redakan gelodak hati. moga-moga lepas luahkan kat sini, saya akan rasa lega sikit. 

kerja pun mula menimbun. new things come, never go. well it is a good sign actually. saya boleh belajar benda baru. aggressive syima aggressive!

p/s: baru lepas sembang dengan farisya ameera. dia cakap, "chacha demam. mama balik dok?". soon baby. nanti mama balik k.. :(


Thursday, May 27, 2010

lagi entry gembira di pagi khamis

gumbira rasa hati kerana ini hari sudah hari khamis. sampai rumah kang mahu peluk itu budak nakal yang makin kerap merajuk bila mama video call. tak mahu pandang dan bercakap dengan mama langsung. if mention apa yang dia suka, baru lah mulut dia pot pet pot pet bercerita. anakku sedang membesar. makin bijak memainkan emosi. 

hari ni hubby pulang dari kL. untung nasib boleh pulang ke kT together-gether with him. terasa lama tak jumpa sebab minggu ni saya kerja lima hari. huh gedik ni gedik! biar la gedik pun.. ;p

aaa nanti nak masak. ohh hari tu saya dah masak udang masak petai. fuhh marvelos. tercapai juga hasrat hati nak makan udang masak petai. dua pinggan nasi [macam bukit] dihabiskan oleh saya dengan jayanya! puas hati you olsss.. :D

p/s: semalam makan steambot kat awana. sedappppp! kalau rajin, saya akan publish kat sini. entry bowLing pun tak buat lagi. kalau rajin jugak, saya tepek kat sini. ngehhehe.. ;)

Wednesday, May 26, 2010

lalalala dorothy perkins

terasa ingin menambah koleksi. kahkahkah mengada-ngada betul! selain dorothy perkins, mau forever 21 juga. huh! antara yang menarik minat saya seperti di bawah..


p/s: ni baru sikit. ada banyak lagi yang menarik hati dan menawan kalbu! sila lah layari website dorothy perkins [if you are interested!] *wink*

cubaan awal menggunakan photoscape

harus explore lagi. i loike! :D


p/s: kena ambil  gambar banyak-banyakss untuk tujuan pengeditan. ngehehehee.. ;)

Tuesday, May 25, 2010

gud gurL with lil gurL

puteri nurfarisya ameera with wan irya alisya.. sweet huh? ;)

sad and happy

had a chit chat with friends just now. ada cerita suka ada cerita duka. well that's life. kepada yang berduka, tabahkan hatimu wahai kawan ku. life must goes on. to my friend liz yang bergembira, congrats on your pregnancy! happy for you. take good care okay.. ;)


hubby outstation to kL today till thursday. luckily pergi hari ni balik hari khamis. selalunya pergi hari khamis balik hari sabtu. kalau pergi hari khamis balik hari sabtu, makin kurang lah masa untuk bersama-sama together-gether. syukur semua yang berlaku ada hikmahnya.

p/s: nanti nak cerita pasal bowLing. tetap best walau corot! muakakakkaa.. ;p

Monday, May 24, 2010

fun fair ohh fun fair!

kami pergi malam semalam. tak ramai sangat manusia. farisya ameera suka. tak mahu balik. bila dengar muzik kuat, peluk papa ketat-ketat. then bertukar dukung, lentok atas bahu mama. semalam gud gurL naik horse je. papa promise nak datang lagi. lagipun semalam dah lewat. mama kena bangun awal pergi work esok. esok means today. hari ni baru saya masuk kerja. semalam mc. petang ni main bowLing. hopefully urat dah okay and will be okay se-okay-okay nya. sakit yang amatss. nasib baik ada yang tolong massage! ;p

a few piccas. low quality but better than nothing. syukur alhamdulillah.. ;)


p/s: just wanted to remind YOU that YOU had my love now and forever!

landscape architect cum designer

last two weeks when i came home, terkezut tengok mr hubby dah siap design baju. kalau design landscape, itu normal. lepas tu, bersungguh lagi nak siapkan some other designs. fuhh salute lah papa! ini pun saya sempat snap sekeping gambar [tanpa izin sebenarnya] hehhee. beliau sedang tekun test color. nanti bila design dah siap, saya akan letak kat sini. theme color yang digunakan ialah black + red. bila tak tahu la kan sebab sekarang ni beliau sangat busy dengan landscape design. masyukk masyukkkkk.. :D


p/s: GOOD LUCK MI AMOR!

Thursday, May 20, 2010

saya tak suka..

.. orang bercakap kuat-kuat kerana mahukan perhatian!

 huh!

super duper excited!

why?

because today is thursday you ols.. *wink*

saya akan pulang menemui yang tersayang petang nanti. dah tak sabar nak balik. macam ni lah saya setiap hari khamis. bangun pagi dengan penuh semangat. weekend ni kalau tiada aral, kami akan menghadiri satu lagi wedding invitation di besut. shida and fakhrie. she is my cousin's cousin. well actually can't wait to meet her and the wedding dress! sure gorgeous habissssssss!

kalau tiada aral juga, insyaAllah saya akan baling bola bowLing hari jumaat. for sure mr hubby gelak sakan tengok his lovey dovey wife main masuk longkang! huahahahaaa.. kalau plan-plan di atas berjaya mengikut jadual, saya tanpa ragu akan menepekkan gambar di sini.

CHEEKY CHEEKY BOOM BOOM!

Wednesday, May 19, 2010

masih lagi mengidam..

.. udang masak petai!

hukss.. hajat tidak kesampaian malam tadi. saya berbuka dengan nasi putih + tomyam dan teh ais. tomyam tidak sedap = makan nasi sedikit sahaja. lepas solat maghrib, makan mee rebus di rumah makcik saya. lepas tu baru terasa kenyang.. ;)

saya teringin sangat nak makan petai ni. haihh.. kalau rajin, petang ni saya akan pergi market untuk beli udang dan petai. atau cubaan kedua, pergi restoran maizun seberang jalan rumah saya. will see how.. ;p

p/s: hari ni saya tak puasa.. ;p

Tuesday, May 18, 2010

udang masak petai

bila puasa, mula lah mengidam nak makan macam-macam. kalah ibu mengandung! hikss.. dan saya teringin nak makan udang masak petai hari ni untuk berbuka. saya akan ditemani oleh dua orang sepupu untuk berbuka maghrib nanti, insyaAllah.

tak kesah lah udang masak petai yang begini..


atau begini.. janji udang masak petai! yummyyyyyyyy!


p/s: harap cousins saya tak kesah.. :D

kecewa lagi..

bukan menolak rezeki tapi tawaran yang datang tidak memberangsangkan. sabar syima.. pasti ada suatu hari nanti. keep on praying and always be strong!

"mama dudu chacha.."

that's what she said last nite. mama dudu chacha means mama tidokan chacha. :(

hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak cakap macam tu..

Monday, May 17, 2010

the sifoo and me

with my soon to leave boss, En. Zul Fadhila Muhammad. wish you all the best in your future undertaking and hope that our relationship will not stop here..


p/s: En. Zul bersemangat mengabdi kenangan dengan semua staff. kelihatan sungguh sukar meninggalkan EPIC Group. tapi perjuangan beliau bersama-sama KSB khususnya dan EPIC amnya telah menemui titik noktah. tiada lagi Zul Fadhila Muhammad.. :(

farewell lunch

as promised in previous entry, saya sajikan gambar sekitar majlis perpisahan tengahari tadi. agak lama menanti management sebab mereka ada meeting. gambar di bawah ni, dua-dua pernah jadi boss saya. En. Zul yang diraikan dan sebelah beliau ialah En. Ahmad Zaidi, mantan boss saya. juga baik hati. hehe..


masa ni tuan CEO baru saja sampai ke dewan. paparazzi terus snap gambar!



En. Zaidi selaku pengacara majlis. yang menopang dagu itu ialah offismate saya; rosmarliani. ehe..


En. Zul berucap, saya ambil dari kejauhan saja.


management team. sorry tuan CEO, terlindung sikit. gambar ni bukan saya yang snap.. ;)


ini muka kembang semangkuk saya. aina cakap muka saya lain dalam gambar. saya pun rasa macam tu juga. kelihatan kembang semacam. tapi secara realitinya, tidak kembang sebagaimana dalam gambar, kata aina. hmm.. adakah saya sudah tembam? bweksssss.. :D


saya belum bergambar lagi dengan boss saya ni. mungkin sekejap lagi kot.. ;p

till we meet again En. Zul. adiossss! :(

last day with EPIC Group

pagi tadi telah berlangsung satu majlis 'Jasamu diKenang'. nak sebut majlis perpisahan rasa sedih pulak. boss saya akan meninggalkan kami semua.. :(

inilah insan yang diraikan sempena perletakan jawatan beliau. sesungguhnya saya berasa kehilangan, yang besar. beliau merupakan seorang leader yang bagus dan berwawasan. seorang leader yang sungguh supportive dan juga sporting! sentiasa encourage saya to be a better me. beliau ialah En. Zul Fadhila Muhammad.


mukadimah dari penghulu majlis.


En. Zul mula berbicara. kelihatan sedih dan sugul. memang sukar melepaskan EPIC Group sebenarnya tetapi ini yang tersurat. setiap pertemuan ada perpisahan. begitu juga setiap yang hidup pasti akan mati. semua hanya pinjaman. kalau saya yang berucap, sure menangis punya. hukssss.. :(



cameraman yang berusus pendek; kharul. dia yang cakap usus dia dah pendek. dia sakit. tapi tetap ceria menghibur teman-teman.. :D



En. Zul with our GM, En. Zakaria Ismail aka Cik Ya ;p


orang-orang kuat operation base. tanpa mereka, tutuplah kaunter! ;)


menu pagi tadi, nasi dagang + kuih dan satay. saya lupa nak snap gambar satay. hikss..


ini kuihnya. kurang manis = sedap.


antara leader di kemaman supply base.


offismate; rosmarliani. penggerak kaunter dan operation base. seorang ibu punya seorang cahayamata ;)


sebelum bersurai, saya snap gambar mereka sebagai  memori daun pisang ;p


last  but not least, saya dan rakan-rakan. nampak tak di mana saya berada? ;p


sekian.

p/s: farewell lunch with En. Zul kul 12.00 tengahari ni. saya update later.. ;)

Sunday, May 16, 2010

ahad dan saya

pagi ahad memang emo. mana tidaknya, terpaksa meninggalkan anak kecil ini kala dia sedang enak tido. lima hari empat malam lamanya meninggalkan farisya ameera. empat malam yang sukar buat saya. tapi sesukar mana pun, saya berjaya mengharunginya selama setahun setengah. what? a year and half? ohh my God! lama tu.. tak sangka saya bertahan hingga sekarang. semuanya kerana mu wahai anakku.. demi sesuap nasi, kita terpaksa berjauhan sayang.. moga-moga Allah bukakan pintu rezeki mama di kuala terengganu tak lama lagi. duhai hati, bersabarlah. sikit masa lagi, insyaAllah..

she melt my heart! day by day, i feel loved. last nite, masa saya kat dapur, she came to me and asked, "mama uat apa?" and i said, "mama tengah lap botol sayang ni.." then she said, "chacha toyong ma..". ohh sooooo deeplyy touched. my girL is very sweet.. ;)

and again, can't wait for thursday!

Thursday, May 13, 2010

bila anakku ke taska..

these photos were taken during our visit to the taska, last sunday. 

first half an hour, farisya ameera duduk je atas riba mama. itu pun still kena buli dgn rakan-rakan. budak-budak ni macam-macam ragam. habis semua benda dibelek-belek termasuk handbag saya, gelang saya, jam saya, beg susu farisya ameera. sabar je lah. dah lama sikit, farisya ameera ajak saya keluar main kat laman. lepas tu, baru okay. nak jalan, main ball. masa tu lah mama snap gambar. sempat lagi anak mama posing! :D

end up tak hantar taska pun. hantar rumah tokmi jugak. tokmi cakap kesian chacha kalau hantar taska. biarlah tokmi jaga. anak mama sungguh bertuah. semua sayang chacha. tengok next year pulak macamana. maybe dah masuk umur tiga tahun, farisya ameera boleh independent. insyaAllah..

 

 

p/s: budi dan jasa mu ibu akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.